KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuka tawaran mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana, area of special interest (AOSI), Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan kepakaran kepada pegawai lantikan tetap serta kontrak kementerian itu.
Ketua Setiausaha KKM Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah berkata tawaran yang dibuka mulai 28 Jan ini terbuka kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bukan guna sama KKM lantikan tetap serta pegawai perubatan dan pergigian lantikan kontrak.
Katanya pegawai-pegawai yang memenuhi syarat boleh membuat permohonan menerusi sistem e-HLP KKM di http://ehlp.moh.gov.my.
"Pemakluman awal dibuat bagi membolehkan pegawai yang berminat untuk mengikuti pengajian di peringkat sarjana, AOSI, PhD dan kepakaran membuat persediaan sewajarnya sebelum tawaran dibuka," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Menurut Mohd Syafiq pembukaan tawaran kali ini berbeza daripada tahun-tahun lepas kerana pegawai perubatan dan pergigian lantikan kontrak turut diberikan peluang mengikuti Program Latihan Kepakaran (PLK) di peringkat sarjana atau 'parallel pathway'.
"Sebelum ini, hanya pegawai lantikan tetap sahaja diberikan peluang untuk mengikuti kursus dalam perkhidmatan," katanya.
Mohd Syafiq berkata langkah tersebut selaras dengan keputusan kerajaan pada 14 Julai lepas supaya KKM bersama-sama kementerian dan agensi pusat yang lain merangka pelan kerjaya yang komprehensif dan inklusif untuk pegawai perubatan dan pergigian lantikan kontrak.
Katanya kerajaan menerusi Belanjawan 2022 meluluskan peruntukan kewangan RM100 juta kepada KKM untuk manfaat sehingga 3,000 pegawai lantikan kontrak.
"KKM merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pengajian Tinggi yang bersama-sama merealisasikan hasrat kerajaan untuk memberi tawaran baharu kepada pegawai perubatan dan dan pergigian lantikan kontrak di KKM.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 15 2022
![KKM buka tawaran lanjut pengajian kepada pegawai tetap, kontrak KKM buka tawaran lanjut pengajian kepada pegawai tetap, kontrak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642252258_TBshafiqabdullah.jpg)
Mohd Syafiq berkata, pembukaan tawaran kali ini berbeza daripada tahun-tahun lepas kerana pegawai perubatan dan pergigian lantikan kontrak turut diberikan peluang. - Gambar fail BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![KKM buka tawaran lanjut pengajian kepada pegawai tetap, kontrak KKM buka tawaran lanjut pengajian kepada pegawai tetap, kontrak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642252258_TBshafiqabdullah.jpg)
KKM buka tawaran lanjut pengajian kepada pegawai tetap, kontrak
Terbuka kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bukan guna sama lantikan tetap serta pegawai perubatan dan pergigian lantikan kontrak.