KEBELAKANGAN ini hujan lebat melanda hampir setiap hari di seluruh negara terutama pada waktu petang akibat Fasa Peralihan Monsun yang dijangka berterusan sehingga Februari 2024 disebabkan Monsun Timur Laut.
Di ibu kota serta bandar-bandar besar lain di seluruh negara, saban hari kita melihat penunggang motosikal terpaksa berteduh di tepi jalan mahupun lebuh raya akibat hujan lebat, antaranya di perhentian bas, stesen minyak mahupun di bawah jejambat dan jambatan.
Pada 4 Jun 2023, tiga penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera selepas dirempuh kereta ketika berteduh di bawah jambatan di Kilometer 19.6 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala selatan.
Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala mereka yang cedera termasuk seorang parah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.
Dalam kejadian pada jam 5.59 pagi itu, kesemua mangsa berusia 19 sehingga 37 tahun berhenti berteduh di lorong kecemasan di bawah jambatan berkenaan kerana hujan, sebelum dirempuh kenderaan yang disyaki dipandu oleh pemandu mabuk.
Pada 3 Ogos 2023 pula, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta yang terbabas ketika mangsa berusia 29 tahun berteduh di bawah jejambat susur keluar Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 139 Lebuh Raya PLUS, susulan hujan lebat.
Dua kejadian itu antara tragedi melibatkan penunggang motosikal yang menemui ajal ketika berteduh di tempat berbahaya ketika hujan. Malah insiden sama yang mengakibatkan kehilangan nyawa kerap kali dilaporkan dari semasa ke semasa.
Justeru, mengambil berat isu keselamatan penunggang motosikal, Kementerian Kerja Raya (KKR) pada 4 Ogos lalu mengumumkan sebanyak 119 tempat berteduh di lebuh raya seluruh negara akan dibina di bawah inisiatif Bitara MADANI.
Usaha itu menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, bertujuan memudahkan penunggang motosikal berteduh terutama ketika waktu hujan sekali gus memastikan keselamatan mereka terjamin.
Pembinaan kemudahan itu merupakan kerjasama antara KKR dengan Lembaga Lebuh Raya (LLM) dan melibatkan 33 syarikat konsesi lebuh raya.
Alexander memaklumkan, sebanyak 40 daripada 119 tempat berteduh baharu itu dijangka siap tahun ini manakala selebihnya pada tahun depan dan ia adalah tambahan daripada 353 tempat berteduh sedia ada.
Tempat berteduh yang disediakan untuk penunggang motosikal kini adalah jenis berdiri sendiri (stand-alone) dan bawah jambatan oleh pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) seperti di Kilometer 18.8 (arah utara) NKVE dan KM429.2 (arah selatan) Lebuh Raya Utara Selatan yang sedang dalam pembinaan.
Melegakan penunggang motosikal
Tentunya pengumuman itu amat melegakan penunggang motosikal. Harus disedari, penunggang motosikal mencatat angka korban tertinggi iaitu sebanyak 9,854 kematian akibat nahas jalan raya dalam tempoh tiga tahun dari 2021 sehingga Ogos lalu.
Perangkaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menunjukkan sejumlah 1.31 juta kemalangan jalan raya direkodkan di seluruh negara sepanjang tempoh itu.
Pada 2021, sebanyak 370,286 nahas direkodkan meliputi 4,257 kemalangan maut yang menyaksikan 4,539 kematian, termasuk 3,112 penunggang motosikal terkorban manakala pada 2022, sebanyak 545,588 kemalangan direkod membabitkan 5,671 kemalangan maut dengan 6,080 kematian dan daripada jumlah itu, 4,101 adalah penunggang motosikal.
Tahun ini pula, dari Januari sehingga Ogos lalu, sebanyak 394,890 kemalangan direkodkan. Daripada jumlah itu, 4,067 adalah kemalangan maut dengan 4,366 kematian, termasuk 2,641 penunggang motosikal.
