PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi lima produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan produk berkenaan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata produk berkenaan ialah Skinsister Babyskin Treatment Cream, Sahaana Fairness Cream, Skinmade AZ & Salicylic Acid + Licorice Root Serum, Glowing Night Cream dan Glowing Herba Night Cream.
Beliau berkata Skinsister Babyskin Treatment Cream dan Sahaana Fairness Cream dikesan mengandungi merkuri, manakala Skinmade AZ & Salicylic Acid + Licorice Root Serum mengandungi asid azelaik.
Glowing Night Cream pula dikesan mempunyai hidrokuinon, tretinoin dan betamethasone 17-valerate, manakala merkuri dan betamethasone 17-valerate didapati terkandung dalam produk Glowing Herba Night Cream, katanya dalam kenyataan hari ini.
"Merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana ia boleh memudaratkan kesihatan sehingga menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf serta mengganggu perkembangan otak kanak-kanak atau janin selain menyebabkan ruam dan iritasi pada kulit," katanya.
"Produk yang mengandungi asid azelaik, hidrokuinon, tretinoin dan betamethasone 17-valerate perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan," katanya.
Beliau berkata asid azelaik boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu mengalami rasa terbakar, kegatalan, kesan kemerahan, kulit mengelupas dan perubahan warna kulit.
Hidrokuinon pula katanya, boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar ultra ungu (UV) berbahaya dan meningkatkan risiko kanser kulit.
Dr Muhammad Radzi berkata penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
Betamethasone 17-valerate pula menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat, katanya.
Beliau menggesa penjual dan pengedar agar menghentikan penjualan serta pengedaran semua produk berkenaan serta-merta kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan itu berdepan hukuman maksimum denda RM25,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
Beliau berkata syarikat yang melakukan kesalahan berdepan hukuman denda maksimum RM50,000 untuk kesalahan pertama dan RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
"Orang awam yang menggunakan produk kosmetik ini dinasihatkan agar segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers," katanya.
Status notifikasi sesuatu produk kosmetik boleh disemak dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun menerusi Google Play Store.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2023
![KKM batal notifikasi lima produk kosmetik mengandungi racun berjadual KKM batal notifikasi lima produk kosmetik mengandungi racun berjadual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698148953_TBbeauty.jpg)
KKM batalkan notifikasi lima produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual. - Gambar hiasan
![Parlimen: Lebih RM50 juta dibelanjakan oleh 700,000 penerima SARA setakat semalam Parlimen: Lebih RM50 juta dibelanjakan oleh 700,000 penerima SARA setakat semalam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738826085_AmirHamzahAzizan.jpg)
Parlimen: Lebih RM50 juta dibelanjakan oleh 700,000 penerima SARA setakat semalam
Lebih RM50 juta telah dibelanjakan oleh 700,000 penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori miskin dan miskin tegar setakat semalam (5 Feb).
![Bapa Zayn Rayyan kata 'celaka siapa bunuh anak aku’ - Saksi Bapa Zayn Rayyan kata 'celaka siapa bunuh anak aku’ - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738827993_ZaynRayyan.jpg)
Bapa Zayn Rayyan kata 'celaka siapa bunuh anak aku’ - Saksi
Saksi berkata dia mula mencari Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, selepas solat hajat di surau Al-hidayah berdekatan lokasi kejadian, pada 6 Disember 2023.
![Waspada 'smishing': Penipuan SMS paling santai Waspada 'smishing': Penipuan SMS paling santai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738827102_Scam.jpg)
Waspada 'smishing': Penipuan SMS paling santai
Pautan yang dihantar dalam percubaan smishing lazimnya adalah untuk mendapatkan pengesahan identiti mangsa.
Musk ambil alih agensi AS, wujudkan pusat kuasa baharu
Pengambilalihan pantas terhadap dua agensi kerajaan Amerika Syarikat oleh Elon Musk telah memberinya kawalan ke atas tenaga kerja persekutuan yang berjumlah 2.2 juta orang, sekali gus mencetuskan perubahan drastik dalam pentadbiran kerajaan.
Sebagai individu terkaya di dunia dan sekutu rapat Presiden Donald Trump, Musk, telah mewujudkan pusat kuasa baharu di Washington dalam tempoh dua minggu menerusi pelaksanaan inisiatif pemotongan kos yang bertujuan mengurangkan saiz kerajaan persekutuan.
Sebagai individu terkaya di dunia dan sekutu rapat Presiden Donald Trump, Musk, telah mewujudkan pusat kuasa baharu di Washington dalam tempoh dua minggu menerusi pelaksanaan inisiatif pemotongan kos yang bertujuan mengurangkan saiz kerajaan persekutuan.
“Beri kami idea untuk selesai isu pemisah “- Thailand
Malaysia diminta untuk memberikan idea kepada Thailand bagi membolehkan negara itu menyelesaikan isu pemisah yang didakwa menguggat keselamatan dan keamanan di wilayaj selatan.
Thailand mohon jasa Malaysia tangani isu dadah
Thailand mohon jasa baik Malaysia wujudkan perkongsian maklumat risikan formal dan tidak formal sebagai salah satu usaha menangani masalah pengedaran dan penyeludupan dadah secara lebih berkesan.
[TERKINI] SPRM teliti pelbagai sudut termasuk bayaran diterima selebriti
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperluas skop siasatan dengan meneliti jumlah bayaran yang diterima tiga selebriti yang menjadi pempengaruh bagi sebuah syarikat perunding kewangan yang dikaitkan dalam Op Sky.
[TERKINI] Jurutera maut, nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong
Amirul Aiman membawakan perkembangan terkini dari lokasi nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong.
