Gangguan sistem, yang antara lain mengakibatkan kelewatan penerbangan, masih berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkata pasukan mereka masih berusaha untuk menstabilkan sistem itu pada 6 pagi ini.
Para penumpang dinasihati supaya berada di lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu pesawat mereka berlepas.
Gangguan hubungan itu, yang bermula sejak Rabu malam, menjejaskan sistem utama lapangan terbang seperti sambungan WiFi, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS), kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS).
MAHB berkata dalam mengurangkan masalah itu, kesemua 38 tapak pesawat tanpa pintu di terminal utama KLIA digunakan untuk memenuhi keperluan kapal terbang yang tidak dapat bergerak menuju ke pintu yang dijadualkan kerana masih digunakan.
BACA: KLIA alami gangguan sistem
Mereka turut menyediakan empat bas tambahan, di samping perkhidmatan pengendalian daratan bagi syarikat penerbangan untuk melancarkan pergerakan penumpang dengan membawa mereka ke tapak pesawat tanpa pintu dari terminal dan sebaliknya.
"Kami turut melanjutkan waktu operasi di semua lapangan terbang lain di seluruh negara pada malam tadi untuk memenuhi keperluan penerbangan keluar dari Kuala Lumpur yang mengalami kelewatan," jelas kenyataan itu.
Setakat 10 malam tadi, 68 kelewatan penerbangan telah dilaporkan.
MAHB berkata mereka turut menyediakan tempat letak kenderaan percuma bagi semua penumpang yang meletak kenderaan mereka di terminal utama KLIA (Blok A, B, C dan D) sehingga 6 pagi Jumaat (23/8) kerana ramai yang menghadapi kelewatan ketibaan penerbangan.
"Kami amat dukacita dengan kesulitan yang dihadapi semua penumpang," kata MAHB.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 23 2019
Keadaan masih terkawal walaupun terdapat gangguan sistem sementara yang menjejaskan beberapa sistem lapangan terbang di KLIA, Sepang, 22 Ogos, 2019. --fotoBERNAMA/Fail
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
PRK: MOT lulus lesen operasi sementara bas Malaysia-Singapura - Loke
Kementerian Pengangkutan meluluskan lesen operasi sementara bas bagi menambah perjalanan ulang alik laluan darat antara Malaysia dan Singapura sempena PRK di Johor.
Aidilfitri: Kod QR bagi pembelian tiket di TBS diperkenal, 265 bas tambahan disediakan
Beberapa penyedia Sistem Tiket Online (OTA) utama iaitu GoHub, BusOnlineTicket, dan RedBus berjaya melaksanakan integrasi sistem dengan TBS.
LRT tergendala: Rapid KL tambah bas perantara percuma
Rapid KL mengambil langkah tambahan dengan menambah 20 bas perantara percuma untuk membawa penumpang yang terjejas ekoran penutupan 16 stesen di LRT Laluan Kelana Jaya.
KLIA terus alami gangguan sistem
Gangguan hubungan itu menjejaskan sistem utama lapangan terbang seperti sambungan WiFi, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan, kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendalian Bagasi.
Pekerja syarikat pengusaha bas, pelanggan gembira tindakan SPAD
Pekerja di syarikat pengusaha bas gembira kerana tindakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana tidak menunaikan permintaan pengusaha bas bagi menaikkan harga tiket sebelum musim perayaan.