“Kita tidak meminta ini berlaku.”
Itu adalah keluhan sedih Pengetua Tahfiz Al-Hashimi, Mohammad Azam Omizi yang memberi reaksi kepada kejadian van terbabas di Kuala Krai, Kelantan, yang meragut nyawa tujuh orang pelajar Tahfiz tersebut.
Beliau berkata kejadian itu boleh dijadikan peringatan kepada tahfiz-tahfiz yang lain bahawa persiapan keselamatan adalah penting dan keselamatan pelajar perlu sentiasa diutamakan.
Mohammad Azam berkata hubungan guru dan pelajar di tahfiz tersebut cukup rapat kerana tahfiz tersebut diterhadkan kepada 63 orang dan semua pelajar ditanggung sepenuhnya.
Katanya, beliau telah bertemu dengan dua ustaz yang terselamat dalam kejadian tersebut.
“Saya dah bertemu dengan seorang ustaz di Hospital Kuala krai dan seorang lagi di Hospital Machang.
"Mereka tidak cerita banyak. Hanya meminta maaf banyak-banyak dan mohon minta doa supaya yang lain itu semuanya selamat,” ceritanya kepada Astro AWANI.
Dalam kejadian malang itu, sebuah van yang membawa pelajar dan tenaga pengajar Tahfiz Al-Hashimi terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu pagi tadi.
Dalam insiden yang berlaku kira-kira pukul 9.40 pagi itu, tujuh mangsa dilaporkan maut sementara tujuh lagi cedera.
Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.45 pagi.
Sebaik pihak Bomba tiba di lokasi kejadian, sembilan mangsa sudah dikeluarkan orang awam sementara lima lagi masih tersebit di dalam kenderaan yang remuk itu.
T K Letchumy Tamboo
Fri Jun 02 2017

Dalam kejadian malang itu, sebuah van yang membawa pelajar dan tenaga pengajar Tahfiz Al-Hashimi terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu pagi tadi. - Foto pembaca Astro AWANI
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

"Kita tidak meminta ini berlaku" - Pengetua Tahfiz Al-Hashimi
Itu adalah keluhan sedih pengetua Tahfiz Al-Hashimi, Mohammad Azam Omizi yang memberi reaksi kepada kejadian van terbabas di Kuala Krai, Kelantan.