BACA: 119 tempat teduh motosikal dibina di lebuh raya seluruh negara - Nanta
Berikutan itu, inisiatif tempat berteduh yang diumumkan menteri, sedikit sebanyak pasti akan menyumbang kepada pengurangan statistik kemalangan maut melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal, khususnya di lebuh raya.
Ketika ini, setiap kali hujan, mereka tercari-cari tempat berteduh. Rata-rata pengguna jentera beroda dua ini tiada pilihan. Jika mahu meneruskan perjalanan, kemungkinan berlaku kemalangan amat tinggi disebabkan jalan licin serta pandangan terhad, apatah lagi menggunakan laluan sama dengan kenderaan lain yang berkali ganda lebih besar.
Jika berteduh di tepi jalan terutama di bawah jejambat mahupun jambatan, terpaksa pula berdepan risiko dirempuh kenderaan yang terbabas atau tidak sempat mengelak.
Justeru pembinaan tempat berteduh itu membolehkan penunggang dan pembonceng motosikal berteduh dengan lebih selesa tanpa merasa bimbang dilanggar atau dirempuh kenderaan lain dari belakang.
Tambahan pula, kedudukan dan jarak tempat berteduh jauh dari jalan raya serta terlindung di sebalik besi penghalang jalan, seterusnya risiko kemalangan melibatkan kenderaan lain dapat dikurangkan secara drastik.
Inisiatif Menteri Kerja Raya itu seharusnya dihargai dan menjadi harapan agar pelaksanaanya dapat diperluaskan lagi ke jalan-jalan Persekutuan dan negeri di seluruh negara pada masa akan datang.
Sudah jelas, penunggang serta pembonceng motosikal di laluan tersebut berdepan risiko kemalangan jika tiada tempat berteduh, apatah lagi di lokasi yang dikenal pasti kerap berlaku nahas jalan raya.
Berbalik kemudahan tempat berteduh di lebuh raya, pihak berwajib termasuk syarikat konsesi lebuh raya perlu memastikan papan tanda amaran bersesuaian dan mencukupi disediakan. Amaran ini memastikan pengguna lain menyedari kewujudan tempat berteduh tersebut seterusnya memperlahankan kenderaan mereka ketika melalui lokasi berkenaan.
Aspek pencahayaan juga perlu diberi perhatian dengan pamasangan lampu jalan secukupnya bagi memastikan penglihatan jelas oleh semua pengguna terutama pada waktu malam ketika penunggang motosikal cuba membelok ke tempat berteduh atau masuk semula ke lebuh raya untuk menyambung perjalanan selepas hujan reda.
Pada masa sama, penunggang motosikal dinasihatkan untuk tidak berhenti atau berkumpul di lorong kecemasan kecuali benar-benar berlaku kecemasan. Nasihat ini bagi mengelak kemalangan atau hal-hal buruk yang tidak dijangka berlaku.
Alexander sebelum ini turut membangkitkan perkara sama dan mengingatkan penunggang motosikal supaya berhati-hati semasa menggunakan lorong kecemasan kerana ia bukan laluan eksklusif untuk mereka, sebaliknya digunakan kenderaan lain yang berhenti jika berlaku kecemasan.
Beliau juga memberi jaminan kerajaan akan sentiasa mencari idea untuk menyediakan kemudahan lain demi keselesaan serta keselamatan pengguna motosikal di lebuh raya kerana mereka merupakan kumpulan paling vulnerable (berisiko tinggi mengalami kemalangan).
* Wan Syamsul Amly merupakan wartawan penyiaran kanan di Astro AWANI dan lulusan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi (CMIWS) UiTM.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Wan Syamsul Amly
Wed Nov 01 2023
Alexander memaklumkan, sebanyak 40 daripada 119 tempat berteduh baharu itu dijangka siap tahun ini manakala selebihnya pada tahun depan. - Gambar fail/Bernama
Kerajaan MADANI terus sokong usaha pastikan keselamatan kanak-kanak - Fahmi
Kerajaan MADANI akan terus menyokong sepenuhnya usaha bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terpelihara.
Suspek bakar wanita hidup-hidup berdepan tuduhan membunuh
Zapeta- Calil telah didakwa atas tuduhan membunuh darjah pertama dan kedua serta pembakaran darjah pertama, menurut Jabatan Polis New York City.
