KUALA LUMPUR: Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dijadualkan bersidang pada 26 Julai ini akan mendengar laporan terkini situasi COVID-19 yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), di samping laporan berhubung pengurusan ekonomi negara.
Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun kes COVID-19 dalam negara menunjukkan peningkatan ketara sejak kebelakangan ini, beliau yakin keadaan adalah terkawal.
"...logistik seperti katil hospital, keupayaan menguruskan (kes) setakat ini tidak menjadi masalah, tempoh dua tahun telah memberikan cukup banyak pengalaman menguruskan COVID-19," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Blood Donation Drive 2022 anjuran Tan Sri Muhyiddin Charity Golf Foundation (TSMCGF) di Mid Valley Mega Mall di sini hari ini.
"COVID-COVID lah... tapi orang hendak hidup, hendak cari makan, ada pekerjaan, nak hidupkan semula industri dan kegiatan ekonomi, supaya ekonomi negara tidak terus terjejas teruk sebagaimana berlaku masa lepas," tambahnya.
Katanya Pelan Pemulihan Negara 2.0 yang sedang disiapkan MPN akan mengambil kira langkah-langkah holistik yang wajar diambil berkaitan ekonomi memandangkan rakyat ketika ini terbeban dengan masalah inflasi, kenaikan harga barang dan bermacam isu lain.
Mengenai kempen derma darah hari ini Muhyiddin berkata ia merupakan acara tahunan TSMCGF yang masuk tahun kesembilan, dan penganjuran kali ini disasar mengumpulkan lebih 600 pek darah.
Kempen derma darah yang berlangsung hari ini dan esok di pusat membeli-belah Mid Valley Mega Mall itu adalah program kolaborasi TSMCGF dengan Pusat Darah Negara and IGB Real Estate Investment Trust.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 16 2022

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) menyantuni penderma ketika meninjau proses menderma darah pada program 'Blood Donation Drive' 2022 di pusat beli-belah Mid Valley hari ini. - Foto BERNAMA

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Majlis Pemulihan Negara dibatalkan - PM
Kerajaan tidak memerlukan lagi MPN kerana fungsinya bertindih dengan fungsi agensi dan badan kerajaan yang lain.

"Kenyataan Puad Zarkashi dangkal, saya jalan tugas pro bono sahaja" - Muhyiddin
Mantan Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya berkata, pihaknya tidak menerima sebarang peruntukan mahupun elaun ketika beliau memegang jawatan berkenaan.

MPN syor tingkatkan inisiatif penggalakan pelancongan
Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengesyorkan supaya kerajaan mempertingkatkan inisiatif penggalakan pelancongan dan penambahbaikan infrastruktur negara.

Rakyat sambut baik cadangan dikemukakan MPN
Seminar tersebut menggesa agar kerajaan segera memulihkan negara melalui 10 penekanan aspek keterangkuman sosial dan bermaruah (dignity).

Syor kerajaan wujudkan Polisi Laluan Hijau khas PMKS - MPN
Ia akan membantu mengurangkan pelbagai kerenah birokrasi yang perlu dihadapi PMKS dalam membuat sebarang permohonan.

MPN perlu jadi kementerian penuh, diterajui Perdana Menteri - Muhyiddin
Kementerian mempunyai lebih kuasa dalam membuat keputusan berhubung soal pengurusan ekonomi serta kebajikan rakyat berbanding majlis.

Segera selesaikan isu pengambilan pekerja asing - MPN
Isu ini akan merencatkan proses pemulihan negara terutama yang membabitkan sektor dan industri pembinaan.

Laporan situasi terkini COVID-19 dibentang kepada MPN 26 Julai
Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun kes COVID-19 dalam negara menunjukkan peningkatan ketara sejak kebelakangan ini, beliau yakin keadaan adalah terkawal.

Biar kerajaan, rakyat tentukan MPN gagal atau sebaliknya - Muhyiddin
Dakwaan Ahmad Zahid terhadap MPN bersifat muslihat politik, kata Muhyiddin.

Majlis Pemulihan Negara gagal, bubarkan sahaja - Zahid Hamidi
Katanya, kewujudan MPN sejak dari awal lagi tidak membuahkan hasil.