KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan melaksanakan program menaik taraf infrastruktur keselamatan jalan raya di seluruh negara dengan siling peruntukan berjumlah RM241.5 juta.
KKR dalan kenyataan pada Sabtu memaklumkan infrastruktur jalan raya yang sempurna menjadi tanggungjawab utama kementerian dan isu keselamatan jalan raya khususnya di Jalan Persekutuan seluruh negara adalah diberikan perhatian utama.
"Program tersebut yang telah diluluskan pada Rolling Plan 2, Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) diteruskan pelaksanaannya dalam RMK12 dengan empat skop utama iaitu rawatan di lokasi kerap berlaku kemalangan (blackspot), 264 lokasi telah dilaksanakan dengan peruntukan RM76.3 juta, pembinaan jejantas pejalan kaki dengan 18 jejantas telah siap dibina membabitkan peruntukan RM56.6 juta dan enam lagi sedang dalam pembinaan.
"Selain itu, pembinaan Lintasan Pejalan Kaki Searas Berlampu Isyarat (LPKSI), 114 lokasi telah dilaksanakan dengan peruntukan RM27.4 juta, dan pemasangan lampu jalan di kawasan kemalangan atau berisiko kemalangan dengan 148 lokasi telah dilaksanakan dengan peruntukan RM15 juta," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, KKR menerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menyediakan peluang latihan kemahiran di Akademi Binaan Malaysia kepada kakitangan binaan dan belia tempatan di dalam bidang kemahiran berimpak tinggi, di samping menyediakan latihan di dalam Building Information Modelling (BIM), selaras dengan usaha pendigitalan industri pembinaan.
KKR turut menggandakan pelbagai inisiatif mengimbangi pertumbuhan dengan konsolidasi fiskal yang mempunyai impak secara langsung kepada rakyat, penggiat industri pembinaan dan pembangunan sektor pembinaan itu sendiri dalam mencapai hasrat dan kejayaan Ekonomi Madani.
Katanya, KKR akan terus melaksanakan Dasar Pembinaan Negara 2030 dan Pelan Pembangunan Rangkaian Jalanraya 2030 (HNDP) bagi merancakkan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Dalam pada itu, KKR menyasarkan sebanyak 270 Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan sehingga akhir tahun ini sebagai strategi merancakkan semula sektor pembinaan serta 196 rantaian bekalan (subsektor) di bawahnya.
"Antara strategi yang telah dilaksanakan adalah dengan mempercepatkan pengeluaran SST kepada syarikat-syarikat yang terpilih dalam proses perolehan kerajaan.
"Menerusi penyerahan SST ini, secara tidak langsung dapat membantu dari sudut ekonomi golongan kontraktor daripada pelbagai kelas termasuk kontraktor kecil G1 hingga G4," menurut kenyataan.
Katanya, projek pembangunan yang dilaksanakan adalah selaras dengan misi utama dan objektif kerajaan dalam mempromosikan keseimbangan di antara wilayah dan merentangi ekonomi yang seimbang di antara bandar dan luar bandar. - BERNAMA
Bernama
Sat Jul 29 2023
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan melaksanakan program menaik taraf infrastruktur keselamatan jalan raya di seluruh negara dengan siling peruntukan berjumlah RM241.5 juta. - Gambar hiasan/BERNAMA
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah diteruskan dengan kos RM13.989 bilion
Surat Setuju Terima (SST) Pakej Kerja Fasa 1B telah diserahkan kepada 13 kontraktor, untuk tempoh pembinaan antara 36 hingga 48 bulan.
Kempen MYJalan manifestasi KKR sedia infrastruktur selamat, selesa kepada rakyat
Meskipun hanya sebesar tapak tangan, kerosakan jalan raya yang tidak diselenggarakan boleh mengundang nahas dan menyebabkan kehilangan nyawa atau kecacatan kekal.
KKR perlu peruntukan tambahan naik taraf infrastruktur pusat latihan pembelajaran TVET pembinaan
Kementerian Kerja Raya (KKR) memerlukan peruntukan tambahan untuk menaik taraf infrastruktur dan kemudahan pusat latihan TVET pembinaan.
KKR lulus peruntukan RM130 juta senggara jalan Persekutuan di Sabah tahun ini
Kementerian Kerja Raya (KKR) meluluskan peruntukan RM130 juta bagi kerja-kerja penyenggaraan berkala turapan dan bukan turapan untuk jalan Persekutuan di Sabah tahun ini.
Kerajaan setuju bayar pampasan kepada 177 pemilik rumah, rumah kedai di laluan LTU
Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memberi pampasan kepada 177 pemilik rumah dan rumah kedai yang berada di sepanjang laluan pembinaan Lingkaran Tengah Utama (LTU).
Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama siap 63.35 peratus - Alexander
Sebanyak 63.35 peratus daripada hampir 300 km laluan LTU yang menghubungkan persimpangan LPT di Bentong, Pahang dengan Kuala Krai, Kelantan telah siap.
KKR mohon MOF tambah peruntukan pembangunan produk inovasi
Ahmad Maslan berkata tambahan peruntukan berkenaan amat diperlukan kerana kos mempatenkan sesuatu produk inovasi memerlukan perbelanjaan tinggi dan tidak termasuk kos penghasilannya.
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
KKR pantau isu kenaikan harga bahan binaan - Alexander
KKR sentiasa memantau perkembangan industri pembinaan khususnya melibatkan isu kenaikan harga bahan binaan dan bahan mentah serta kesannya ke atas kontraktor.
Roslan Ismail dilantik Ketua Pengarah Kerja Raya baharu
Bekas Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Roslan Ismail dilantik Ketua Pengarah Kerja Raya baharu berkuat kuasa hari ini.