DENGAN kes COVID-19 harian mencecah 6,075 pada Rabu, tertinggi sejak pandemik itu bermula tahun lalu, orang ramai diharap semakin berwaspada melindungi diri serta keluarga daripada jangkitan virus maut berkenaan.
Antara yang paling berkesan serta sering ditekankan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, adalah tinggal di rumah selain patuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Baru-baru ini, beliau menyarankan rakyat supaya mengambil langkah proaktif melakukan sekatan pergerakan kendiri atau 'self lockdown' bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Seiring saranan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) dalam laman Facebook dan Twitter malam tadi, berkongsi tip yang perlu dilakukan untuk orang ramai melakukan sekatan pergerakan kendiri.
"Ke pasar atau grocery untuk beli barang keperluan seminggu sekali. Isi minyak kenderaan tangki penuh.
" Solat berjemaah lima waktu bersama ahli keluarga. Optimumkan pembelian secara dalam talian. Zero tetamu," demikian perkongsian KKM.
Sehingga tengah malam tadi, entri tip berkenaan di Facebook dikongsi sebanyak 6,200 kali manakala ciapan di Twitter diulang ciap sebanyak 5,600 kali.
Malaysia merekodkan 6,075 kes COVID-19 pada Rabu, tertinggi sejak pandemik itu bermula tahun lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 dalam negara setakat ini ialah 485,496 kes.
Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,251 kes, diikuti Johor (699), Kuala Lumpur (660), Kelantan (441) dan Sarawak (323).
Dalam pada itu, terdapat pertambahan sebanyak 46 kes kematian baharu menjadikan jumlah kes kematian secara keseluruhannya kini 2,040 kes.
Astro Awani
Wed May 19 2021
Dr Noor Hisham menggesa rakyat supaya mengambil langkah proaktif melakukan sekatan pergerakan kendiri atau 'self lockdown' bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. - Gambar fail
Saya individu tepat untuk Man United - Ruben Amorim
Ruben Amorim percaya dia adalah 'individu yang tepat pada masa yang tepat' untuk mengubah nasib Manchester United.
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
Ekonomi negara boleh runtuh jika PKP penuh dilaksanakan sekali lagi - PM
Perdana Menteri meminta rakyat supaya melakukan sendiri sekatan pergerakan atau 'self-lockdown' untuk menyekat peningkatan mendadak jangkitan COVID-19.
KKM kongsi tip 'self lockdown', netizen beri sokongan
Dr Noor Hisham menggesa rakyat supaya mengambil langkah proaktif melakukan sekatan pergerakan kendiri atau 'self lockdown' untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.