KUALA NERUS: Kementerian Kesihatan (KKM) menerima 528 aduan melibatkan kegiatan pengamal pergigian haram di seluruh negara sejak 2017 hingga tahun lepas.
Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) KKM Dr Noormi Othman berkata, daripada jumlah itu, 377 kes atau 71.4 peratus berkaitan pendakap gigi palsu, 58 kes (11 peratus) melibatkan venir pergigian dan 93 kes (19.6 peratus) melibatkan lain-lain aduan seperti pembuatan gigi palsu, cabutan gigi serta pemutihan gigi.
"Terdapat trend peningkatan jumlah aduan daripada 2017 hingga 2019 namun menurun bagi 2020 hingga 2021. Ini mungkin disebabkan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap pengamal pergigian haram ataupun kesan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membataskan kegiatan doktor gigi palsu.
"Oleh itu, kita bimbang fasa peralihan ke endemik ini akan menyebabkan kegiatan pengamal pergigian haram akan kembali meningkat," katanya sambil memaklumkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor merekodkan kes aduan tertinggi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen 'Say No To Fake Dentist!' Tahun 2022 anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) di Universiti Malaysia Terengganu di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah JKNT Datuk Dr Kasemani Embong.
Dr Noormi berkata di Terengganu pula sebanyak tujuh kes direkodkan sejak 2014 hingga 2021 dengan kesemua Orang Kena Saman telah didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1988 (Akta 586) dan dihukum di bawah Seksyen 5 (1) (a) (i) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM300,000 atau penjara enam tahun atau kedua-duanya.
Beliau berkata kebanyakan pengamal pergigian haram terdiri daripada golongan wanita berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun dan melibatkan rakyat tempatan serta bukan warganegara.
Katanya golongan itu yang mengiklankan perkhidmatan pergigian melalui media sosial menjalankan kegiatan di pelbagai lokasi termasuk hotel, rumah persendirian dan rumah tumpangan bagi mengelak aktiviti dihidu pihak berkuasa.
"Kebanyakan pelanggan yang mendapatkan rawatan seperti pendakap gigi, venir dan pemutihan gigi adalah dalam kalangan belia dan remaja manakala yang mendapatkan rawatan cabutan gigi serta pembuatan gigi palsu adalah golongan dewasa dan warga emas.
"Bayaran dikenakan memang lebih murah. Contohnya, RM200 hingga RM600 untuk rawatan pendakap gigi iaitu jauh lebih rendah daripada rawatan oleh pengamal pergigian bertauliah di klinik swasta. Namun kita tidak boleh buat perbandingan kerana rawatan di klinik swasta sudah termasuk dengan rawatan susulan secara berkala dan sebagainya," katanya.
Dr Noormi berkata pihaknya juga percaya terdapat pengamal pergigian haram yang membuat kontrak perjanjian dengan pelanggan untuk tidak memberitahu sesiapa mengenai rawatan gigi mereka.
"Pernah ada kes, mereka (pelanggan) datang ke klinik gigi kerana sakit selepas menerima rawatan daripada pengamal pergigian haram namun enggan mendedahkan butiran lanjut kerana telah tandatangani kontrak. Justeru, kita minta mereka yang pernah mendapatkan rawatan daripada pengamal pergigian haram tampil ke hadapan dan jangan risau kerana identiti pengadu akan dirahsiakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 29 2022
![KKM terima 528 aduan berkaitan pengamal pergigian haram sejak 2017 KKM terima 528 aduan berkaitan pengamal pergigian haram sejak 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41656486748_Dentist.jpg)
Kebanyakan pengamal pergigian haram terdiri daripada golongan wanita berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun dan melibatkan rakyat tempatan serta bukan warganegara. - Gambar hiasan
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![Tindakan penguatkuasaan mengikut Akta 804 terhadap pengamal pergigian haram Tindakan penguatkuasaan mengikut Akta 804 terhadap pengamal pergigian haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41656486748_Dentist.jpg)
Tindakan penguatkuasaan mengikut Akta 804 terhadap pengamal pergigian haram
Seksyen 62(1) Akta 804 memperuntukkan larangan menjalankan amalan pergigian oleh seseorang yang tidak didaftarkan di bawah Akta 804.
![KKM terima 528 aduan berkaitan pengamal pergigian haram sejak 2017 KKM terima 528 aduan berkaitan pengamal pergigian haram sejak 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41656486748_Dentist.jpg)
KKM terima 528 aduan berkaitan pengamal pergigian haram sejak 2017
Kebanyakan pengamal pergigian haram terdiri daripada golongan wanita berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun dan melibatkan rakyat tempatan serta bukan warganegara.