JOHOR BAHRU: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengenal pasti kawasan yang mempunyai capaian rangkaian komunikasi yang kurang atau tidak mempunyai liputan terutama di pedalaman dan pulau-pulau bagi memastikan perkhidmatan itu dapat disediakan dengan seberapa segera.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata beliau akan meminta agensi berkaitan mengenal pasti sekali gus menyediakan senarai tersebut secepat mungkin untuk tindakan selanjutnya.
"Saya akan minta satu senarai untuk mengenal pasti mana-mana kawasan pedalaman dan pulau-pulau yang masih tiada perkhidmatan telefon ataupun rangkaian itu supaya kita boleh bincang dengan syarikat-syarikat telekomunikasi bagaimana kita boleh mempercepatkan untuk membekalkan perkhidmatan tersebut," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Kawalan Operasi Bencana di pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor Bahru, di sini, hari ini.
Beliau berkata menjadi fokus kerajaan terutamanya KKD dalam memastikan perkhidmatan komunikasi sentiasa dalam keadaan baik, tidak terganggu atau terputus terutama apabila berlaku sesuatu bencana.
Ahli Parlimen Kulai itu berkata demikian ketika ditanya mengenai sesetengah kawasan hotspot banjir di kawasan pedalaman seperti perkampungan orang Asli di Mersing yang masih dilihat kurang liputan komunikasi.
Ketika ditanya sama ada kementerian menerima laporan mengenai kejadian komunikasi terputus di Terengganu dan Kelantan yang kini terjejas teruk akibat banjir, beliau berkata tiada laporan diterima setakat ini, namun syarikat-syarikat telekomunikasi telah diminta untuk bersiap siaga.
"Di kawasan pusat pemindahan sementara (PPS) keadaan masih terkawal.Setakat ini, kita tidak terima apa-apa laporan (mengenai gangguan telekomunikasi). Kalau ada laporan dan keperluan, silalah hantar laporan kepada KKD dan kita akan meneliti keperluan tersebut," kata beliau.
Beliau berkata syarikat-syarikat telekomunikasi juga akan menyediakan set penjana elektrik sekiranya terdapat gangguan elektrik bagi memastikan menara telekomunikasi masih dapat beroperasi selain meletakkan rangkaian mudah alih di PPS yang padat.
Selain itu, KKD akan bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk memastikan bahawa amaran itu dapat dihantar ke pengguna yang berada di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti dalam masa singkat selain menerusi televisyen dan radio.
"Jadi persiapan di peringkat KKD telahpun ada pelbagai perbincangan dan saya harap kita boleh pastikan bahawa amaran itu boleh sampai kepada komuniti dalam masa yang paling singkat dan dalam masa yang sama, perkhidmatan komunikasi tidak terganggu apabila berlaku bencana yang besar," kata Teo.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2022
Teo Nie Ching berkata beliau akan meminta agensi berkaitan mengenal pasti sekali gus menyediakan senarai tersebut secepat mungkin untuk tindakan selanjutnya. - Bernama
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Kementerian Komunikasi pastikan rakyat nikmati impak peruntukan RM2.55 bilion
Kementerian Komunikasi akan menggerakkan semua agensi di bawahnya untuk memastikan peruntukan sebanyak RM2.55 bilion dalam Belanjawan 2025 dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
Kerajaan nafi pembangunan kerangka pelesenan media sosial tidak libat proses rundingan
Dakwaan Gabungan Internet Asia (AIC) dalam surat terbukanya bertarikh 26 Ogos lepas bahawa pembangunan kerangka pelesenan media sosial tidak melibatkan proses rundingan adalah tidak benar.
Banjir: Syarikat telekomunikasi diarah pastikan menara, talian komunikasi kekal berfungsi
Syarikat telekomunikasi diarah menyediakan set janakuasa mudah alih untuk ditempatkan di menara-menara telekomunikasi yang dikenal pasti berada di kawasan sering dilanda banjir.
RUU Keselamatan Dalam Talian wajibkan 3 tanggungjawab utama, tingkat keselamatan
RUU Dalam Talian 2024 bakal mewajibkan platform media sosial mematuhi tiga tanggungjawab utama termasuk menjamin keselamatan platform dan melindungi kanak-kanak.
Penyelarasan cuti di Johor tarik lebih ramai pelabur asing - Teo
Penyelarasan semula cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan 2025 di Johor diharap dapat menarik lebih ramai pelabur asing dalam usaha meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.
Teo Nie Ching dipilih Pengerusi DAP Johor
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor bagi penggal 2024/2027 menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan itu sejak 2014.
Pengerusi DAP Johor: Chin Tong sedia beri laluan kepada Nie Ching
Liew Chin Tong sedia berundur daripada jawatannya sebagai Pengerusi DAP Johor untuk memberi ruang kepada timbalannya, Teo Nie Ching.
52 menara telekomunikasi JENDELA beroperasi di Johor - Teo
Daripada jumlah itu terdapat empat tapak menara telekomunikasi di negeri ini belum mendapat kelulusan Jabatan Perhutanan memandangkan projek berkenaan akan dibangunkan di kawasan hutan.
MCMC pantau kandungan parodi libatkan GISB - Teo
Nie Ching berkata pihaknya akan bekerjasama dengan mana-mana agensi yang bertanggungjawab menyiasat kumpulan berkenaan sekiranya terdapat permintaan.
MCMC alu-alukan aduan awam berhubung kandungan media sosial babitkan kanak-kanak - Teo
Teo Nie Ching berkata kerjasama itu penting bagi memastikan perlakuan jenayah melibatkan kanak-kanak tidak berleluasa di negara ini.