KEPALA BATAS:Sebuah kilang memproses bebola ikan dan babi di Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas, Pulau Pinang diarah tutup selama dua minggu kerana beroperasi dalam persekitaran yang kotor dan menjijikkan.
Dalam serbuan yang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) bermula jam 10 pagi Isnin, kilang yang sudah beroperasi lebih 50 tahun itu didapati tidak mengikut syarat serta piawaian ditetapkan.
Menurut Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKNPP, Mohd Wazir Khalid, pihaknya mendapati kilang terbabit memproses bebola ikan dan babi di tempat yang sama.
Mohd Wazir berkata, pihaknya juga bimbang berikutan sesetengah produk bebola yang dikeluarkan tidak mempunyai label seterusnya akan menimbulkan kekeliruan terutamanya pada pengguna Muslim.
"Kita dapati terdapat percampuran pada bahan ikan dan daging khinzir dalam proses menghasilkan bebola dan apa yang menjadi kekeliruan terdapat bungkusan yang tidak mempunyai label.
"Bagi produk yang mempunyai label pula, ia ditulis dalam tulisan Cina dan menyalahi undang-undang kerana setiap produk dikeluarkan wajib mempunyai tulisan bahasa Melayu kerana produk-produk makanan seperti ini kebiasannya dijual di pasar-pasar basah sekitar Pulau Pinang," katanya.
Beliau berkata, pihaknya sudah beberapa kali memberi amaran dan nasihat kepada pemilik kilang itu tetapi tidak diendahkan.
"Tiada sebarang penambahbaikan yang diambil bahkan pekerja juga tidak mengambil suntikan Tifoid," katanya.
Beliau berkata, JKNPP mengambil tindakan menutup kilang terbabit selama dua minggu dibawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 selain mengeluarkan tiga notis dibawah Peraturan 32 akta sama atas kesalahan pengabaian kebersihan diri ketika mengendalikan makanan.
Selain itu, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MBSP) turut mengambil tindakan berikutan pejabat kilang itu beroperasi tanpa lesen.
Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri yang turut serta dalam operasi itu turut mengambil tindakan ke atas pemilik berikutan kesalahan sukat timbang dan menyimpan minyak masak tanpa kebenaran.
Seramai 43 penguat kuasa dari JKNPP, KPDNHEP dan MBSP terbabit dalam Op Tegar yang dilaksanakan secara bersepadu pada Isnin.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Feb 08 2021

Sesetengah produk bebola yang dikeluarkan tidak mempunyai label seterusnya akan menimbulkan kekeliruan terutamanya pada pengguna Muslim. - JKNPP
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Tiga cedera, silinder gas meletup
Seorang pekerja patah kaki manakala dua lagi cedera ringan dalam insiden letupan silinder gas di sebuah kilang pembuatan dan penyelesaian komponen elektronik di Pulau Pinang.

Terhidu gas beracun: Seorang maut, seorang kritikal, 6 dalam pemantauan
Sebuah kilang di Perai diarah tutup selepas insiden pekerja terhidu gas beracun dari bahan kimia berbahaya, pada Rabu lalu.

JKDM tegas tangani dakwaan pegawai, anggota peras ugut
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan anggota jabatan itu sekiranya didapati terlibat dalam perbuatan peras ugut di sebuah kilang di Kapar, Selangor.

Eve Energy di Kedah diuar-uar jadi pembekal bateri ke-6 Tesla
Menurut laporan LatePost, kilang Eve Energy di Malaysia dijangka mula membekalkan bateri simpanan tenaga kepada Tesla US pada 2026.

Dua maut, 10 lagi cedera dalam letupan kilang di AS
Letupan berkenaan menyebabkan sebahagian daripada bangunan kilang runtuh dengan pekerja masih di dalam.

Pencemaran bau: Dua kilang di Nibong Tebal diarah henti operasi serta-merta
MBSP mendapati kilang terbabit masih beroperasi hingga secara berterusan menyebabkan gangguan kepada penduduk.

Dua penjenayah maut ditembak polis di Pulau Pinang
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.20 pagi ketika sepasukan polis sedang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan.

Angkara mulut, lelaki bunuh rakan sekerja
Kejadian bermula dengan pergaduhan mulut antara kedua-dua mereka.

Kilang farmaseutikal di India meletup, 15 terbunuh
Angka kematian setakat ini mencecah 15 orang dan berkemungkinan meningkat dengan hampir 40 orang cedera.

10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.