KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta agensi-agensinya komited untuk terus mengungguli inisiatif memacu ekonomi seni selain menjadikan Malaysia sebagai destinasi seni budaya dan kreatif serantau.
Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata komitmen itu penting bagi membuka semula kemasukan pelancong, meningkatkan profil artis tempatan dan mempromosikan bakat komuniti seni tempatan dengan mengadaptasi norma baharu pandemik COVID-19.
Menurutnya elemen kesenian dan kebudayaan merupakan batu asas dalam usaha negara mencapai negara maju.
"Seni dan budaya menjadi manifestasi tamadun sesuatu bangsa dan seterusnya negara. Peranannya amat besar dalam pembangunan masyarakat.
"Negara-negara maju di dunia mengakui bahawa pencapaian, kualiti dan kemudahan untuk kegiatan kesenian sering dikaitkan dengan taraf hidup serta turut dijadikan antara kayu ukur antarabangsa dalam penentuan tahap kemajuan sesebuah negara," katanya ketika berucap pada majlis penutup Art in The City 2021 (AITC), malam tadi.
Dalam pada itu, Annuar berharap program AITC yang dianjurkan Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) sejak Oktober lepas itu, dapat diperluaskan ke setiap negeri pada tahun seterusnya.
Menurutnya perkara itu dapat direalisasikan melalui kerjasama dengan pihak berkuasa negeri dan tempatan agar lebih banyak industri kreatif khususnya seni serta budaya dapat diketengahkan.
"Tahun ini kami adakan dalam keadaan darurat, kami baharu sahaja membuka industri kreatif, tetapi saya merasakan ada ruang untuk kami meletakkan di persada sewajarnya kerana kegiatan seni dan budaya terlalu luas.
"Kami perlu mengatur langkah untuk tahun-tahun mendatang supaya ia tidak terhad hanya di Kuala Lumpur atau empat, lima bandar lain, tetapi dibawa ke skala nasional," katanya.
Edisi ketiga AITC 2021 mengetengahkan pelbagai inisiatif seperti Festival KLWKND, cahaya The Light Project, SENSORii dan Simposium NCC50 dengan mencipta tambahan 2,600 peluang pekerjaan sepanjang ia berlangsung.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 14 2021
Annuar (dua,kiri) tertarik dengan produk kraf yang dipamerkan ketika hadir merasmikan majlis penutup 'Art In The City 2021. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Tempoh perbicaraan rakyat Malaysia1501
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelaburan KWSP dalam MAHB untuk sokong pembayaran dividen
Keputusan pelaburan KWSP termasuk aktiviti dagangan melibatkan saham MAHB adalah berdasarkan analisis menyeluruh untuk memberikan nilai kepada ahli.
Adobe Photoshop uji ciri suntingan bersama
Ciri ini berfungsi seperti Google Docs, di mana anda boleh melihat tindakan penyunting lain secara langsung.
Terbuka India: Soon Huat-Shevon Lai mara, mudah tewaskan pasangan Indonesia
Goh Soon Huat-Shevon Lai, menepati ramalan apabila menewaskan lawan dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Lisa Ayu Kusumawati dalam Badminton Terbuka India.
Bekas jurutera rugi lebih RM9 juta terperdaya pelaburan kripto tidak wujud
Seorang bekas jurutera mendakwa kerugian RM9.47 juta selepas terpedaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud secara dalam talian, bermula Oktober tahun lepas.
SEC AS saman Musk berkaitan pengambilalihan Twitter
Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat umum bahawa ia menyaman jutawan Elon Musk berkaitan pengambilalihan Twitter.
Tiba masa buka lembaran baharu di Lubnan - PM Nawaf
Jelasnya ia memerlukan pelaksanaan penuh Resolusi 1701 Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), merangkumi beberapa perkara termasuk gencatan senjata dan memastikan pengunduran penuh Israel dari setiap inci wilayah Lubnan.
Presiden ICJ Nawaf Salam letak jawatan, galas jawatan PM Lubnan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berpangkalan di The Hague mengumumkan pada Selasa bahawa presidennya, hakim Nawaf Salam telah meletak jawatan susulan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Lubnan.
Terengganu perlu lebih RM2.4 bilion atasi masalah hakisan pantai
Jumlah itu anggaran kasar dengan mengambil kira kos pembinaan yang menelan belanja antara RM5 juta hingga RM10 juta untuk satu kilometer.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Annuar mahu kementeriannya kini dirujuk sebagai K-KOMM, bukan lagi KKMM
Beliau mahu kementerian itu, bermula pada Khamis, 17 Mac 2022, dikenali sebagai K-KOMM, menggantikan KKMM yang digunakan selama ini.
Tiada lagi kebimbangan DNB monopoli 5G, syarikat telco boleh tingkatkan perkhidmatan - Annuar
Usahasama di antara pihak swasta dan kerajaan dijangka dapat memberi perkhidmatan rangkaian 5G yang lebih murah kepada rakyat di negara ini.
Dewan Rakyat: SKMM buka 20 kertas siasatan terhadap pembekal perkhidmatan mudah alih
Satu kompaun ditawarkan berjumlah RM60,000 manakala satu lagi sedang diproses dengan jumlah sebanyak RM20,000.
KKMM luluskan RM100,000 bagi bantu mangsa banjir pantai timur - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah meluluskan peruntukan berjumlah RM100,000 bagi membantu mangsa banjir di Pasir Mas dan Rantau Panjang, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa.
'RIUH EK! bersama unifi' di Ayer Hitam dekatkan seni kreatif dengan Keluarga Malaysia
Aktiviti seni kreatif mampu mengubati jiwa negara yang terkesan dengan pelbagai cabaran berikutan pandemik COVID-19.
KKMM akan bina 618 PoP di Johor tahun ini - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan membina 618 hab rangkaian gentian optik titik kehadiran (PoP) di Johor pada tahun ini, kata menterinya Tan Sri Annuar Musa.
PRN Johor: Penganjur dinasihat sediakan ruang khas sidang media - Annuar
Pihak penganjur khususnya program melibatkan parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dinasihat menyediakan ruang khas sidang media.
Annuar Musa umum lepaskan jawatan Presiden KL City FC
Selepas memainkan peranan penting dalam melakar kejayaan Kuala Lumpur (KL) City FC menjuarai Piala Malaysia 2021, Tan Sri Annuar Musa bakal melepaskan jawatan presiden kelab itu.
KKMM sedang teliti kaedah pelaporan audit ukur kualiti capaian Internet - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang meneliti satu kaedah pelaporan audit yang jelas bagi mengukur tahap prestasi kualiti capaian Internet di seluruh negara.
Pengamal media harus mendukung prinsip berita tepat, beretika - Annuar
Pengamal media bertanggungjawab mendukung prinsip pelaporan berita yang tepat dan beretika sepanjang masa sekali gus akan meningkatkan integriti pihak media itu sendiri.