Poligraf digunakan oleh agensi penguatkuasa undang-undang, sistem kehakiman, sektor swasta dan media di beberapa negara untuk menentukan sama ada seseorang itu bercakap benar.
Ujian poligraf patut dijadikan prasyarat untuk jawatan sedemikian supaya bakal majikan boleh menilai calon untuk melihat sama ada mereka layak untuk menangani sejumlah besar wang, rahsia negara, hal keselamatan negara atau gangguan seksual dan keganasan, kafir mengkafir, rasuah dan kesalahan kesalahan lain yang tidak dapat dibuktikan dengan bukti fizikal.
Poligraf mengukur perubahan fisiologi dalam tiga sistem iaitu tekanan darah, pernafasan dan tindak balas kulit elektro iaitu berpeluh tapak tangan atau tindak balas kulit galvanik (galvanic skin response) dalam pelbagai bentuk sejak 2016 bila poligraf mula diperkenalkan.
Ujian poligraf melibatkan tiga peringkat: peringkat pra ujian, peringkat ujian dan peringkat paska ujian.
Peringkat pra ujian ialah apabila subjek ditemu bual berdasarkan latar belakangnya, diikuti dengan pembinaan soalan. Bergantung kepada isu atau kes, peringkat ini mengambil masa kira-kira satu hingga dua jam.
Peringkat ujian ialah apabila subjek duduk di atas kerusi khas dan perlu hanya menjawab "Ya" atau "Tidak" kepada soalan. Ini melibatkan tiga peperiksaan yang mengandungi sekurang-kurangnya 10 soalan.
Semasa peringkat pasca ujian, akan ada analisis diagnostik dan soal siasat. Terdapat banyak contoh di mana poligraf telah membawa kepada kejayaan atau pengakuan (confession).
Tetapi ketiga-tiga peringkat itu mengambil masa beberapa jam, bergantung kepada kemahiran pemeriksa dan kerumitan kes.
Alat poligraf hanya menghasilkan graf. Pemeriksa menentukan sama ada orang itu berbohong atau bercakap benar. Pemeriksa yang berkelayakan adalah sebenarnya "pengesan pembohongan" dan pengesah kebenaran dan bukan alat poligraf.
Apabila seseorang itu berbohong ia akan menghasilkan perubahan fisiologi yang mana pemeriksa poligraf akan dapat mentafsir tanda-tanda ini dengan tepat dan membezakan antara corak graf dalam kegelisahan (nervousness) atau jujur . Pemeriksa mampu menentukan bila seseorang yang diperiksa terlibat dalam tingkah laku untuk memesongkan pengesanan poligraf dan mempengaruhi keputusan ujian.
Walau bagaimanapun, untuk memastikan dan mengekalkan tahap integriti sseseorang, ujian poligraf perlu dijalankan secara rawak dari masa ke semasa. Ia adalah langkah pencegahan kerana seseorang kakitangan akan berfikir dua kali sebelum melakukan kesalahan, kerana mengetahui bahawa mereka boleh, pada bila-bila masa, untuk menduduki ujian. Inilah keindahan ujian poligraf.
Persatuan Poligraf Amerika (APA) telah menjalankan lebih 250 kajian yang menunjukkan kebolehpercayaan dan ketepatan poligraf adalah tinggi. Ia adalah 98 peratus tepat menggunakan soalan soalan yang betul, teknik yang sahih, bilik dan kerusi khas, dianostik keputusan skor berasaskan empirikal secara manual (empirically based manual scoring) serta dibantu perisian sistem komputer dan ujian mesti dilaksakan oleh pemeriksa poligraf bertauliah.
Di Singapura, Polis, Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), Kementerian Tenaga Manusia, Jabatan Penjara, Kastam, Biro Narkotik Pusat, Agensi Keselamatan dan Perisikan, dan Tentera menggunakannya untuk pemeriksaan dan penyiasatan kakitangan. Pendakwaraya pula menggunakannya dalam membuat keputusan samada untuk didakwa di mahkamah atau tidak.
Di Taiwan, hakim akan tertaluk kepada ujian poligraf sebelum menjatuhkan hukuman. Sekiranya tertuduh gagal dalam ujian itu, hukuman yang lebih berat mungkin dijatuhkan.
Agensi seperti CIA, FBI, Agensi Keselamatan Negara, Perkhidmatan Rahsia AS dan Jabatan Pertahanan AS, majoriti Jabatan Polis AS menggunakan ujian poligraf dalam pengambilan dan penyiasatan atau untuk menentukan kaitan dengan aktiviti pengganas.
Di England dan Wales, ujian poligraf digunakan oleh polis dalam pemantauan pesalah seks yang dibebaskan.
Beberapa tahun lalu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) harus mempertimbangkan untuk menjadikan ujian poligraf sebagai sebahagian daripada dasar pengambilannya, pemohon jawatan dalam kumpulan pengurusan dan profesional, kerana mereka akan terdiri daripada individu yang akan mengisi jawatan kritikal dalam agensi awam.
Beliau berkata barulah perkhidmatan itu dapat menghentikan masalah rasuah yang melanda sektor awam dan jika ujian itu diperkenalkan semula, ia akan memberi petanda baik untuk integriti sektor itu kerana mereka yang mempunyai kecenderungan rasuah akan ditapis daripada awal.
Bekas Ketua Pengarah Pusat Tadbir Urus, Integriti dan Anti Rasuah Negara, Tan Sri Abu Kassim Mohamed menegaskan ujian poligraf ini boleh dijadikan bukti di dalam kes mahkamah apabila diperiksa oleh pemeriksa bertauliah, namun ini terpulang kepada badan kehakiman untuk menentukannya.
Presiden Persatuan Peguam Syariah, Musa Awang berkata, berdasarkan undang-undang sedia ada, ujian poligraf boleh dijadikan bukti di mahkamah tetapi akhirnya hakim yang berhak menerimanya atau tidak.
Hasilnya, Ketua Hakim Negara TunTengku Maimun Tuan menyatakan bahawa badan kehakiman sedang mengkaji cadangan untuk menggunakan keputusan ujian poligraf sebagai bukti di mahkamah tetapi ia akan melibatkan pindaan Akta Keterangan 1950.
Pada masa ini, tiada preseden mengenai kebolehterimaan bukti poligraf di Malaysia dan Singapura kecuali mahkamah sivil Malaysia menerima poligraf sebagai sebahagian daripada keterangan dalam kes penipuan insurans. SPRM, polis,tentera termasuk syarikat swasta menggunakan poligraf dalam penyiasatan dan tapisan.
Jika anda bertanya sejauh manakah poligraf efektif dan boleh dipercayai - jawapannya: ia lebih baik daripada tiada langsung dan ujian poligraf masih popular dan paling tepat mengesan pembohongan !
*Datuk Seri Akhbar Satar pemegang Kerusi Profesor dan Pengarah di Institut Jenayah dan Kriminologi (ICC), Universiti HELP serta Pemeriksa Poligraf Bertauliah.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Akhbar Satar
Mon Feb 06 2023
![[KOLUMNIS] Poligraf - Menguji integriti seseorang [KOLUMNIS] Poligraf - Menguji integriti seseorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675685761_akhbarsatar.jpg)
Akhbar berkata, ujian poligraf melibatkan tiga peringkat: peringkat pra ujian, peringkat ujian dan peringkat paska ujian. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Ujian poligraf mesti ada asas, bukti dan keperluan - Anwar
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada asas untuknya melakukan ujian poligraf dalam siasatan polis terhadap laporan salah laku seks dibuat Muhammed Yusof Rawther.