Kementerian Kesihatan Malaysia berhasrat meluaskan amalan Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM) di lebih banyak hospital di seluruh negara.
Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata, bidang perubatan tersebut semakin penting kerana kira-kira 30 peratus daripada kalangan rakyat di negara ini yang menggunakannya.
Dr Lee berkata sehingga kini, Malaysia mempunyai 15 hospital awam yang menyediakan amalan T&CM yang meliputi akupunktur dan ubat herba sebagai terapi adjunktif untuk kanser.
Bagaimanapun, beliau berkata masyarakat perlu mendapatkan rawatan moden dan hanya menggunakan perubatan T&CM sebagai rawatan alternatif.
"Dalam pengumpulan data mengenai kanser baru-baru ini, penangguhan rawatan menjadi satu masalah.
"Sesetengah rawatan tertangguh kerana pesakit mendapatkan rawatan tradisional yang tidak sepatutnya berlaku. Anda perlu mendapatkan perubatan yang sesuai.
"Oleh itu, perubatan T&CM hanya disyorkan untuk digunakan sebagai rawatan pelengkap untuk melegakan penderitaan dan meningkatkan hasil perubatan moden," katanya pada sidang media selepas melancarkan pembukaan Pusat Perubatan Tradisional dan Komplementari di Sunway Geo Avenue, Subang Jaya pada Khamis.
Turut hadir ialah Pengasas dan Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah Fook Ling dan Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari Kementerian Kesihatan, Dr Goh Cheng Soon.
Selain itu, beliau berkata pengamal T&CM perlu mendaftar mulai tahun 2021 bagi memastikan kualiti perkhidmatan T&CM selain mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Dalam perkembangan yang lain, mengulas mengenai situasi terkini berhubung jangkitan influenza di Malaysia, beliau berkata KKM tidak mempunyai statistik mengenai influenza kerana ia tidak tertakluk kepada keperluan pelaporan atau notifikasi.
BACA: Dua kelas SJKC Butterworth ditutup, murid dijangkiti influenza
“Kami hanya menyimpan rekod kekerapan berlakunya wabak tersebut.
“Wabak tersebut disebabkan virus influenza bermusim dan kumpulan yang berisiko tinggi ialah seperti wanita mengandung, kanak-kanak, warga tua dan mereka yang mempunyai penyakit kronik,” katanya.
Isabelle Leong
Thu Jan 09 2020
![KKM ingin luaskan amalan perubatan tradisional di lebih banyak hospital KKM ingin luaskan amalan perubatan tradisional di lebih banyak hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81578550602_DRLEEBOONCHYE.jpg)
DR LEE (pertama dari kiri): Perubatan T&CM hanya disyorkan untuk digunakan sebagai rawatan pelengkap untuk melegakan penderitaan dan meningkatkan hasil perubatan moden. - Astro AWANI/ISABELLE LEONG
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720347992_TBMaalHijrah.jpg)
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Belum ada bukti lelaki lebih mudah dijangkiti COVID-19 Belum ada bukti lelaki lebih mudah dijangkiti COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71579607959_DrLeeBoonChye.jpg)
Belum ada bukti lelaki lebih mudah dijangkiti COVID-19
Kajian mengenai golongan lelaki lebih mudah dijangkiti COVID-19 berbanding wanita masih belum dibuktikan sepenuhnya, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.
![Tutup pendingin hawa, guna kipas mampu halang COVID-19 merebak? Tutup pendingin hawa, guna kipas mampu halang COVID-19 merebak?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/41461320915_AirConditioner.jpg)
Tutup pendingin hawa, guna kipas mampu halang COVID-19 merebak?
Wabak koronavirus baharu (COVID-19) dipercayai tidak mampu bertahan lama sekiranya berada dalam suhu melebihi 30 darjah Celsius.
![Koronavirus: Kawalan di pintu masuk negara terus dipertingkat - KKM Koronavirus: Kawalan di pintu masuk negara terus dipertingkat - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/81580553679_DrLeeBoonChye.jpg)
Koronavirus: Kawalan di pintu masuk negara terus dipertingkat - KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus meningkatkan kawalan pemeriksaan dan saringan di semua pintu masuk negara ini.
![KKM ingin luaskan amalan perubatan tradisional di lebih banyak hospital KKM ingin luaskan amalan perubatan tradisional di lebih banyak hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81578550602_DRLEEBOONCHYE.jpg)
KKM ingin luaskan amalan perubatan tradisional di lebih banyak hospital
Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata, bidang perubatan tersebut semakin penting kerana kira-kira 30 peratus daripada kalangan rakyat di negara ini yang menggunakannya.
![Semua tempat makan jadi kawasan larangan merokok mulai 2020 Semua tempat makan jadi kawasan larangan merokok mulai 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/51576839300_vaperokok.jpg)
Semua tempat makan jadi kawasan larangan merokok mulai 2020
Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan larangan menghisap rokok dan vape di semua tempat makan di seluruh Malaysia, dikuatkuasakan bermula tahun 2020.
![Kementerian Kesihatan aktifkan CPRC untuk pantau keadaan banjir Kementerian Kesihatan aktifkan CPRC untuk pantau keadaan banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/61576685267_KotaTinggiBanjir.jpg)
Kementerian Kesihatan aktifkan CPRC untuk pantau keadaan banjir
Kementerian Kesihatan telah mengaktifkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) di ibu pejabatnya di Putrajaya untuk memantau keadaan banjir di seluruh negara ketika ini.
![Sebanyak 118,416 kes demam denggi seluruh negara Sebanyak 118,416 kes demam denggi seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/81504599112_MosquitoAEDES.jpg)
Sebanyak 118,416 kes demam denggi seluruh negara
Sebanyak 118,416 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara dari Januari hingga 27 November lepas, meningkat 70 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2018
![Vape: Perlu larang atau tidak, KKM masih mengkaji Vape: Perlu larang atau tidak, KKM masih mengkaji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41575071924_Vape.jpg)
Vape: Perlu larang atau tidak, KKM masih mengkaji
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih sedang mengkaji sama ada penggunaan rokok elektronik atau 'vape' perlu dilarang ataupun dibenarkan dengan kawalan pada masa akan datang.
![KKM cadang perluas 'klinik virtual' di seluruh negara KKM cadang perluas 'klinik virtual' di seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/61574267149_DrLeeBoonChye.jpg)
KKM cadang perluas 'klinik virtual' di seluruh negara
Kementerian Kesihatan berhasrat memperluaskan pelaksanaan 'klinik virtual' di seluruh negara untuk meningkatkan kecekapan penjagaan kesihatan pesakit luar.
![Isu kesihatan pelajar mencabar sistem kesihatan dan pendidikan Isu kesihatan pelajar mencabar sistem kesihatan dan pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41536139960_TBLEEBOONCHYE.jpg)
Isu kesihatan pelajar mencabar sistem kesihatan dan pendidikan
Kajian mendapati prevalen perokok dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun meningkat daripada 11.5 peratus kepada 13.8 peratus.