PUTRAJAYA: Klip video raya yang dimuat naik oleh seorang usahawan kosmetik di negara ini sudah dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk dibawa kepada pihak berkuasa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad.
Idris berkata, jika diberi peluang, beliau juga boleh bertemu mata dengan dengan empunya video sebagai tanda ingatan dan ukhuwah sesama Islam.
"Saya mengambil maklum ada beberapa video yang tular berkenaan klip video raya dimuat naik oleh seorang ahli perniagaan yang tersohor di Malaysia.
"Saya terpanggil untuk mengulas isu ini kerana pada ketika semua umat Islam pastinya berasa teruja untuk mengejar 10 malam terakhir Ramadan mencari sebanyaknya pahala yang ALLAH tawarkan kepada mereka yang beriman, seolah isu ini saya khuatir menenggelamkan keghairahan umat Islam dalam mengejar rahmat taqwa ini," katanya.
Menurutnya, terdapat perdebatan dan perbincangan agak panas dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap klip video yang diiringi watak penari yang jauh daripada adab ketimuran dan ajaran Islam.
Tambahnya, ia dilihat kurang sesuai untuk dikaitkan dengan kemenangan umat Islam pada bulan Syawal kelak setelah menempuh ujian dan tarbiyah pada bulan Ramadan.
"Nasihat saya dengan penuh kasih sayang dan cintanya saya kepada insan-insan hebat yang mampu membangunkan ummah, agar klip video seumpama ini boleh di keluarkan daripada disiarkan di mana-mana platform media, atau ia boleh di privasi hanya untuk tatapan peribadi pemilik video.
"Saya yakin ia mampu memberi jiwa yang besar dan hati lebih lapang jika kita patuh pada ajaran dan nilai agama," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Isnin.
Dalam pada itu, beliau turut mengajak seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam khususnya untuk menjaga sensitiviti terhadap perkara yang berkaitan dengan agama serta menjaga batasan terhadap hiburan mahu ditonjolkan kepada masyarakat.
"Apatah lagi negara kita baru nak pulih daripada ingatan ALLAH terhadap bala Covid-19 yg melanda seluruh dunia.
"Peluang dan rezeki yang ALLAH berikan sebagai seorang yang berpengaruh, manfaatkanlah sebaiknya untuk mengajak umat Islam untuk lebih takutkan ALLAH dan menjauhi tingkahlaku yang menjarakkan diri kita dengan ketaqwaan dan reda ALLAH SWT, lebih-lebih lagi kita berhadapan dengan bulan yang cukup mulia," ujarnya.
Sebelum ini, warga maya mengecam tindakan usahawan berkenaan yang memuat naik klip video raya memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan perwatakan lembut.
Ia turut mendapat kritikan daripada pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar menyifatkan video muzik berkenaan seolah-olah mempromosikan gaya hidup bebas dan songsang.
Selain itu, selebriti dan senior koreografi, Adam Corrie turut terkejut melihat video muzik berkenaan dan tidak bersetuju dengan konsep yang diketengahkan.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Apr 25 2022

Idris berkata, jika diberi peluang, beliau juga boleh bertemu mata dengan dengan empunya video sebagai tanda ingatan dan ukhuwah sesama Islam. - Foto BERNAMA

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Klip video raya: MCMC rakam percakapan Aliff Syukri
Rakaman percakapan itu dibuat susulan aduan yang diterima berhubung kandungan video teaser Hari Raya yang dimuat naik usahawan kosmetik itu.

Klip video raya usahawan kosmetik sudah dirujuk kepada Jakim
Klip video raya yang dimuat naik oleh seorang usahawan kosmetik di negara ini sudah dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.