SHAH ALAM: Sebuah kilang barangan kitar semula plastik di kawasan perindustrian Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, dekat sini, yang mengalami kebakaran malam ini, kini dalam keadaan terkawal.
Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata kebakaran yang berlaku sebelum pukul 9 malam itu, sudah dapat dikawal namun proses pemadaman sepenuhnya akan mengambil masa kerana melibatkan barangan plastik.
"Kami sudah kawal api daripada marak ke bangunan sebelah dan api semakin mengecil sekarang. Alhamdulillah buat masa ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan para pekerja di bangunan tersebut dipercayai berjaya menyelamatkan diri. Proses pemadaman kini giat dijalankan.
"Buat masa ini saya tidak boleh nak bagi maklumat lanjut lagi. Seramai 60 anggota dan pegawai terlibat dalam operasi pemadamanan yang memusnahkan 90 peratus premis kilang itu," katanya ketika dihubungi Bernama sebentar tadi.
Norazam berkata demikian bagi mengulas ringkas berhubung perkembangan situasi kebakaran di kawasan Pelabuhan Klang itu selepas tular di Facebook rakaman video 20 saat berhubung insiden berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 11 2021

Seramai 60 anggota dan pegawai terlibat dalam operasi pemadamanan yang memusnahkan 90 peratus premis kilang itu. - Gambar/ Facebook @Saifuddin Azman

RM8 juta peruntukan baik pulih 13 klinik kesihatan di Melaka
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM8 juta bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih di 13 Klinik Kesihatan (KK) di Melaka pada tahun ini.

Alumni PTD gesa tindakan tegas tangani rasuah dalam perkhidmatan awam
Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) menggesa kerajaan untuk melaksanakan langkah yang tegas dan tuntas bagi menangani rasuah dalam sektor awam.

Lebih RM2 bilion peruntukan untuk ATM di Sabah - Mohamed Khaled
Sebanyak RM2.2 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah bagi melaksanakan pelbagai projek meliputi peringkat perancangan, perolehan dan pelaksanaan.
Beri perhatian 10 cadangan projek di Negeri Sembilan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Ekonomi memberikan perhatian khusus kepada 10 cadangan projek keutamaan di Negeri Sembilan, khususnya berkaitan projek tebatan banjir.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan raya
Lintas langsung wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad di Bazar Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman KL
Masyarakat lega beras putih tempatan kembali ke pasaran
Orang ramai menarik nafas lega apabila stok beras putih tempatan yang 'hilang' sejak tahun lalu sudah kembali di pasaraya setempat.
Penjenayah ditembak mati di besut disyaki terlibat edar dadah
Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut, Terengganu awal pagi Ahad terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
Polis terima laporan pelajar sekolah didakwa dibuli
Polis menerima laporan daripada tujuh pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Teluk Intan yang mendakwa menjadi mangsa buli pelajar senior dalam satu kejadian pada 8 Mac lepas.
JAIS diarah mulakan semakan tauliah mengajar MAIS - EXCO
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diarah memulakan semakan sekiranya agamawan atau guru terkait dengan kes mencederakan seorang remaja lelaki di Kajang baru-baru ini memegang sebarang bentuk tauliah mengajar yang diberikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Mac 2025.

Dua maut, 10 lagi cedera dalam letupan kilang di AS
Letupan berkenaan menyebabkan sebahagian daripada bangunan kilang runtuh dengan pekerja masih di dalam.

Kilang terbakar, empat pekerja melecur
Beliau berkata kebakaran di bahagian tangki simpanan serbuk tepung itu bagaimanapun telah terpadam sebelum pasukan bomba tiba di kilang terbabit.

Dua maut, dua lagi cedera dalam letupan kilang di Puchong
Susulan kejadian, kerja-kerja pengudaraan dilakukan untuk mengeluarkan gas yang masih berada di dalam premis.

Jumlah korban kilang terbakar di New Delhi meningkat kepada 11 orang
Menurut bomba, identiti mangsa yang rentung, semuanya pekerja kilang, masih belum dapat dipastikan.

Pekerja melecur, tiga kilang di Batu Caves terbakar
Seorang lelaki melecur dalam kebakaran tiga kilang di kawasan perusahaan Batu Caves di Gombak pada Rabu.

13 jam padam kebakaran enam kilang
Anggota Bomba dan Penyelamat mengambil masa kira-kira 13 jam untuk memadamkan kebakaran enam kilang pembuatan tilam di Kampung Baru Sungai Buloh.

Tiga kilang, bengkel kereta terbakar di Taiping
Tiga kilang dan sebuah bengkel kereta musnah dalam kejadian kebakaran di Kawasan Perindustrian Tupai, dekat Taiping, pagi tadi.

Kilang di Kampung Melayu Subang terbakar
Sebuah kilang di Kampung Melayu di Subang dilaporkan terbakar pada pukul 7.24 petang Selasa.

'Kami ajak balik, dia tak mahu'
Ibu angkat kepada kanak-kanak perempuan yang rentung dalam kebakaran di sebuah kilang awal pagi Jumaat memberitahu telah mengajak mangsa pulang tidur di rumah, namun ditolak.

Kilang alat penyembur musnah terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah kilang spray yang merupakan bangunan kelas B berkeluasan 200x50 kaki persegi dan dianggarkan 50 peratus terbakar.