KUANTAN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang menyerbu sebuah kilang peleburan logam yang beroperasi secara haram di Kawasan Perindustrian Gebeng, di sini pada Jumaat.
Memetik satu kenyataan dalam Facebook JAS, pengoperasian kilang haram itu dikesan hasil daripada aduan orang awam.
“Hasil serbuan mendapati kilang terbabit sedang beroperasi dan pihak JAS telah mengeluarkan arahan menghentikan operasi secara serta merta dan penahanan operasi kelengkapan.
“Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya dalam satu hantaran pada Ahad.
Operasi itu dilakukan secara oleh Pasukan Operasi Penguatkuasaan Jas Cawangan Gebeng dibantu oleh Penguatkuasa JAS Negeri Pahang dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 18 2022

JAS cawangan Gebeng berjaya menyerbu sebuah kilang pelaburan logam yang beroperasi secara haram. - Foto Sinar Harian

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

Kilang lebur logam haram diserbu
Pengoperasian kilang haram itu dikesan hasil daripada aduan orang awam.