IPOH: Kerajaan Perak telah mengatur program untuk mengenal pasti dua 'blackspot' atau kawasan hitam yang sering berlaku kemalangan dan berisiko kepada pengguna jalan raya, iaitu di daerah Kinta dan Kerian.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, sehingga kini Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melaksanakan program tersebut bagi memastikan keselesaan pengguna jalan raya.
"Ada sesetengah tempat kita kenal pasti ia boleh mengundang kemalangan di situ, di tanah atau jalan kerajaan negeri. Maka kita telah melaksanakan satu program untuk kenal pasti 'blackspot' ini dan didapati Perak ada dua.
"Ada dua tempat yang sering berlaku kemalangan jalan raya, satu di Kinta dan kedua di Kerian. Jadi pemantauan dan makluman daripada JKR akan lebih terperinci di lokasi dua 'blackspot' ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan pada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Wong May Ing (DAP- Pantai Remis) pada Sidang DUN Perak ke-15 di sini pada Rabu.
Soalan lisan itu berkenaan jumlah kemalangan direkodkan yang berpunca daripada keadaan fizikal jalan raya berlubang, kerja-kerja pembinaan serta kekurangan pencahayaan lampu jalan.
Dalam pada itu, Mohammad Nizar berkata, bagi perancangan tahun depan, sebanyak 10 lokasi di negeri ini telah dikenal pasti bagi kerja-kerja membaik pulih jalan.
"Pada tahun 2023 sebanyak 10 lokasi telah dikenal pasti membabitkan daerah seperti Manjung, Larut Matang dan Selama (LMS), Kinta, Batang Padang dan Kerian.
"Ini merupakan kos yang kita anggarkan untuk baik pulih atau mengelakkan kemalangan jalan raya, sejumlah RM3.2 juta, Insya-Allah kita akan pastikan ia dapat dilaksanakan pada tahun depan.
"Sehubungan itu kerja-kerja membaiki jalan di lokasi tersebut akan dilaksanakan setelah peruntukan diterima.
"Kita mahu pastikan mana-mana jalan negeri dan Persekutuan, usaha bagi membaik pulih jalan yang rosak atau berisiko mengundang kemalangan, kita akan cuba elak," katanya.
Sementara itu, beliau menambah data rekod kemalangan menyatakan kebanyakan kemalangan jalan raya berlaku akibat pelanggaran dan terbabas.
"Sama ada punca fizikal jalan itu menyebabkan kemalangan, tetapi laporan yang kita peroleh daripada polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati amat kurang ia menjadi faktor kemalangan.
"Biasanya kemalangan di jalan Persekutuan dan negeri ini berlaku akibat terbabas, pelanggaran atau kecuaian pemandu sendiri. Bagaimanapun, kita akan pastikan program yang dirancang berjalan bagi memastikan keselesaan pengguna jalan raya," kata beliau lagi.
Aida Aziz
Wed Dec 21 2022
Mohammad Nizar berkata, bagi perancangan tahun depan, sebanyak 10 lokasi di negeri Perak telah dikenal pasti bagi kerja-kerja membaik pulih jalan.
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Kinta, Kerian dikenal pasti dua daerah 'blackspot' kemalangan di Perak - Exco
Kemalangan kebanyakannya berpunca daripada jalan berlubang, kerja-kerja pembinaan serta kekurangan pencahayaan lampu jalan.
Banjir kilat: Mangsa di RPT Chepor terima bantuan wang ehsan RM300
Kerajaan negeri Perak telah menyalurkan bantuan khas wang ehsan RM300 kepada mangsa banjir Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Chepor.
Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands masih ditutup, belum selamat untuk semua kenderaan
Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.
Penganjur program bantuan bank makanan tidak mohon kebenaran - Polis
Penganjur program bantuan bank makanan di sebuah restoran di Taman Canning didapati tidak memohon kebenaran untuk menganjurkan program amal berkenaan.
Perak Corp jual tanah berharga RM78.7 juta
Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, PERKESO akan membeli empat keping tanah komersial dan satu tanah kediaman di Kinta, Perak.
PKPD: Tiada penduduk di Taman Meru 2C cuba larikan diri
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata mereka juga mematuhi arahan pihak berkuasa kesihatan dengan melakukan ujian calitan saringan COVID-19 sejak Ahad lepas.
Peniaga pasar malam mohon dibenar beroperasi, akan patuhi SOP
Ada yang cuba berniaga secara atas talian namun pendapatan mereka tidak begitu memberangsangkan.
COVID-19: MB Perak potong gaji dua bulan
Katanya, ia selaras dengan keputusan Jemaah Kabinet untuk memotong dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri untuk disalurkan ke Tabung COVID-19 di peringkat pusat.
PPS Dewan Orang Ramai di Kampung Sungai Rokam ditutup
Mangsa dibenarkan pulang setelah pemeriksaan kesihatan dilakukan ke atas mereka dan PPS itu ditutup pada pukul 9.30 pagi ini.