KUALA LUMPUR: Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai budaya hidup sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan ANMS Immunity Challenges melalui platform media sosial, TikTok.
Bertemakan ‘Tingkatkan Imuniti Badan’, KKM bekerjasama dengan lima pempengaruh bagi menjayakan cabaran yang berlangsung selama tiga bulan itu.
Cabaran berkonsepkan interaktif itu bukan sahaja dapat menyebarkan maklumat mengenai budaya hidup sihat malah menguji kreativiti peserta melalui penghasilan video kreatif.
Sepanjang tiga bulan kempen tersebut berlangsung, peserta boleh memilih lima cabaran yang dipertandingkan iaitu:
i. ‘ANMS Immunity Video Challenge’
ii. ‘ANMS Immunity Mental Menti Challenge’
iii. ‘ANMS Immunity Jingle Challenge’
iv. ‘ANMS Immunity Terpaling Healing’
v. ‘ANMS Immunity Dance Challenge’
Antara pempengaruh media sosial TikTok yang terlibat adalah Yazmin Aziz (@yazminaziz), Jayden Chong (@jaydenczx), Thiyagu B (@thiyagu_b), Mr. Shaque (@mistashaque) dan Nurhayati Tahir (@nurhayatitahirr_).
Peringkat pusingan pertama telah bermula pada 31 Disember lalu dan ia akan berlanjutan hingga 2 Mac depan.
Barisan pemenang pula akan diumumkan secara langsung dengan pempengaruh media sosial yang terlibat di TikTok MyHealthKKM yang dijangka diadakan pada April depan.
Cabaran yang dianjurkan di bawah inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.
Untuk maklumat lanjut, ikuti TikTok rasmi MyHealthKKM di @MyHealthKKM atau layari laman sesawang https://www.infosihat.gov.my/
Astro Awani
Sun Jan 07 2024
Bertemakan ‘Tingkatkan Imuniti Badan’, KKM bekerjasama dengan lima pempengaruh bagi menjayakan cabaran yang berlangsung selama tiga bulan itu.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MIH Megatrends: Kesedaran rakyat, pemain industri tentang penjagaan kesihatan terus meningkat - KPJ Healthcare
MIH Megatrends 2024 berjaya wujudkan perbincangan lebih mendalam tentang isu kesihatan, daripada AI sehinggalah inovasi digital kesihatan.
Tempat kerja, dobi digazet kawasan larangan merokok bermula 1 Jan depan
Bermula 1 Januari depan, premis dobi dan bangunan tempat kerja termasuk sektor kerajaan serta swasta digazetkan sebagai kawasan baharu larangan merokok.
KKM nilai tahap kesihatan mental kanak-kanak GISB
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam proses menilai tahap kesihatan mental kanak kanak yang diselamatkan dari rumah amal GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).
KKM ada RM100 juta untuk baik pulih klinik kesihatan, kuarters di Sarawak
KKM memperoleh peruntukan RM100 juta khusus bagi membiayai kerja-kerja membaik pulih kemudahan di klinik kesihatan, kuarters di Sarawak.
Cadangan kadar elaun 'on call' petugas kesihatan akan dibawa kepada PM
Cadangan daripada Kumpulan Hartal Doktor Kontrak berhubung kadar elaun tugas 'on call' petugas perubatan akan diteliti dan dibawa kepada perdana menteri.
[EKSKLUSIF] Aset atau hamba? Doktor KKM kecewa dipaksa bekerja ketika anak sakit
Apa yang terjadi dan isu yang semakin meruncing mengenai kebajikan petugas kesihatan akan membuatkan kerajaan kehilangan lebih ramai doktor.
Data responden NHMS 2024 dijamin sulit, tidak akan disalah guna
Data responden bagi proses bancian menerusi Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) akan dipelihara dan dijamin selamat.
Hostel terbakar: Wanita alami sesak nafas, 13 lagi terselamat
Seorang wanita mengalami sesak nafas manakala 13 individu lagi berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran melibatkan sebuah hostel di bangunan premis perniagaan di Bandar Puchong Jaya, Selangor.
Systema lancar kempen #GumHealthFirst, tingkat kesedaran penjagaan gusi
Systema, pakar perlindungan gusi terkenal dari Jepun komited dalam menangani penyakit gusi yang kini berleluasa di Malaysia menerusi kempen #GumHealthFirst dan memperkenal teknologi berus gigi baharu.
KKM lulus vaksin Qdenga untuk demam denggi
KKM meluluskan pendaftaran bersyarat kepada produk vaksin denggi iaitu Qdenga untuk digunakan bagi individu berumur empat tahun dan ke atas.