SEREMBAN: Kementerian Kerja Raya (KKR) mengesyorkan pihak berkaitan supaya mengkaji kaedah bagi memendekkan tempoh mana-mana projek pembinaan di negara ini, yang mengambil masa lama untuk disiapkan demi kepentingan rakyat.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ia termasuk mempraktikkan amalan terbaik yang dilaksanakan negara luar seperti China dan India yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan di negara masing-masing dalam tempoh singkat.
"... dengan amalan itu (amalan terbaik) boleh mempercepat projek yang ada di negara kita, ini termasuk dari segi pembinaan jalan, bangunan dan jambatan.
"Itulah yang berlaku tapi tempat kita tak mencapai standard kelajuan masa, saya syorkan agar kita boleh singkatkan tempoh pembinaan (projek) dengan kaedah tertentu, itulah harapan saya supaya lagi pantas selesaikan projek, lagi baik untuk rakyat," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis penyerahan projek pembinaan bangunan gantian 12 bilik darjah dan pelbagai kemudahan Sekolah Kebangsaan (SK) Sendayan di sini semalam.
Ahmad berkata pembinaan yang mengambil masa terlalu lama juga pastinya akan melibatkan implikasi kewangan yang tinggi memandangkan kos bahan mentah untuk pembinaan termasuk simen, besi dan pasir sentiasa berubah.
Dalam pada itu, beliau berkata projek pembinaan bangunan gantian SK Sendayan yang dimulakan Disember 2020 dan siap sepenuhnya pada 2 April lepas iaitu tiga hari lebih awal, membabitkan kos RM8.2 juta.
"Skop projek ini antaranya kerja meroboh bangunan sedia ada yang uzur mengandungi empat bilik darjah dan membina bangunan gantian melibatkan dua blok bangunan sekolah empat tingkat mengandungi 12 bilik darjah dan kemudahan lain," katanya.
Ahmad berkata pembinaan bangunan baharu itu membantu menangani isu kepadatan murid dan memberi manfaat secara langsung kepada hampir 500 murid sekolah itu yang berasal dalam kalangan penduduk sekitar Felda Sendayan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata jalan di Kampung Batu 3 Mambau yang runtuh akibat hujan lebat Sabtu lepas akan disiapkan segera sekurang-kurangnya dalam tempoh sebulan menerusi peruntukan berjumlah RM500,000 memandangkan laluan itu antara laluan utama penduduk sekitar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024

Ahmad berucap pada Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Gantian 12 Bilik Darjah dan Lain-lain Kemudahan di Sekolah Kebangsaan Sendayan, Seremban, 14 Mei 2024. --fotoBERNAMA

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Impian berkecai, wang lesap: Jurukimpal Malaysia ditipu sindiket pekerjaan di Kemboja
Warga Malaysia berusia 24 tahun dari Kuala Lumpur itu sebaliknya terperdaya untuk bekerja di Siem Reap.

Sarawak teroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari
Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi.

Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan.
Tumpuan Sabtu – 1 Mac 2025
10 Berita Pilihan - (28 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Persiapan sambutan bulan Ramadan
Ikuti temubual wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri bersama Ketua Naqib / Ketua Imam Masjid At Taqwa TTDI, Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir berkenaan dengan persiapan sambutan bulan Ramadan.

Anwar hargai dukungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak layan cubaan rosak kerukunan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
41 pekerja dikhuatiri tertimbus runtuhan salji
Sekurang-kurangnya 41 pekerja binaan dikhuatiri tertimbus manakala 16 diselamatkan dalam kejadian runtuhan salji berhampiran sempadan India-Tibet pada Jumaat.
Pegawai Kanan Polis, Rajeev Swaroop memaklumkan, kejadian itu melibatkan 57 mangsa namun 16 daripadanya berjaya diselamatkan.
Pegawai Kanan Polis, Rajeev Swaroop memaklumkan, kejadian itu melibatkan 57 mangsa namun 16 daripadanya berjaya diselamatkan.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.

Lebih ramai pakar tempatan perlu bangunkan perisian BIM - Ahmad Maslan
Lebih ramai pakar tempatan perlu membangunkan Perisian Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).

RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.

Pusat simulasi bencana pertama di Malaysia dijangka siap Februari 2025
Projek pembinaan tapak khas simulasi bencana bagi pasukan SMART di Pulau Meranti, Puchong dijangka siap pada Februari ini.

Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.

JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion
Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dan telah melaksanakan 559 projek untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah keseluruhan RM5.635 bilion hingga November tahun ini.

Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.

SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.

Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.