Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan menyempurnakan majlis pelancaran buku dokumentasi keturunan Bapa Sastera Melayu Moden Pertama Negara, Mushi Abdullah Sheikh Abdul Kadir.
Baginda yang berangkat tiba di sebuah hotel di ibu negara jam 2.30 petang tadi, disambut oleh penulis buku itu, Datuk Siti Saleha Sheikh Abu Bakar.
Buku setebal lebih 200 muka surat itu mengisahkan salasilah tujuh generasi keluarga penulis yang bermula dengan kisah kehidupan moyangnya yang berasal dari Hadhramaut, kini dikenali sebagai Yaman, pada abad ke-16.
Selain memaparkan asal usul Mushi Abdullah, naskah itu turut mengupas kejayaan anak Abdullah, Muhammad Ibrahim, yang dikenali sebagai 'Bapa Pendidikan Melayu Johor’ ketika akhir abad ke-19.
Siti Saleha berkata, beliau mengambil masa selama tujuh tahun untuk menyiapkan buku itu.
“Saya tidak tulisnya secara berterusan kerana banyak perkara yang saya perlu uruskan. Pada masa sama, kajian saya lakukan banyak kepada buku-buku Munshi Abdullah dari Amerika Syarikat dan United Kingdom.
"Ini kerana, negara itu banyak menterjemahkan karya-karya Munshi Abdullah ke dalam Bahasa Inggeris,” katanya ketika ditemui pemberita.
Bekas hakim itu berkata, hanya selepas beliau bersara, beliau mengetahui bahawa keluarganya berasal dari keturunan Munshi Abdullah dan seterusnya membuat kajian mengenainya.
Katanya, buku itu turut memuatkan kisah mengenai zaman kegemilangan kesultanan negeri Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim.
Katanya lagi, buku berkenaan diterbitkan bukan untuk tujuan komersil tetapi sebagai rujukan pelajar dan ditempatkan di pustaka-pustaka ilmu sekitar Johor.
Azyyati Ahmad
Sun Apr 21 2019
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyempurnakan majlis perlancaran buku dokumentasi keturunan Bapa Sastera Melayu Moden Pertama Negara, Mushi Abdullah Sheikh Abdul Kadir hari ini. --fotoBERNAMA
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Tuah bawa Aaron-Wooi Yik ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Aaron-Wooi Yik bersama Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia menjadi pasangan yang mengisi dua slot terakhir.
Nuklear Malaysia rancang wujudkan badan sampaikan maklumat terus kepada PM
Ia juga bertindak sebagai 'suara' untuk disampaikan ke peringkat Perdana Menteri supaya teknologi itu tidak ketinggalan dan dipandang serong.
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
COVID-19: Biden tandatangan RUU, pengubahan status asal usul wabak
Biden berkata pentadbirannya akan mengambil kira keselamatan negara apabila memutuskan perkara yang akan dikeluarkan.
Penasihat WHO gesa China beri semua data asal usul COVID-19
Urutan itu mencadangkan bahawa anjing rakun terdapat di pasar itu dan mungkin juga telah dijangkiti oleh koronavirus.
Dewan Perwakilan AS sebulat suara undi nyahklasifikasi asal usul COVID-19
DEWAN PERWAKILAN AS SEBULAT SUARA UNDI NYAHKLASIFIKASI ASAL USUL COVID
COVID-19: China perlu jujur mengenai asal usul virus
Satu laporan didedahkan Jabatan Tenaga AS bahawa wabak itu mungkin berasal daripada kebocoran makmal di negara tembok besar itu.
COVID-19: WHO tubuh pasukan baharu kaji asal usul virus
Badan dunia itu sudah mencalonkan 26 pakar untuk menganggotai jawatankuasa itu dikenali sebagai SAGO.
Asal usul COVID-19: WHO harap penyelidikan China telus, inklusif
China, Amerika Syarikat dan WHO masing-masing mahukan kajian berkaitan asal usul koronavirus dilakukan secepat mungkin.
Pencarian punca COVID-19 harus secara saintifik, tidak dipolitikkan
China berpendirian semua usaha mengesan asal usul virus COVID-19 seharusnya dilakukan secara ilmiah oleh saintis serta bebas daripada sebarang gangguan politik demi kesejahteraan manusia sejagat.
Asal-usul COVID-19: Proses siasatan 'diracuni' politik - WHO
WHO mengkritik pertelingkahan yang semakin meningkat antara AS dan China berhubung siasatan berterusan dalam mencari asal-usul COVID-19.
Asal-usul COVID-19: Saintis gesa penyelidikan baharu bersama atau tanpa China
Siasatan yang lebih baik diperlukan secara bersama atau tanpa penglibatan Beijing.
Kisah asal usul keturunan Munshi Abdullah dibukukan
Buku setebal lebih 200 muka surat itu, mengisahkan salahsilah tujuh generasi Munshi Abdullah.