TAIPING: Sebuah kilang memproses biskut di sini, diserbu pada Khamis kerana menggunakan logo halal tidak sah bagi tujuan perdagangan.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan itu dilakukan sekitar 10 pagi oleh penguat kuasa KPDN Taiping.
Katanya, serbuan mendapati kilang terbabit telah menggunakan logo halal pada bungkusan produk biskut yang dikeluarkan bagi edaran jualan sekitar utara Semenanjung Malaysia.
"Sehubungan itu, satu tindakan kes telah diambil di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan bertindak menyita biskut yang menggunakan logo halal yang tidak sah.
"Nilai keseluruhan barang rampasan adalah dianggarkan berjumlah RM3,169.60.
"Kes disiasat di bawah Perintah 8(a),Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu kesalahan memperaku mana-mana makanan itu adalah halal," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Dalam pada itu, Kamalludin berkata, satu tindakan kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 turut diambil ke atas premis sama kerana gagal mengemukakan permit berkaitan penyimpanan barang kawalan setelah diarah berbuat demikian.
"Pegawai KPDN Taiping mengambil tindakan dengan menyita kesemua barang kawalan tersebut yang juga merupakan barang berjadual iaitu 323 kilogram (kg) minyak masak, 900 kg gula pasir putih bertapis dan 550 kg tepung gandum berserta beberapa dokumen berkaitan.
"Kesemua barang rampasan dianggarkan berjumlah RM 7,061," katanya lagi.
Tegasnya, KPDN memandang serius peniaga yang melakukan kesalahan melibatkan barang kawalan diselia di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Selain peniaga yang menggunakan perakuan dan penandaan halal ke atas produk makanan atau barangan keluaran yang melanggar undang-undang mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.
Aida Aziz
Fri Jun 21 2024

KPDN mendapati kilang terbabit menggunakan logo halal pada bungkusan produk biskut yang dikeluarkan bagi edaran jualan sekitar utara Semenanjung Malaysia. - Gambar/ KPDN

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KPDN Perak sita 400kg gula di kilang biskut
Premis itu juga disyaki menyimpan barang kawalan gula tanpa kebenaran Pengawal Bekalan Malaysia.

Lagi kilang biskut di Taiping diserbu KPDN, guna logo halal tidak sah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak melakukan serbuan terhadap sebuah kilang biskut di Taiping yang menggunakan sijil halal tamat tempoh, semalam.

Kilang biskut guna logo halal tidak sah kena serbu
Sebuah kilang memproses biskut di sini, diserbu pada Khamis kerana menggunakan logo halal tidak sah bagi tujuan perdagangan.

KPDNHEP Kedah ambil tindakan kilang biskut guna logo halal meragukan
Kilang yang terletak di Bukit Pinang itu diserbu penguat kuasa KPDNHEP bersama pegawai JHEAIK pada jam 11 pagi.

KKM jalankan verifikasi terhadap kilang biskut popular
Setiap premis pengeluaran makanan di Malaysia diwajibkan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan.