PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memulakan perbincangan untuk meneliti, merancang dan mencadangkan kepada Majlis Pemulihan Negara (MPN) tentang langkah membuka semula sempadan negara dengan segera dan selamat.
Menurut Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin, pihaknya berpandangan bahawa pembukaan sempadan negara adalah salah satu daripada langkah penting, yang akan menyokong proses pemulihan negara.
"MPN berpandangan bahawa tanpa rancangan yang kemas, penutupan sempadan dalam satu tempoh yang tidak menentu akan memberi kesan kepada cepat atau lambat proses pemulihan negara," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN di sini hari ini.
Menurut Muhyiddin, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah memberi taklimat dalam mesyuarat MPN hari ini mengenai trend penularan varian Omicron, serta inisiatif yang sedang dilaksanakan bagi memastikan penularan varian itu tidak memberi kesan buruk kepada negara, termasuk mengetatkan kawalan sempadan.
Muhyiddin berkata MPN mengesyorkan satu jawatankuasa dibentuk antara kementerian terlibat, untuk mencadangkan langkah membuka semula sempadan negara kepada pihak majlis iaitu "bila dan bagaimana dapat dibuka secara berperingkat."
Beliau berkata MPN turut mengesyorkan agar Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) membuat perancangan awal, bagi persiapan sebelum bencana banjir dan langkah pemulihan pascabanjir yang berlaku setiap tahun.
Katanya NADMA, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Kementerian Alam Sekitar dan Air dicadangkan lebih proaktif untuk melihat kepada penggunaan teknologi jangkaan baharu, dalam menangani isu bencana alam sekitar.
Muhyiddin berkata MPN turut mengesyorkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Kementerian Sumber Manusia, memperhalusi langkah untuk menangani isu kekurangan tenaga kerja yang meruncing bagi sektor perikanan laut dalam.
Beliau berkata masalah berkenaan menyebabkan jumlah pendaratan ikan berkurangan dan bekalan ikan di pasaran terganggu, sekali gus menjejaskan pemulihan dalam sektor perikanan.
Astro Awani
Mon Jan 10 2022
![KKM dan KDN perlu cadang langkah buka sempadan negara - MPN KKM dan KDN perlu cadang langkah buka sempadan negara - MPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641821600_TanSriMuhyiddinYa.jpg)
Muhyiddin berkata MPN mengesyorkan satu jawatankuasa dibentuk antara kementerian terlibat, untuk mencadangkan langkah membuka semula sempadan negara kepada pihak majlis. - Foto BERNAMA
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![Majlis Pemulihan Negara dibatalkan - PM Majlis Pemulihan Negara dibatalkan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671604751_PressConferenceAn.jpg)
Majlis Pemulihan Negara dibatalkan - PM
Kerajaan tidak memerlukan lagi MPN kerana fungsinya bertindih dengan fungsi agensi dan badan kerajaan yang lain.
![Kenyataan Puad Zarkashi dangkal, saya jalan tugas pro bono sahaja - Muhyiddin Kenyataan Puad Zarkashi dangkal, saya jalan tugas pro bono sahaja - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667715411_PERIKATAN.jpg)
"Kenyataan Puad Zarkashi dangkal, saya jalan tugas pro bono sahaja" - Muhyiddin
Mantan Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya berkata, pihaknya tidak menerima sebarang peruntukan mahupun elaun ketika beliau memegang jawatan berkenaan.
![MPN syor tingkatkan inisiatif penggalakan pelancongan MPN syor tingkatkan inisiatif penggalakan pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665818493_MKN.jpg)
MPN syor tingkatkan inisiatif penggalakan pelancongan
Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengesyorkan supaya kerajaan mempertingkatkan inisiatif penggalakan pelancongan dan penambahbaikan infrastruktur negara.
![Rakyat sambut baik cadangan dikemukakan MPN Rakyat sambut baik cadangan dikemukakan MPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666761957_MPN.jpg)
Rakyat sambut baik cadangan dikemukakan MPN
Seminar tersebut menggesa agar kerajaan segera memulihkan negara melalui 10 penekanan aspek keterangkuman sosial dan bermaruah (dignity).
![Syor kerajaan wujudkan Polisi Laluan Hijau khas PMKS - MPN Syor kerajaan wujudkan Polisi Laluan Hijau khas PMKS - MPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665890899_TBMichaelKang.jpg)
Syor kerajaan wujudkan Polisi Laluan Hijau khas PMKS - MPN
Ia akan membantu mengurangkan pelbagai kerenah birokrasi yang perlu dihadapi PMKS dalam membuat sebarang permohonan.
![MPN perlu jadi kementerian penuh, diterajui Perdana Menteri - Muhyiddin MPN perlu jadi kementerian penuh, diterajui Perdana Menteri - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661779980_MuhyiddinYassinIn.jpg)
MPN perlu jadi kementerian penuh, diterajui Perdana Menteri - Muhyiddin
Kementerian mempunyai lebih kuasa dalam membuat keputusan berhubung soal pengurusan ekonomi serta kebajikan rakyat berbanding majlis.
![Segera selesaikan isu pengambilan pekerja asing - MPN Segera selesaikan isu pengambilan pekerja asing - MPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653578023_TBMUHYIDDINYASSIN.jpg)
Segera selesaikan isu pengambilan pekerja asing - MPN
Isu ini akan merencatkan proses pemulihan negara terutama yang membabitkan sektor dan industri pembinaan.
![Laporan situasi terkini COVID-19 dibentang kepada MPN 26 Julai Laporan situasi terkini COVID-19 dibentang kepada MPN 26 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657960372_MuhyiddinYassinTS.jpg)
Laporan situasi terkini COVID-19 dibentang kepada MPN 26 Julai
Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun kes COVID-19 dalam negara menunjukkan peningkatan ketara sejak kebelakangan ini, beliau yakin keadaan adalah terkawal.
![Biar kerajaan, rakyat tentukan MPN gagal atau sebaliknya - Muhyiddin Biar kerajaan, rakyat tentukan MPN gagal atau sebaliknya - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71656760530_PresidenBersatuTan.jpg)
Biar kerajaan, rakyat tentukan MPN gagal atau sebaliknya - Muhyiddin
Dakwaan Ahmad Zahid terhadap MPN bersifat muslihat politik, kata Muhyiddin.
![Majlis Pemulihan Negara gagal, bubarkan sahaja - Zahid Hamidi Majlis Pemulihan Negara gagal, bubarkan sahaja - Zahid Hamidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71656419627_TBZAHID.jpg)
Majlis Pemulihan Negara gagal, bubarkan sahaja - Zahid Hamidi
Katanya, kewujudan MPN sejak dari awal lagi tidak membuahkan hasil.