KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengemukakan senarai klinik daif kepada Kementerian Kewangan dalam masa terdekat bagi mendapatkan peruntukan membaik pulih fasiliti kesihatan terbabit dengan segera.
Menteri berkenaan Dr Zaliha Mustafa berkata beliau menyedari keperluan menaik taraf 400 fasiliti kesihatan sedia ada yang nazak di seluruh negara.
"Justeru, kita tak memilih kawasan Ahli Yang Berhormat kerajaan atau kawasan pembangkang... yang sebenarnya kita kena ingat perkhidmatan kesihatan tidak mempunyai kaitan dengan politik, jadi kita akan beri juga di (mana-mana) kawasan (yang mempunyai fasiliti) daif ini tanpa mengira politik atau kawasan mana," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Menjawab celahan Azli Yusof (PH-Shah Alam) mengenai keperluan tempat letak kereta di fasiliti kesihatan awam, Dr Zaliha berkata perkara itu sememangnya antara yang menjadi perhatian di KKM dan pihaknya sedang mencari beberapa pendekatan bagi menyelesaikan masalah itu.
Beliau berkata terdapat beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan dalam memperbaiki sistem tempat letak kereta di hospital dan klinik kesihatan termasuk meminta pengarah hospital serta negeri mengenal pasti kawasan yang boleh dibina kemudahan itu.
"Ada juga hospital yang boleh buat parkir di kawasan yang agak jauh sikit, sekiranya dah dikenal pasti kita akan sediakan bas ulang-alik untuk bawa pesakit dari kawasan sedia ada.
"Sebagai contoh, saya berbincang dengan Ahli Parlimen Selayang (William Leong) untuk menyediakan parkir stadium yang ada di kawasan itu dan guna bas ulang-alik untuk bawa pesakit ke hospital. Ada juga kita kenal pasti parkir bertingkat untuk fasiliti kesihatan dan itu kita kena lihat bajet," katanya.
Dewan Rakyat kemudian meluluskan peruntukan berjumlah RM31.5 bilion bagi kementerian itu dalam Belanjawan 2023 di peringkat jawatankuasa melalui suara majoriti.
Persidangan dewan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023
![KKM kemuka senarai fasiliti kesihatan daif kepada MOF dalam masa terdekat KKM kemuka senarai fasiliti kesihatan daif kepada MOF dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679409095_TBZALIHA.jpg)
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa ketika perbahasan sesi Jawatankuasa Belanjawan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Polis tahan dua lelaki, rampas ganja bernilai lebih RM25,000
Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah jenis ganja bernilai lebih RM25,000 dalam serbuan di Cyberjaya dan Dengkil, Selangor, pada Jumaat.
Dr Abdul Majid Tokoh Maal Hijrah Selangor
Bekas Timbalan Mufti Selangor Datuk Dr Abdul Majid Omar dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Selangor sempena sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M peringkat negeri itu.
![Port lumba haram Persiaran Raja Muda Musa digempur Port lumba haram Persiaran Raja Muda Musa digempur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720314937_Portlumbaharam.jpg)
Port lumba haram Persiaran Raja Muda Musa digempur
Lokasi terbabit bukan sahaja menjadi tumpuan anak tempatan di sekitar malah turut didatangi individu dari luar daerah Klang.
![Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720314538_Flood.jpg)
Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh
Keadaan banjir mungkin bertambah buruk di bahagian utara negara itu dalam beberapa hari akan datang.
![Hari terakhir rebut tawaran menarik di Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur Hari terakhir rebut tawaran menarik di Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720316150_ProgramMADANIRakya.jpg)
Hari terakhir rebut tawaran menarik di Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur
Tumpuan hari ini pastinya terarah kepada program pertukaran topi keledar lama di reruai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
![Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720314248_Tourists.jpg)
Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula
Pelancong dilihat sanggup beratur dalam barisan yang panjang sementara lapangan terbang perlahan-lahan kembali ke mod operasi.
![Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720223563_tbIsraelimilitary.jpg)
Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan
Hamas telah menggugurkan tuntutan agar Israel terlebih dahulu melakukan gencatan senjata kekal sebelum menandatangani perjanjian itu.
![PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720312434_KeirStarmer.jpg)
PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda
Dasar Rwanda akan dibatalkan kerana hanya kira-kira 1 peratus pemohon suaka akan dikeluarkan dan ia akan gagal bertindak sebagai penghalang.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [07 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah
- Analisis pasca PRK Sungai Bakap
- Fahmi jumpa penyedia platform media, tangani isu buli siber
#AWANInews #AWANIPagi
- PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah
- Analisis pasca PRK Sungai Bakap
- Fahmi jumpa penyedia platform media, tangani isu buli siber
#AWANInews #AWANIPagi
![Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718699837_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar
Negara sedang meniti fasa penyesuaian dengan gelombang perubahan yang sedang giat dilaksanakan di bawah hala tuju baharu Kerajaan MADANI.
![KKM komited capai nisbah 1 doktor kepada 400 penduduk pada 2025 KKM komited capai nisbah 1 doktor kepada 400 penduduk pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719806384_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
KKM komited capai nisbah 1 doktor kepada 400 penduduk pada 2025
Sebagai perbandingan, Singapura mempunyai nisbah 1:270, UK 1:357, Australia 1:270, Austria 1:192, Thailand 1:1,111, dan Indonesia 1:1,400.
![KKM belum terima maklumat lanjut sindrom STSS di Jepun - Dzulkefly KKM belum terima maklumat lanjut sindrom STSS di Jepun - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719737885_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM belum terima maklumat lanjut sindrom STSS di Jepun - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) belum mendapat maklumat lanjut berhubung kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal (STSS) yang sedang melanda Jepun.
![KKM perinci langkah perangi gula waktu terdekat KKM perinci langkah perangi gula waktu terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719733297_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
KKM perinci langkah perangi gula waktu terdekat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperincikan langkah-langkah memerangi gula dalam waktu terdekat.
![KKM lancar kajian pemetaan penjagaan kesihatan fasa 1 KKM lancar kajian pemetaan penjagaan kesihatan fasa 1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707723003_LogoKKM.jpg)
KKM lancar kajian pemetaan penjagaan kesihatan fasa 1
Kajian itu menumpukan analisis komprehensif situasi penjagaan kesihatan di seluruh negara merangkumi aspek fasiliti kesihatan, peralatan dan sumber manusia.
![KKM mahu tingkatkan jumlah jururawat lelaki KKM mahu tingkatkan jumlah jururawat lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719471939_TBLukanisman.jpg)
KKM mahu tingkatkan jumlah jururawat lelaki
Kementerian Kesihatan mahu meningkatkan jumlah jururawat lelaki di negara ini kepada 10 peratus seiring keperluan sektor kejururawatan dan perkembangan teknologi .
![Kes demam denggi meningkat, lima kematian pada ME24 Kes demam denggi meningkat, lima kematian pada ME24](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Kes demam denggi meningkat, lima kematian pada ME24
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 2,900 kes pada Minggu Epidemiologi ke-24 (ME24) bagi tempoh 9 hingga 15 Jun lepas dengan lima kematian direkodkan, berbanding 2,508 kes pada minggu sebelumnya.
![KKM rancang digitalkan buku derma darah - KP Kesihatan KKM rancang digitalkan buku derma darah - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719054715_MuhammadRadziAbuH.jpg)
KKM rancang digitalkan buku derma darah - KP Kesihatan
Melalui aplikasi itu, penderma darah dapat mengakses rekod pendermaan mereka dengan lebih mudah dan pantas.
![KKM teliti kesediaan 95 hospital swasta bekerjasama perkasa akses kesihatan KKM teliti kesediaan 95 hospital swasta bekerjasama perkasa akses kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718449363_tbDZulkeflyAhmad.jpg)
KKM teliti kesediaan 95 hospital swasta bekerjasama perkasa akses kesihatan
Kementerian Kesihatan sedang menyenarai pendek hospital yang bakal terlibat dalam kerjasama awam-swasta bagi memperkasakan sektor penjagaan kesihatan dalam negara.
![Projek naik taraf 403 klinik daif tunjuk perkembangan positif - Lukanisman Projek naik taraf 403 klinik daif tunjuk perkembangan positif - Lukanisman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718089744_TBLukanismanAwangS.jpg)
Projek naik taraf 403 klinik daif tunjuk perkembangan positif - Lukanisman
Projek menaik taraf 403 klinik kesihatan di negara ini yang dikenal pasti sebagai klinik daif menunjukkan perkembangan positif.
![KKM rekod 2,643 kes kemalangan di tempat kerja KKM rekod 2,643 kes kemalangan di tempat kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717859683_TBDZUL.jpg)
KKM rekod 2,643 kes kemalangan di tempat kerja
Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 2,643 kes kemalangan di tempat kerja dalam kalangan warga kerjanya pada tahun lepas.