KUALA LUMPUR:Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menasihati seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama membendung penularan wabak COVID-19.
Tunku Azizah dalam titahnya menekankan sebelum ini negara telah menempuh beberapa waktu sukar ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan tidak menginginkan perkara sama berulang.
“Kita sudah rasa susahnya COVID-19 terhadap kehidupan dari segi ekonomi, pergerakan, dan juga pelajaran dan COVID-19 kembali mendadak sejak kebelakangan ini.
“Kita semua mungkin mampu menjadi ‘super spreader’, kesihatan anak-anak kita penting malah semua dan situasi ketika ini pelajaran anak-anak tersekat dan pendidikan itu penting.
“Saya ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama ambil peranan untuk kekang penularan COVID-19 dan jangan ambil lewa kita semua mainkan peranan yang penting untuk kawal ia merebak,” katanya menerusi laman rasmi Facebook Istana Negara pada Khamis.
Baginda Permaisuri bertitah sempena Majlis Taklimat Khas Pencegahan dan Kawalan COVID-19 di Istana Negara, yang dianjurkan atas inisiatif Raja Permaisuri Agong semalam.
Baru-baru ini, kes COVID-19 kembali catat peningkatan kepada tiga angka termasuk kemunculan beberapa kluster baharu.
Hilmi Malik
Thu Oct 08 2020
Raja Permaisuri Agong, menasihati seluruh rakyat Malaysia untuk bersama membendung penularan wabak COVID-19. - Gambar fail
Presiden baharu Lubnan gesa dasar pertahanan menyeluruh, dialog dengan Syria
Joseph Aoun ajak semua pihak bincang dasar pertahanan menyeluruh yang membolehkan negara mengakhiri pendudukan Israel dan menangkis serangan.
Permintaan kargo udara, penumpang global naik lebih 8 peratus pada November 2024 - IATA
Willie Walsh berkata, setelah mempertimbangkan semua faktor, prestasi kargo udara dijangka menutup tahun 2024 dengan catatan menguntungkan.
Imigresen Indonesia tahan buruan AS dakwaan eksploitasi kanak-kanak
Direktorat Jeneral Imigresen menahan TJC, seorang buruan warga Amerika Syarikat (AS) yang dicari oleh Marsyal AS atas pertuduhan berkaitan eksploitasi seksual, cubaan eksploitasi kanak-kanak dan porno
Angka kematian di Gaza akibat serangan Israel melebihi 46,000 orang
Angka kematian sejak 7 Okt 2023 mencecah 46,006 orang, majoritinya kanak-kanak dan wanita; kira-kira 109,378 orang lagi cedera.
1,211 gempa susulan dikesan selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud Xizang
Gempa susulan terbesar mempunyai magnitud 4.4 dan berlaku kira-kira 18 kilometer dari pusat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud.
Maritim Malaysia dipilih perintis integrasi AI dalam pengoperasian
Maritim Malaysia dipilih sebagai salah satu jabatan di bawah KDN sebagai perintis pengintegrasian teknologi AI dalam pengoperasian.
NAFAS perlu kekal sebagai pembekal utama baja negara
Faizul berkata, sejak sekian lama PPK membuat tempahan baja daripada NAFAS dan pengagihan berjalan mengikut jadual.
NRES perkasa Akta Hakmilik Strata - Nik Nazmi
Hal ini bagi memastikan skim-skim strata yang dibangunkan dapat disediakan dokumen hak milik strata mengikut kehendak perundangan semasa.
Bursa ASEAN perlu bangun instrumen tarik pelabur asing - CEO Bursa Malaysia
Beliau berkata ASEAN mesti terangkum dan mampan untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.
Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.
Agong sebak, zahir penghargaan dan terima kasih kepada rakyat
Al-Sultan Abdullah sebak sehingga menitiskan air mata ketika bertitah pada Majlis Jamuan Negara sempena tamat tempoh pemerintahan baginda, malam ini.
Raja Permaisuri berkenan ziarah pasangan kembar siam pramatang
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menziarahi pasangan kembar siam pramatang di Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur.
Agong, Raja Permaisuri solat sunat Aidilfitri bersama petugas Istana Negara
Pasangan diraja itu tiba di Surau Utama Istana Negara bersama anakanda baginda, Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
Kita sudah rasa susahnya - Raja Permaisuri Agong nasihat rakyat ambil peranan tangani COVID-19
Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menasihati seluruh rakyat Malaysia untuk bersama membendung penularan wabak COVID-19.
Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah berangkat balik ke Kedah hari ini
Keberangkatan balik baginda bersama-sama Tuanku Hajah Haminah dijadual berlangsung penuh istiadat diraja dengan bermula dari Istana Negara di sini pada 8 pagi.