Pelepasan abu di gunung berapi Kanlaon meningkat
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer (km) dikesan di Gunung Berapi Kanlaon dengan letusan abu bermula pada 11:45 pagi diikuti gempa gunung berapi berfrekuensi rendah.
[Data & Statistik] Dividen ASB
Tertinggi dalam lima tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Polis Singapura bimbang peningkatan kes pemandu mabuk
Polis Singapura bimbang berikutan peningkatan kes memandu dalam keadaan mabuk, dengan 180 kes direkodkan pada tahun 2023 iaitu angka tahunan tertinggi sejak 2014.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Selasa sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau.
Agenda AWANI: Keselamatan Jalan Raya | Jaga Nyawa
Apa sebab utama yang menyebabkan kemalangan jalan raya khususnya semasa musim perayaan, dan bagaimana penguatkuasaan undang-undang boleh diperketatkan bagi menangani isu ini? Diskusi 8.30 malam
Dua lelaki ditangkap bantu siasatan pergaduhan bola sepak
Polis tahan dua lelaki disyaki terbabit pergaduhan antara kumpulan penyokong skuad Harimau Malaya dan Singapura di LRT Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, hari ini.
Nahas Ayer Keroh: Perkembangan dua mangsa di Hospital Melaka
Dua kanak-kanak yang merupakan anak sulung dan kedua kepada pasangan suami isteri yang maut dalam nahas ngeri di kilometer 204 lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, malam tadi masih menerima rawatan di Hospital Melaka.
Difahamkan anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), akibat beberapa kecederaan parah manakala adik perempuannya berusia empat tahun berada di wad biasa hospital sama.
Bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Kadir.
Difahamkan anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), akibat beberapa kecederaan parah manakala adik perempuannya berusia empat tahun berada di wad biasa hospital sama.
Bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Kadir.
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PLUS jangka lonjakan trafik 14 peratus sempena Krismas, cuti hujung tahun
PLUS sarankan pengguna lebuh raya rancang perjalanan lebih awal dengan memanfaatkan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA.
Bas ekspres bawa 20 penumpang terbabas, terbalik di Lebuhraya PLUS
Seramai 20 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas selepas bas dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di Kilometer 427.1 Lebuhraya Utara Selatan di sini pada Rabu.
Pemandu treler dipercayai terlelap, kanak-kanak tiga tahun maut kemalangan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut setelah kereta yang dinaiki bersama tujuh ahli keluarganya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM148.1 PLUS berhampiran Bukit Gambir.
Tiga lelaki curi kabel TM ditahan selepas larikan diri 60 kilometer
Tiga lelaki yang disyaki mencuri kabel Telekom Malaysia Berhad (TM) berjaya ditahan manakala seorang lagi lolos setelah melarikan diri sejauh 60 kilometer (km) apabila dikejar oleh anggota polis.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama menghala ke ibu negara
Trafik perlahan di beberapa lokasi seperti Bidor ke Sungkai dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar disebabkan kemalangan.
WCE Banting-Gelang Patah jadi alternatif, atasi kesesakan PLUS - Loke
Lebuh raya WCE bakal menjadi laluan alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang sering dihadapi pengguna di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Lelaki gagal rayuan, kekal dipenjara 10 tahun, dua sebatan kerana merompak
Seorang lelaki gagal dalam rayuan terakhirnya apabila Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan kerana melakukan rompakan berkumpulan.
Aliran trafik Deepavali: 2,752 anggota, pegawai JSPT bertugas - Pengarah
JSPT Bukit Aman telah menugaskan seramai 2,752 pegawai dan anggota di seluruh negara untuk memastikan kelancaran pergerakan lalu lintas sempena cuti Deepavali dan hujung minggu.
PLUS aktifkan 21 lokasi 'smart lane' bermula Rabu sempena Deepavali
Pengaktifan itu merupakan tambahan kepada lokasi lorong pintar sedia ada yang telah dilaksanakan sempena musim perayaan sebelum ini.