KUANTAN:Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang menambah baik penyampaian mesej mengenai pandemik COVID-19, khususnya dalam bahasa Mandarin dan Tamil, kata Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat sedikit jurang dari segi penyampaian berita dan maklumat melibatkan dua bahasa berkenaan berbanding bahasa Melayu.
"Kami sedang perbaiki mesej yang disampaikan dalam bahasa Mandarin dan Tamil, begitu juga bagi penduduk di Sabah dan Sarawak, kita juga sedang menambah baik penyampaian dalam bahasa Kadazan dan Iban.
"Malah, kita juga sedar rakyat Malaysia sudah mula letih dan tertekan untuk berhadapan dengan pandemik ini, justeru mesej yang KKMM nak sampaikan juga akan diperbaharui dan ditambah baik dari masa ke masa," katanya pada sidang media selepas Program Indera Mahkota Prihatin, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata pihaknya turut mempertingkatkan lagi penyampaian berita melibatkan orang kurang upaya (OKU), selain membaiki penyaluran maklumat kepada warga asing dengan menggunakan perkhidmatan penterjemah.
"Untuk OKU pun kita kena baiki mesej yang nak disampaikan, misalnya berita RTM, sekiranya ada jurubahasa isyarat, latar belakang di televisyen warna merah, (namun) kita dapat maklumat warna merah itu tidak sesuai untuk OKU, biru lebih sesuai, jadi kita akan ubah.
"Bagi pekerja asing, tidak semua mereka faham bahasa yang kita gunakan, jadi kami gunakan penterjemah untuk bantu penyampaian maklumat, antaranya melibatkan bahasa Nepal dan Rohingya," katanya.
Sementara itu, Saifuddin mengingatkan majikan supaya memainkan peranan berhubung penyediaan tempat tinggal warga asing yang dilihat menjadi antara faktor penyebaran COVID-19 secara cepat membabitkan golongan berkenaan.
Menyentuh mengenai vaksin COVID-19, Saifuddin berkata kerajaan bersedia bekerjasama dan berunding dengan pelbagai pihak dalam usaha mendapatkan vaksin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 29 2020

Saifuddin berkata berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat sedikit jurang dari segi penyampaian berita dan maklumat melibatkan dua bahasa berkenaan berbanding bahasa Melayu. - BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pengusaha stesen minyak dibenar gajikan pekerja asing di kafe, kedai runcit
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada pengusaha stesen minyak menggaji pekerja asing bagi kerja-kerja pembersihan serta pencucian di kafe dan kedai runcit stesen minyak.

Mengapa sambut meriah kapal tentera laut China? - Saifuddin
Sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China di Pelabuhan Pulau Pinang disifatkan 'tidak masuk akal'.

MoU: Penting demi pelihara identiti nasional, elak ancam semangat demokrasi berparlimen - Saifuddin
Menurut Saifuddin, ia adalah sebahagian daripada sarat nilai (value loaded) yang diterapkan parti itu.

Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin
Semua pihak diingatkan supaya melihat serangan balas Iran terhadap Israel sebagai tindakan bagi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.

ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.

Parlimen: Saifuddin mahu Timbalan Menteri Luar tarik kenyataan berhubung 'pengiktirafan Israel'
Kenyataan Mohamad mengelirukan Dewan Rakyat di bawah Aturan 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Palestin.

Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas

PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Pahang bersikap positif meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu
Bersatu tidak terkesan dengan keputusan Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu.

LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin
Tindakan LHDN menyerbu rumah Hamzah Zainudin disifatkan Saifuddin sebagai cubaan untuk memburukkan PN dan helah politik murahan parti lawan.