KUALA LUMPUR: Komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) diseru untuk menggunakan pengangkutan awam dengan lebih banyak, agar pihak bertanggungjawab dapat menambah baik keperluan golongan itu.
Presiden OKU Sentral Datuk Ras Adiba Radzi berkata ini kerana jika komuniti OKU banyak menggunakan pengangkutan awam, mereka dapat memberi maklum balas untuk penambahbaikan bagi keselesaan golongan tersebut.
"Jadi OKU disarankan untuk keluar dan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam ini, supaya mereka dapat tahu apa yang mereka perlu untuk penambahbaikan," katanya kepada media semasa tinjauan kemudahan OKU di Mass Rapid Transit (MRT) stesen Kampung Batu dan stesen Sri Damansara.
Beliau berkata adalah penting untuk menguar-uarkan kepada komuniti OKU bahawa terdapat pelbagai kemudahan mesra OKU di kawasan pengangkutan awam seperti lif, laluan taktil untuk OKU penglihatan, 'Automatic Platform Gates' (APG) yang lebih lebar untuk keselesaan mereka yang berkerusi roda, kaunter khas bantuan OKU, butang talian bantuan berdekatan lif, tempat letak kereta untuk pemandu OKU serta tempat 'drop off' kereta.
Selain itu, katanya terdapat juga bas yang mempunyai kemudahan tanjakan untuk keselesaan mereka yang berkerusi roda dan tali pinggang keselamatan dalam keretapi khususnya pengguna MRT.
Ras Adiba berkata walaupun terdapat kemudahan untuk keselesaan komuniti OKU, namun kemudahan tersebut sering disalah guna pihak yang tidak bertanggungjawab.
Katanya bagi mengatasi masalah salah guna tempat letak kereta OKU, beliau mencadangkan supaya denda yang tinggi dikenakan.
"Contohnya kenderaan akan di kunci dan juga mengenakan denda yang tinggi iaitu RM500, kerana kalau sekadar RM50 semua orang boleh bayar," katanya.
Sementara itu, seorang pengguna pengangkutan awam Nur Izhar Idham, 36, yang menggunakan kerusi roda kerana lumpuh akibat kemalangan jalan raya 18 tahun lepas, berkata kemudahan yang disediakan pengangkutan awam di stesen itu sangat selesa, efisien dan banyak membantu memudahkan urusan hariannya.
Beliau bagaimanapun berkata ada juga sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang menyukarkannya serta komuniti OKU yang lain, untuk menikmati kemudahan tersebut.
"Saya minta kalau boleh pihak yang bertanggungjawab untuk sentiasa melakukan penambahbaikan dan pemantauan yang berjadual, supaya semua fasiliti yang disediakan dalam keadaan baik dan selesa," kata kerani di sebuah bank di sini.
Bagi bekas atlet para boling negara Ahmad Amil Husin, 56, yang menghidap penyakit polio juga mempunyai pendapat yang sama dan berharap pihak bertanggungjawab memberi perhatian dan pemantauan yang sepenuhnya kepada kemudahan OKU, kerana banyak kemudahan itu disalah guna pihak lain.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022

Presiden OKU Sentral Datuk Ras Adiba Radzi berkata jika komuniti OKU banyak menggunakan pengangkutan awam, mereka dapat memberi maklum balas untuk penambahbaikan bagi keselesaan golongan tersebut. - Gambar fail/BERNAMA

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Melaka salur insentif RM99,775 kepada atlet Para SUKMA Sarawak 2024
Kerajaan negeri hari ini menyalurkan insentif RM99,775 kepada atlet, pengurus pasukan dan jurulatih yang berjaya membawa pulang pingat pada temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024.

Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.

Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan
Mohd Hasbie telah berbincang dengan Pengarah ICU negeri untuk menyegerakan proses pembinaan rumah baharu di tapak rumah kayu yang didiami mereka.

OKU kutip makanan tamat tempoh tampung hidup lima beranak
Kesusahan hidup memaksa seorang lelaki kurang upaya (OKU) memberi makanan tamat tempoh kepada keluarganya bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.

KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.