KUALA KANGSAR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak menyerbu sebuah kilang yang dikesan menjalankan aktiviti peleburan logam secara haram di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Tasek Perkasa dan Kampung Bekor di sini petang semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Teh Kok Lim berkata siasatan awal JAS mendapati kilang berkenaan dipercayai menjalankan aktiviti peleburan logam dengan menggunakan buangan terjadual SW110 (elektrik dan elektrikal) sebagai satu daripada bahan mentah.
"Premis ini kali pertama diserbu sejak beroperasi empat bulan lepas dan didapati tiada dalam senarai lesen sah untuk beroperasi, namun kita masih tidak dapat mengesan pemilik premis dan mengambil pendekatan mengesan pemilik tanah mengikut undang-undang sedia ada.
"JAS telah memantau kilang ini sejak 29 Nov lepas dan mereka hanya beroperasi pada waktu malam bagi mengaburi pihak berkuasa, malah disyaki turut menggajikan pekerja asing apabila terdapat rumah-rumah kongsi di kawasan ini," katanya pada sidang media selepas Op Bersepadu Kilang Haram di Kuala Kangsar semalam.
Operasi bersepadu bermula 4.30 petang dan berakhir kira-kira 7 malam itu dijalankan bersama polis, Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Kuala Kangsar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Jabatan Imigresen Malaysia Perak dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), namun tiada sebarang tangkapan dibuat.
Sementara itu, Pengarah JAS Perak Rosli Zul berkata sampel daripada timbunan sisa peleburan akan dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengenal pasti bahan buangan itu sebelum tindakan lanjut diambil.
"Pihak JAS akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 18 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu menjalankan aktiviti tanpa kelulusan JAS dan Seksyen 19 akta sama kerana membina bangunan tanpa kelulusan.
"JAS juga akan menggunakan Seksyen 34A(2) akta sama iaitu tidak mengemukakan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA), malah kita turut akan mengambil tindakan mengikut Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 dan Peraturan-peraturan Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005," katanya.
Beliau berkata pihak PTD pula akan mengenal pasti pemilik tanah untuk menjalankan siasatan lanjut sekali gus mengenal pasti individu yang terlibat mengikut Kanun Tanah Negara (Akta 828).
Sewaktu serbuan, kilang yang terletak lebih dua kilometer dari jalan utama itu bagaimanapun telah dikosongkan dan hanya meninggalkan peralatan, jentera dan sisa bahan yang telah diproses.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2022

Sewaktu serbuan, kilang yang terletak lebih 2km dari jalan utama itu bagaimanapun telah dikosongkan dan hanya meninggalkan peralatan, jentera dan sisa bahan yang telah diproses. - Foto Sinar Harian

Ringgit dibuka tinggi, pelabur memantau perkembangan tarif AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini dengan percubaan selanjutnya dijangka melepasi di bawah paras RM4.40.
AWANI Pagi: Resolusi Esg, Iltizam Anak Muda
Diskusi pagi Selasa bersama Muhammad Zaki bin Anuar Sarjana Muda Sains Akuakultur, Universiti Malaysia Terengganu(UMT) yang juga Pengarah ESG 2024 dan Nur Auni Afiqah Mohd Johari, mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta Ikon ESG membincangkan mengenai resolusi ESG dan apa manfaat serta perubahan dibawa selepas sidang itu.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
AWANI Ringkas 25 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 Februari 2025
1️⃣ Usaha kuasai AI, teknologi digital
2️⃣ Tumpuan sidang Dewan Rakyat
3️⃣ Perang Ukraine-Rusia makin hampiri penamat
#awaniringkas
1️⃣ Usaha kuasai AI, teknologi digital
2️⃣ Tumpuan sidang Dewan Rakyat
3️⃣ Perang Ukraine-Rusia makin hampiri penamat
#awaniringkas

SPRM tahan penolong jurutera universiti awam disyaki salah guna kuasa sebabkan kerugian setengah juta ringgit
Seorang penolong jurutera universiti awam ditahan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan melupuskan sisa binaan bagi sebuah projek menaik taraf.
Tengku Zafrul komited galas tugas hingga akhir penggal Senator
Saya tetap komited untuk memastikan KPI (petunjuk prestasi utama) yang telah ditetapkan tercapai, menangani cabaran semasa, dan bekerjasama sebagai satu pasukan dalam Kabinet. Kami baru sahaja menghadiri sesi pemukiman Kabinet, dan semua pihak bersemangat untuk menggerakkan agenda pembangunan negara, dengan sokongan penuh daripada penjawat awam.
MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, bagaimanapun berkata jika terdapat tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) atau sebarang langkah baharu daripada negara lain, ia akan memberi impak dan Malaysia tidak boleh menafikan hakikat itu.
AWANI Ringkas: Usaha kuasai AI, teknologi digital
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

BKK 2025: Bukti penghargaan kerajaan kepada penjawat awam, pesara dan veteran
Bantuan Khas Kewangan 2025 yang disalur mulai hari ini bantu penjawat awam terutama yang beragama Islam buat persiapan sambut Ramadan minggu ini.

Kerjasama Menzies-MMAG perkukuh sektor penerbangan Malaysia - Anthone Loke
Menzies Aviation menerima Lesen Pengendalian Darat daripada MAVCOM berkuat kuasa 1 Nov 2024 yang membolehkan syarikat itu memulakan operasi di Malaysia

Pentadbiran Trump saran kakitangan kerajaan abai arahan Elon Musk
Kakitangan kerajaan boleh sahaja mengabaikan e-mel Elon Musk yang mengarahkan mereka memberi justifikasi terhadap pekerjaan masing-masing.

Kilang proses peleburan logam haram diserbu
Ia dipercayai menjalankan aktiviti peleburan logam dengan menggunakan buangan terjadual SW110 sebagai satu daripada bahan mentah.