Kira-kira 60 pondok di Madrasah Ad-Diniah Yusufiah, Gelang Mas di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu, lebih 40 pondok di situ terselamat daripada dijilat api.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas Penolong Penguasa Bomba Mohamad Nazri Abdul Wahab berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu.
"Pondok berkenaan yang dibuat daripada kayu berkeluasan 8 X 10 kaki dibina terlalu rapat menyebabkan api marak dengan cepat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian malam tadi.
Mohamad Nazri berkata seramai 24 anggota bomba dengan empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Kota Baharu dan Tunjong (Kota Baharu), berjaya memadam dan mengawal api daripada merebak ke lebih 40 pondok di madrasah tersebut.
Beliau berkata pihaknya yang menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 8.23 malam tiba di lokasi kejadian kira-kira 20 minit kemudian sebelum berjaya mengawal dan memadam kebakaran dalam tempoh setengah jam.
Katanya selain bekalan air dari kenderaan bomba, pihaknya menggunakan air dari perigi di madrasah tersebut untuk memadam kebakaran.
Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Katanya madrasah berkenaan yang merupakan tempat pengajian agama menempatkan pelajar daripada peringkat kanak-kanak hingga warga emas.
Bernama
Mon Oct 05 2015
Penduduk setempat melihat kesan kebakaran Madrasah Ad-Diniah Yusufiah, Gelang Mas malam tadi. Sebanyak 60 buah pondok pengajian hangus dalam kebakaran tersebut. - Gambar Bernama
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Kira-kira 60 pondok di Madrasah Ad-Diniah Yusufiah musnah dalam kebakaran
Kira-kira 60 pondok di Madrasah Ad-Diniah Yusufiah, Gelang Mas di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.