Hujan lebat pada petang Khamis menyebabkan Kampung Periuk di Kampung Baru di ibu negara dinaiki air sehingga memaksa beberapa penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Nordin Pauzi hujan lebat selama dua jam bermula pukul 2 petang mengakibatkan beberapa kawasan sekitar ibu negara mengalami banjir antara satu hingga tiga meter.

"Operasi menyelamat dijalankan dengan memindahkan tiga mangsa yang terperangkap di dalam rumah di Jalan Raja Alang menggunakan bot.

Banjir kilat sekitar Kampung Baru - Foto JBPM KL

"Kesemua mangsa dibawa ke Pusat Pemindahan Sementara Kelab Sultan Sulaiman yang telah dibuka," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.



Terdahulu dalam kejadian serupa, seramai 10 individu yang terperangkap di dalam sebuah rumah di Jalan Gurney akibat dinaiki air.

Bagaimanapun mereka telah berjaya diselamatkan dan air di kawasan berkenaan juga telah redah.

Anggota bomba membantu memindahkan mangsa yang terperangkap dalam banjir. - Foto JBPM KL