JASIN: Kira-kira RM4 juta disalurkan kepada petani di Melaka tahun ini menerusi penyerahan insentif pembangunan negeri dan Persekutuan kepada peserta yang berdaftar di bawah Jabatan Pertanian bagi menggalakkan pengeluaran hasil pertanian dan makanan.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata menerusi peruntukan tersebut, pihaknya berharap lebih ramai petani berdaftar dengan pejabat pertanian daerah masing-masing supaya bantuan tersebut dapat disalurkan secara menyeluruh.
"Setakat ini seramai 7,902 petani sama ada yang menjalankan tanaman secara kecil-kecilan dan besar-besaran direkodkan berdaftar, namun kita memerlukan data kemasukan baharu petani setiap tahun supaya peruntukan yang sebenar dapat dimohon daripada kerajaan Persekutuan untuk membantu golongan berkenaan.
"Pendaftaran ini bukan sahaja melibatkan mereka yang mengusahakan kebun atau ladang, malah petani kecil yang mengusahakan tanaman di halaman rumah turut diminta mendaftar supaya memudahkan Jabatan Pertanian memberikan khidmat nasihat atau bantuan sewajarnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Penyampaian Insentif Projek Pembangunan dan Program Pertanian Bandar peringkat daerah Jasin yang turut dihadiri Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri Datuk Khaidhirah Abu Zahar.
Pada majlis itu, Muhamad Akmal turut menyampaikan insentif kepada 226 petani daerah Jasin membabitkan peruntukan berjumlah RM1.011 juta.
Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya berharap lebih ramai petani akan mendaftar kerana Jabatan Pertanian di setiap daerah mempunyai kepakaran terutamanya dalam memberikan khidmat nasihat mengenai penggunaan baja, rawatan penyakit dalam pertanian dan lain-lain yang boleh dimanfaatkan oleh golongan petani.
"Jika kita lihat dalam tempoh beberapa tahun ini, peningkatan jumlah petani yang berdaftar di Melaka tidak ketara iaitu hanya melibatkan lebih 7,000 petani sahaja.
"Apabila kita mempunyai data ini, ia juga mampu menyumbang kepada rekod kadar tahap sara diri (SSL) pertanian di negeri ini selain dapat membantu mengatasi masalah lambakan hasil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024
![Kira-kira RM4 juta disalur kepada petani di Melaka tahun ini Kira-kira RM4 juta disalur kepada petani di Melaka tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681625986_DrMuhamadAkmal.jpg)
Dr Muhamad Akmal berkata menerusi peruntukan tersebut, pihaknya berharap lebih ramai petani berdaftar dengan pejabat pertanian daerah masing-masing. - Gambar fail/Astro AWANI
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711260576_SuruhanjayaSekuriti.jpg)
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
![Warga emas rugi lebih RM200,000 akibat pelaburan tidak wujud Warga emas rugi lebih RM200,000 akibat pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718614275_scam.jpg)
Warga emas rugi lebih RM200,000 akibat pelaburan tidak wujud
Mangsa, 66 tahun, dilaporkan telah tertarik dengan satu iklan pelaburan saham melalui laman sosial atas nama Pimco Malaysia Station W68.
![HRD Corp guna RM3.77 bilion untuk pelaburan risiko tinggi, kaedah pembelian harta mencurigakan - PAC HRD Corp guna RM3.77 bilion untuk pelaburan risiko tinggi, kaedah pembelian harta mencurigakan - PAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710853633_TBMASERMIEYATI.jpg)
HRD Corp guna RM3.77 bilion untuk pelaburan risiko tinggi, kaedah pembelian harta mencurigakan - PAC
PAC mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan Program Latihan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti yang dianggap berisiko tinggi.
![Peningkatan sumbangan KDNK Selangor bukti keyakinan komuniti perniagaan terhadap kepimpinan kerajaan - Amirudin Peningkatan sumbangan KDNK Selangor bukti keyakinan komuniti perniagaan terhadap kepimpinan kerajaan - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716284352_AmirudinShari.jpg)
Peningkatan sumbangan KDNK Selangor bukti keyakinan komuniti perniagaan terhadap kepimpinan kerajaan - Amirudin
Kejayaan Selangor dalam menerajui sumbangan KDNK negara sebanyak 25.9 peratus, bukti keyakinan komuniti perniagaan serta rakyat terhadap pentadbiran negeri yang selari dengan kerajaan Persekutuan.
![Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719919577_TBAbRaufYusoh.jpg)
Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE
Kerajaan negeri menyasarkan 400 syarikat pengeksport di Melaka berdaftar dengan MATRADE bagi meningkatkan produktiviti dan keuntungan syarikat berkenaan.
![Koop Sahabat umum 10 peratus agihan dividen kepada anggota Koop Sahabat umum 10 peratus agihan dividen kepada anggota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719794653_KoopSahabat.jpg)
Koop Sahabat umum 10 peratus agihan dividen kepada anggota
Koop Sahabat Berhad mengumumkan agihan dividen sebanyak 10 peratus bersamaan RM9 juta kepada 448,782 anggota koperasi bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.
![Presiden Mohamed Ould Ghazouani mengundi dalam pilihan raya Mauritania Presiden Mohamed Ould Ghazouani mengundi dalam pilihan raya Mauritania](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719677432_TBGhazouani.jpg)
Presiden Mohamed Ould Ghazouani mengundi dalam pilihan raya Mauritania
Presiden Mauritania Mohamed Ould Cheikh El Ghazouani keluar mengundi dalam pilihan raya presiden yang mana beliau dijangka menang pada Sabtu.
![Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta untuk tingkatkan pemulihan Filipina Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta untuk tingkatkan pemulihan Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41621412664_TheWorldBank.jpg)
Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta untuk tingkatkan pemulihan Filipina
Bank Dunia pada Sabtu mengumumkan kelulusan pinjaman US$750 juta bagi mengukuhkan pemulihan ekonomi Filipina, lapor Xinhua.
![Kerajaan dicadang terbitkan indeks daya saing sendiri - Pakar Kerajaan dicadang terbitkan indeks daya saing sendiri - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719494315_DrOngKianMing.jpg)
Kerajaan dicadang terbitkan indeks daya saing sendiri - Pakar
Pro Naib Canselor (Penglibatan Luar) Taylor's University, Dr. Ong Kian Ming menyarankan Kerajaan menerbitkan indeks daya saing sendiri dengan data dan dapatan dikongsikan secara terbuka serta telus ke
![Malaysia perlu contohi kecekapan Negara-Negara Teluk mudahkan perniagaan - Penganalisis Malaysia perlu contohi kecekapan Negara-Negara Teluk mudahkan perniagaan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633161967_TBZOKHRIjpg.jpg)
Malaysia perlu contohi kecekapan Negara-Negara Teluk mudahkan perniagaan - Penganalisis
Malaysia perlu mencontohi amalan terbaik Negara-Negara Teluk dalam memudahkan urusan menjalankan perniagaan.