KUALA LUMPUR: Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru mendesak polis membuat siasatan terperinci dan telus berhubung ancaman bunuh yang diterima kumpulan muzik terkenal Indonesia, Radja Band.
Menurut Konsul Jeneralnya, Sigit S Widiyanto, pihaknya dimaklumkan dua suspek yang terlibat telah dibebaskan setelah membayar wang jaminan.
"Proses siasatan masih berjalan dan pihak Radja sendiri - mereka inginkan agar proses siasatan berjalan seperti biasa.
"Sudah tentu kita sangat berharap polis Johor yang bersikap profesional mampu untuk tangani kes ini selari dengan kesalahan yang telah dilakukan.
"Pihak Radja juga memaklumkan kepada kami, mereka masih trauma dan takut dengan kejadian yang menimpa mereka baru-baru ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
BACA: Polis buru suspek ancam bunuh kumpulan Radja
BACA: Polis tahan dua lelaki bantu siasatan kes ugut kumpulan Radja
Tambahnya lagi, KJRI Johor Bahru kecewa dengan insiden yang menimpa kumpulan tersebut apatah lagi ia merupakan kunjungan pertama kumpulan muzik berkenaan ke negeri itu.
"Mungkin sebelum ini Radja pernah datang ke Malaysia tetapi di Johor ini merupakan kunjungan kali pertama.
"Mereka sangat terperanjat serta trauma setelah terima perlakuan yang kasar dan kata-kata makian (ancaman bunuh).
"Radja merasakan telah lakukan yang terbaik untuk konsert itu namun kemudian menerima layanan seumpama itu.
"KJRI Johor Bahru akan terus berhubung dengan polis Johor untuk mengikuti rapat perkembangan kes agar ia dapat diselesaikan sebaiknya," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Sigit turut memaklumkan sempat bertemu ahli kumpulan muzik berkenaan pada malam kejadian sebelum mereka dikejutkan dengan insiden itu.
Sabtu lalu, media melaporkan kumpulan Radja menerima ancaman bunuh oleh dua lelaki selain dilemparkan dengan kata-kata kesat.
Kejadian dikatakan berpunca daripada salah faham membabitkan wakil pihak penganjur dan kumpulan tersebut.
Kejadian itu tercetus setelah mereka selesai mengadakan konsert di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru.
Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamaruzaman Mamat pada Ahad berkata, polis telah menahan dua individu bagi membantu siasatan kes.
Hilmi Malik
Mon Mar 13 2023
![KJRI desak siasatan terperinci kes ugut kumpulan Radja KJRI desak siasatan terperinci kes ugut kumpulan Radja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678702110_KonsulatJeneralSig.jpg)
Sigit S Widiyanto berkata, pihaknya dimaklumkan dua suspek yang terlibat telah dibebaskan setelah membayar wang jaminan. - Gambar fail
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Kertas siasatan kes ugutan bunuh terhadap kumpulan muzik Radja selesai Kertas siasatan kes ugutan bunuh terhadap kumpulan muzik Radja selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678772669_KumpulanRadja.jpg)
Kertas siasatan kes ugutan bunuh terhadap kumpulan muzik Radja selesai
Polis telah mengambil keterangan daripada 14 individu warga tempatan dan tiga warga asing bagi membantu siasatan.
![Kumpulan Radja terima ancaman bunuh selepas konsert di Larkin Kumpulan Radja terima ancaman bunuh selepas konsert di Larkin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678586817_KumpulanRadja.jpg)
Kumpulan Radja terima ancaman bunuh selepas konsert di Larkin
Kumpulan berkenaan telah didatangi dua individu lelaki mewakili pihak penganjur sebelum dilemparkan kata-kata kesat dan ancaman bunuh.