KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) merampas 531 ubat-ubatan, produk kesihatan dan kosmetik tidak berdaftar dianggarkan bernilai RM152,213 menerusi Op Majestic yang dijalankan di sekitar ibu negara.
Pengarah Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya Dr Nor'Aishah Abu Bakar berkata serbuan dilakukan ke atas tujuh premis perniagaan termasuk sebuah dispensari haram di Jalan Tun Tan Siew Sin, yang menjadi tumpuan terutama dalam kalangan bukan warganegara.
Beliau berkata produk tidak berdaftar dengan KKM yang dirampas itu termasuk ubat-ubatan disyaki mengandungi racun disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952 seperti antibiotik, antihistamin dan tahan sakit.
"Produk tersebut dipamerkan secara terbuka di dalam premis dan ada juga yang disorok di sebalik pelbagai produk barangan am," menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.
Dr Nor'Aishah berkata operasi berdasarkan pemantauan ke atas premis sasaran dan aduan orang awam itu melibatkan 45 Pegawai Penguatkuasa Farmasi dari Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Ibu Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM.
Katanya siasatan lanjut dijalankan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan jika sabit kesalahan, pihak berkaitan boleh didenda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan RM100,000 bagi kesalahan berikutnya.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar membuat semakan kesahihan nombor pendaftaran produk atau notifikasi kosmetik dengan melayari www.npra.moh.gov.my atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-7883 5400.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 09 2022
KKM merampas 531 ubat-ubatan, produk kesihatan dan kosmetik tidak berdaftar dianggarkan bernilai RM152,213 menerusi Op Majestic yang dijalankan di sekitar ibu negara. - Gambar hiasan/Pixabay
#AWANIRingkas 28 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 28 Disember 2024
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Isu kenaikan tarif TNB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Dua Dekad - Wak Kolak manifestasi wanita Aceh pasca tsunami
Dua dekad lalu, Ibu Bundiyah atau Wak Kolak dan 57 individu lain terselamat daripada bencana tsunami terburuk dalam sejarah. Ikuti kisah manifestasi wanita cekal ini, bangkit semula pasca tragedi dalam Awani Pagi 7.30 pagi Sabtu.
Melaka umum dua bantuan khas kewangan minimum RM 2,600
Penjawat awam Negeri Melaka akan menerima dua bantuan khas kewangan bagi menghargai khidmat mereka sepanjang 2024.
Festival Light and Motion Putrajaya sasar kehadiran sejuta pengunjung
Mempromosi Putrajaya sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa melalui penganjuran festival seni cahaya dan teknologi yang unik.
China kenakan sekatan terhadap syarikat tentera AS
China umum sekatan terhadap tujuh syarikat tentera AS berikutan penjualan senjata ke Taiwan, menegaskan sokongan AS akan membahayakan keamanan serantau.
China lancar Sichuan, kapal amfibia generasi baharu
China melancarkan kapal amphibia generasi baharu, Type 0-7-6, dinamakan Sichuan, untuk memperkukuh tentera laut dengan teknologi inovatif seperti katapel elektromagnetik dan sistem penangkap.
Korea Utara alami korban besar – AS
Tentera Korea Utara dilaporkan mengalami korban besar di medan perang Rusia-Ukraine.
Menurut jurucakap White House, John Kirby, seribu anggota dilaporkan terbunuh atau cedera minggu lalu di wilayah Kursk, Rusia.
Menurut jurucakap White House, John Kirby, seribu anggota dilaporkan terbunuh atau cedera minggu lalu di wilayah Kursk, Rusia.
Iran tarik balik larangan ke atas WhatsApp & Google Play
Iran kurangkan sekatan internet dengan menarik balik larangan WhatsApp dan Google Play. Langkah ini mencetuskan perbincangan tentang penapisan dan akses media sosial global.
Presiden Jerman bubarkan Parlimen untuk pilihan raya
Steinmeier arahkan pilihan raya awal susulan kejatuhan gabungan kerajaan Scholz. Tinjauan menunjukkan parti Scholz ketinggalan di belakang blok konservatif pembangkang.
KKM sahkan suplemen kesihatan 'Beni Koji Choleste Help' tidak berdaftar
RYR adalah bahan yang diekstrak atau dihasilkan melalui proses penapaian beras dengan menggunakan sejenis yis dikenali sebagai 'Monascus purpureus'.
KKM senarai empat produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual
Kesemua produk berkenaan mengandungi racun berjadual yang dikesan seperti merkuri, Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate.
KKM batal notifikasi dua produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Produk Airee Beautycare Night Cream mengandungi merkuri manakala BL Ledehh Day Cream 1 mengandungi hydroquinone dan tretinoin.
Malaysia bakal laksana ujian percubaan klinikal pertama ke atas manusia
Malaysia bakal melaksanakan ujian percubaan klinikal yang pertama ke atas manusia tidak lama lagi.
Guaifenesin Syrup tidak berdaftar di Malaysia, KKM nasihat henti guna
Berdasarkan semakan yang dilakukan terhadap pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) berkaitan produk berkenaan.
Kerajaan lulus vaksin COVID-19 Spikevax untuk individu 12 tahun ke atas
Vaksin COVID-19 Spikevax keluaran Rovi Pharma Industrial Services di Sepanyol diberikan kelulusan bersyarat untuk kegunaan individu berusia 12 tahun ke atas, kata Ketua Pengarah Kesihatan.
Klinik swasta jual produk tidak berdaftar diserbu
Sumber produk berkenaan tidak diketahui dan penggunaan produk tersebut adalah tidak diyakini keselamatannya serta boleh membahayakan kesihatan orang awam.
KKM dirayu iktiraf penemuan baharu didakwa vaksin COVID-19
Permohonan telah dihantar kepada KKM sejak 15 Mac lalu disusuli kepada NPRA pada 15 Mei sebagai proses mendapatkan kelulusan untuk digunakan secara lebih meluas.
KKM lulus pendaftaran bersyarat Evusheld, cegah jangkitan COVID-19
Ia digunakan berikutan pra-pendedahan COVID-19 kepada orang dewasa dan remaja dengan berat sekurang-kurangnya 40 kilogram.
451 laporan AEFI selesai disiasat dan dinilai, tiada kes kematian hubung kait dengan vaksin
156 laporan lagi masih dalam proses penyiasatan sebelum dinilai oleh Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin COVID-19 (JFK).