![Putrajaya, 3 negeri catat sifar miskin tegar tahun lepas Putrajaya, 3 negeri catat sifar miskin tegar tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738820694_TBPutrajaya.jpg)
Putrajaya, 3 negeri catat sifar miskin tegar tahun lepas
Usaha Kerajaan MADANI untuk menoktahkan kemiskinan tegar menunjukkan kemajuan yang sangat memberangsangkan, dengan tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan berjaya mencatatkan sifar miskin tegar.
![Hafidz dakwa bekas isteri bawa anak ke Australia tanpa izin Hafidz dakwa bekas isteri bawa anak ke Australia tanpa izin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738819029_TBSHUHADAANAK.jpg)
Hafidz dakwa bekas isteri bawa anak ke Australia tanpa izin
Hafidz Roshdi mendakwa dirinya langsung tidak diberikan peluang oleh bekas isteri, Shuhada Mat Shukri untuk berjumpa dengan dua anak mereka sejak lebih setahun lalu.
![Institusi perubatan awam makin parah - Gerakan Institusi perubatan awam makin parah - Gerakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734936790_DominicLauHoeChai.jpg)
Institusi perubatan awam makin parah - Gerakan
Parti Gerakan menyifatkan institusi perubatan awam dalam negara menghadapi gelombang besar dan parah.
![Banjir: 98 fasiliti kesihatan awam terjejas Banjir: 98 fasiliti kesihatan awam terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733226765_FasilitiKesihatanr.jpg)
Banjir: 98 fasiliti kesihatan awam terjejas
Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 98 fasiliti kesihatannya di Kelantan, Terengganu dan Kedah terjejas akibat banjir.
![MIH Megatrends: Kesedaran rakyat, pemain industri tentang penjagaan kesihatan terus meningkat - KPJ Healthcare MIH Megatrends: Kesedaran rakyat, pemain industri tentang penjagaan kesihatan terus meningkat - KPJ Healthcare](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730026383_KPJHealthcareChin.jpg)
MIH Megatrends: Kesedaran rakyat, pemain industri tentang penjagaan kesihatan terus meningkat - KPJ Healthcare
MIH Megatrends 2024 berjaya wujudkan perbincangan lebih mendalam tentang isu kesihatan, daripada AI sehinggalah inovasi digital kesihatan.
![Tempat kerja, dobi digazet kawasan larangan merokok bermula 1 Jan depan Tempat kerja, dobi digazet kawasan larangan merokok bermula 1 Jan depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728029940_DzulkeflyAhmad.jpg)
Tempat kerja, dobi digazet kawasan larangan merokok bermula 1 Jan depan
Bermula 1 Januari depan, premis dobi dan bangunan tempat kerja termasuk sektor kerajaan serta swasta digazetkan sebagai kawasan baharu larangan merokok.
![KKM nilai tahap kesihatan mental kanak-kanak GISB KKM nilai tahap kesihatan mental kanak-kanak GISB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717859683_TBDZUL.jpg)
KKM nilai tahap kesihatan mental kanak-kanak GISB
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam proses menilai tahap kesihatan mental kanak kanak yang diselamatkan dari rumah amal GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).
![KKM ada RM100 juta untuk baik pulih klinik kesihatan, kuarters di Sarawak KKM ada RM100 juta untuk baik pulih klinik kesihatan, kuarters di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725700261_LukanismanAwangSaun.jpg)
KKM ada RM100 juta untuk baik pulih klinik kesihatan, kuarters di Sarawak
KKM memperoleh peruntukan RM100 juta khusus bagi membiayai kerja-kerja membaik pulih kemudahan di klinik kesihatan, kuarters di Sarawak.
![Cadangan kadar elaun 'on call' petugas kesihatan akan dibawa kepada PM Cadangan kadar elaun 'on call' petugas kesihatan akan dibawa kepada PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724484154_tbDzulkeflyAhmadM.jpg)
Cadangan kadar elaun 'on call' petugas kesihatan akan dibawa kepada PM
Cadangan daripada Kumpulan Hartal Doktor Kontrak berhubung kadar elaun tugas 'on call' petugas perubatan akan diteliti dan dibawa kepada perdana menteri.
![[EKSKLUSIF] Aset atau hamba? Doktor KKM kecewa dipaksa bekerja ketika anak sakit [EKSKLUSIF] Aset atau hamba? Doktor KKM kecewa dipaksa bekerja ketika anak sakit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626261537_BajetMedic.jpg)
[EKSKLUSIF] Aset atau hamba? Doktor KKM kecewa dipaksa bekerja ketika anak sakit
Apa yang terjadi dan isu yang semakin meruncing mengenai kebajikan petugas kesihatan akan membuatkan kerajaan kehilangan lebih ramai doktor.
![Data responden NHMS 2024 dijamin sulit, tidak akan disalah guna Data responden NHMS 2024 dijamin sulit, tidak akan disalah guna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722315780_Tinjauan.jpg)
Data responden NHMS 2024 dijamin sulit, tidak akan disalah guna
Data responden bagi proses bancian menerusi Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) akan dipelihara dan dijamin selamat.
![Hostel terbakar: Wanita alami sesak nafas, 13 lagi terselamat Hostel terbakar: Wanita alami sesak nafas, 13 lagi terselamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721994244_HostelTerbakar.jpg)
Hostel terbakar: Wanita alami sesak nafas, 13 lagi terselamat
Seorang wanita mengalami sesak nafas manakala 13 individu lagi berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran melibatkan sebuah hostel di bangunan premis perniagaan di Bandar Puchong Jaya, Selangor.