Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan berhubung satu lagi kes melibatkan kanak-kanak yang terpotong sebahagian kepala kemaluan ketika berkhatan secara ramai-ramai di Sungai Buloh, pada 25 Nov lepas.
Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata prosedur berkhatan itu meskipun merupakan prosedur yang ringkas, namun komplikasi daripada prosedur berkenaan mungkin parah dan membawa padah kepada pesakit.
"Semua pengamal kesihatan yang menjalankan prosedur berkhatan bertanggungjawab memastikan mereka mempunyai tahap kompetensi dan pengalaman yang mencukupi untuk menjalankan prosedur ini.
"Mereka diingatkan bahawa sebarang komplikasi yang terjadi adalah di bawah tanggungjawab masing-masing pengamal kesihatan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau mengulas kejadian yang melibatkan kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun telah dibawa ke Hospital Selayang dua hari selepas menjalani prosedur berkhatan di surau berhampiran rumahnya dalam majlis berkhatan beramai-ramai itu.
Menceritakan kes itu, Dr Noor Hisham berkata ibu bapa kanak-kanak itu mendapati berlaku pendarahan di kemaluan dan air kencing anaknya mengalir keluar daripada lubang di bahagian bawah batang kemaluan (fistula korona) akibat kecederaan pada saluran kencing.
"Setelah diperiksa di Jabatan Kecemasan Hospital Selayang, didapati tiada pendarahan aktif di kemaluan seperti yang dilaporkan akhbar.
"Ibu bapa diberi penjelasan oleh Pakar Pembedahan Urologi Kanak-kanak bahawa rawatan pembedahan seelok-eloknya dilakukan setelah bengkak surut dan setelah saluran darah ke kepala kemaluan menjadi lebih lancar," katanya.
Bagaimanapun Noor Hisham berkata ibu bapa kanak-kanak itu memutuskan untuk mendapat pandangan daripada pakar lain di hospital swasta dan telah menandatangani pelepasan keluar dari hospital atas tanggungan risiko sendiri.
"Pihak Hospital Selayang turut memberi catatan rujukan ringkas bagi menjelaskan status pesakit, selain memaklumkan kepada ibu bapa bahawa mereka boleh datang semula untuk mendapatkan rawatan susulan pada bila-bila masa," katanya.
Kejadian berkenaan merupakan kejadian ketiga setelah dua kes berlaku pada Disember lepas. Kes pertama melibatkan kanak-kanak berumur sembilan tahun yang bersunat di sebuah klinik di sini pada pertenghan bulan ini dan kes kedua melibatkan kanak-kanak berumur 10 tahun yang berlaku juga pada bulan ini di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2017
![KKM siasat kes ketiga kanak-kanak terpotong kemaluan ketika berkhatan KKM siasat kes ketiga kanak-kanak terpotong kemaluan ketika berkhatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/51482769311_950x600.jpg)
Menurut KKM, prosedur berkhatan itu meskipun merupakan prosedur yang ringkas, namun komplikasi daripada prosedur berkenaan mungkin parah dan membawa padah kepada pesakit. - Gambar hiasan
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721011336_PerikatanNasional.jpg)
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107129_DonaldTrumpJDV.jpg)
Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya
Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Senator Ohio JD Vance akan menjadi calon Naib Presidennya dalam pilihan raya 2024.
AWANI Ringkas: Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721103714_iOS.jpg)
iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak
Pada iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia, Apple memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan data yang hilang ini dikembalikan.
[TERKINI] Suspek kes pempengaruh Esha mengaku bersalah
Seorang pemandu lori berusia 43 tahun mengaku bersalah membuat kenyataan menyinggung perasaan terhadap mendiang empengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha di TikTok.
Projek HSR Jakarta-Bandung rekod 4 juta penumpang
Projek Kereta Api Laju (HSR) Jakarta-Bandung yang dikenali sebagai Whoosh membawa empat juta penumpang sejak ia beroperasi secara komersial pada 17 Oktober, tahun lalu.
![NGO prihatin, bantu anak asnaf di Chow Kit berkhatan percuma NGO prihatin, bantu anak asnaf di Chow Kit berkhatan percuma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678502684_TBberkhatan.jpg)
NGO prihatin, bantu anak asnaf di Chow Kit berkhatan percuma
Program tajaan PERDIM dengan kerjasama Pertubuhan Jejak Jalanan itu turut melibatkan tujuh lagi kanak-kanak dan dua dewasa mualaf.
![Firaun Amenhotep I didapati berkhatan Firaun Amenhotep I didapati berkhatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51640824763_mumiaFiraunAmenhot.jpg)
Firaun Amenhotep I didapati berkhatan
Amenhotep I dipercayai telah meninggal dunia sekitar antara 1506 dan 1504 Sebelum Masihi.
![21 maut ketika berkhatan di Afrika Selatan 21 maut ketika berkhatan di Afrika Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/61545126557_AFRIKASELATAN.jpg)
21 maut ketika berkhatan di Afrika Selatan
Insiden malang ini dipercayai berpunca daripada kekurangan sokongan dan kemudahan untuk menjalankan prosedur tersebut.
![Kepala alat sulit terpotong, remaja saman hospital kerajaan Kepala alat sulit terpotong, remaja saman hospital kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81542351817_CourtGavel.jpg)
Kepala alat sulit terpotong, remaja saman hospital kerajaan
Lelaki berusia 18 tahun itu mendakwa kecuaian itu telah menyebabkan kepala alat sulitnya terpotong ketika berkhatan.
![Doktor 'salah sunat' mengaku tidak bersalah Doktor 'salah sunat' mengaku tidak bersalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61514457403_SalahSunat.jpg)
Doktor 'salah sunat' mengaku tidak bersalah
Seorang doktor yang dilaporkan terpotong kepala zakar kanak-kanak berusia 10 tahun ketika proses berkhatan tahun lepas, hari ini didakwa atas tiga pertuduhan.
![Tiga beradik Cina sertai majlis berkhatan Tiga beradik Cina sertai majlis berkhatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/71511600974_Berkhatan.jpg)
Tiga beradik Cina sertai majlis berkhatan
Walaupun bukan satu kewajipan tetapi amalan dan kesedaran mengenai kebaikan berkhatan dalam kalangan orang bukan Islam juga semakin tinggi.
![KKM akan tetapkan SOP untuk khidmat berkhatan - Dr Hilmi KKM akan tetapkan SOP untuk khidmat berkhatan - Dr Hilmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/51482769353_950x600.jpg)
KKM akan tetapkan SOP untuk khidmat berkhatan - Dr Hilmi
Kementerian Kesihatan akan menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) kaedah berkhatan bagi semua hospital kerajaan, pusat perubatan serta klinik swasta.
![KKM siasat kes ketiga kanak-kanak terpotong kemaluan ketika berkhatan KKM siasat kes ketiga kanak-kanak terpotong kemaluan ketika berkhatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/51482769311_950x600.jpg)
KKM siasat kes ketiga kanak-kanak terpotong kemaluan ketika berkhatan
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan berhubung satu lagi kes melibatkan kanak-kanak yang terpotong sebahagian kepala kemaluan ketika berkhatan.
![Najib saran syarikat tempatan eksport teknologi khatan Najib saran syarikat tempatan eksport teknologi khatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/51419057354_295x200.jpg)
Najib saran syarikat tempatan eksport teknologi khatan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan agar syarikat tempatan memperluaskan pemasaran teknologi berkhatan bukan sahaja di dalam negara tetapi juga mengeksportnya.