Selepas menyediakan pelbagai perkhidmatan kebajikan seperti teksi 10 sen, pasar 10 sen, ambulans 10 sen, van jenazah percuma dan rumah RM1, kini Kuan Chee Heng tampil dengan inisiatif terbaharunya.
Chee Heng yang dikenali dengan nama Uncle Kentang kini turut menawarkan bantuan paramedik dan penjagaan rawatan luka percuma kepada golongan miskin dan tidak berkemampuan yang memerlukan perkhidmatan tersebut.
Ujarnya, ilham untuk mewujudkan perkhidmatan mencuci luka itu lahir lantaran melihat penderitaan yang dihadapi mereka yang meminta bantuan perkhidmatan ambulans sebelum ini.
"Apabila saya lihat penderitaan seseorang yang mengalami luka, bukan sahaja penderitaan kepada pesakit tetapi kepada ahli keluarga yang melihat emak atau ayah mereka berada dalam kesusahan, sakit dan busuk.
"Kita lihat bahawa ada kekhilafan dalam pemikiran (ahli keluarga) apabila luka pesakit sudah busuk, mereka letak pesakit di hujung bilik atau terpencil. Ini adalah satu penghinaan kepada pesakit.
"Jadi saya harap dengan ada jururawat atau sukarelawan datang, kita bantu supaya luka itu terkawal, berada dalam keadaan yang baik dan tidak busuk maka ahli keluarga dapat hidup berbahagia dalam keluarga tersebut," katanya kepada media ketika pelancaran inisiatif itu di sini hari ini.
Jelasnya, perkhidmatan itu kini dikendalikan oleh lima pembantu perubatan, dua jururawat dan disokong oleh Unit Penjagaan Luka, Jabatan Perubatan Am, Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Walaupun beberapa pihak seperti syarikat korporat menyalurkan bantuan, namun bagi Chee Heng ia masih belum memadai untuk menampung kos operasi yang dianggarkan sekitar RM50,000 sebulan.
"Memang kita menggajikan sepenuhnya jururawat-jururawat tersebut dan kita ada sokongan daripada orang ramai. Kita juga ambil sedikit pembayaran kalau orang itu mampu bayar. Kalau orang itu tidak mampu bayar, dia tak perlu bayar apa-apa pun.
"Saya berharap mana-mana syarikat farmaseutikal dapat membantu kita memberi ubat-ubatan kerana kosnya mahal. Namun, saya tidak begitu bimbang kerana akan ada syarikat bagi bantuan melalui program khidmat masyarakat (CSR) mereka," katanya.
Perkhidmatan itu kini meliputi kawasan di sekitar Puchong dan sekiranya pesakit mengalami luka yang kritikal, pihaknya akan menghantar pesakit ke HKL untuk rawatan yang lebih intensif.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Jul 27 2019
![Khidmat cuci luka, inisiatif terbaharu 'Uncle Kentang' Khidmat cuci luka, inisiatif terbaharu 'Uncle Kentang'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41564216872_unclekentang.jpg)
Kuan Chee Heng (dua, kiri) menyaksikan penyampaian kit paramedik kepada Zahrah Azmi yang merupakan salah seorang pembantu perubatan bagi inisiatif tersebut. - Foto Astro AWANI
AWANI Ringkas 13 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 13 Februari 2025
1️⃣ Tiada insiden pukul babitkan tahanan SOSMA
2️⃣ Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
3️⃣ Sasaran bayaran balik lebih tinggi tahun ini
#awaniringkas
1️⃣ Tiada insiden pukul babitkan tahanan SOSMA
2️⃣ Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
3️⃣ Sasaran bayaran balik lebih tinggi tahun ini
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Maklumat hospital 'cloud base' dijangka siap 2028
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Tiada insiden pukul babitkan tahanan SOSMA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739373668_AzamBaki.jpg)
Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya.
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
![KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012 KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739453860_tbSaifuddinNasution.jpg)
KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).
![BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030 BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732100394_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).
![KDN nafi laporan Pasukan Petugas Khas kes Pastor Raymond Koh diubah KDN nafi laporan Pasukan Petugas Khas kes Pastor Raymond Koh diubah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722341762_AkhbarTheStarKe.jpg)
KDN nafi laporan Pasukan Petugas Khas kes Pastor Raymond Koh diubah
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan bahawa Laporan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat kehilangan Pastor Raymond Koh yang dikemukakan kepada keluarga dan peguam telah diubah.
![Pelarasan gaji: Penjawat awam perlu berkhidmat dengan dedikasi, berintegriti - Aktivis sosial Pelarasan gaji: Penjawat awam perlu berkhidmat dengan dedikasi, berintegriti - Aktivis sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651751790_TanSriLeeLamThye.jpg)
Pelarasan gaji: Penjawat awam perlu berkhidmat dengan dedikasi, berintegriti - Aktivis sosial
Penjawat awam perlu utamakan kebajikan awam dengan menangani masalah, menjawab aduan dengan segera serta menguat kuasa undang-undang secara berkesan.
![Sultan Selangor puji Lee Lam Thye Sultan Selangor puji Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655385681_SultanSharafuddinI.jpg)
Sultan Selangor puji Lee Lam Thye
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memberi penghormatan kepada aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye.
![Tubuh pasukan petugas tangani kadar kematian penunggang motosikal - Lee Lam Thye Tubuh pasukan petugas tangani kadar kematian penunggang motosikal - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71590444181_MotosikalMautsun.jpg)
Tubuh pasukan petugas tangani kadar kematian penunggang motosikal - Lee Lam Thye
Fokus mewujudkan budaya baharu menunggang motosikal dengan mengurangkan kadar kelajuan, yang menjadi punca utama pelanggaran maut membabitkan motosikal.
![Pendedahan audio: Lebih ramai 'whistleblower' akan berani tampil beri maklumat Pendedahan audio: Lebih ramai 'whistleblower' akan berani tampil beri maklumat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/61579104706_AgendaPlus.jpg)
Pendedahan audio: Lebih ramai 'whistleblower' akan berani tampil beri maklumat
Menurut Peguam, Syahredzan Johan, ini kerana pemberi maklumat atau 'whistleblower' akan menganggap pendedahan seumpamanya tidak akan dipandang remeh oleh pihak berkuasa.
![KDN masih tunggu laporan penuh siasatan kehilangan Amri, Raymond Koh KDN masih tunggu laporan penuh siasatan kehilangan Amri, Raymond Koh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71562050039_AmriRaymond.jpg)
KDN masih tunggu laporan penuh siasatan kehilangan Amri, Raymond Koh
Pasukan yang ditubuhkan pada Jun lepas itu sepatutnya telah menyiapkan laporan penuh dalam tempoh enam bulan seperti ditetapkan.
![Wujudkan jabatan khas untuk warga emas - Lee Lam Thye Wujudkan jabatan khas untuk warga emas - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71446896130_wargaemas.jpg)
Wujudkan jabatan khas untuk warga emas - Lee Lam Thye
Pada tahun 2030, Malaysia dijangka menjadi negara yang mempunyai penduduk yang mencapai usia tua dalam jumlah yang besar.
![KDN lantik ahli baharu sertai pasukan khas kehilangan dua aktivis sosial KDN lantik ahli baharu sertai pasukan khas kehilangan dua aktivis sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41562745441_MuhyiddinYassin.jpg)
KDN lantik ahli baharu sertai pasukan khas kehilangan dua aktivis sosial
Kementerian Dalam Negeri KDN telah melantik dua ahli baharu bagi Pasukan Petugas Khas berhubung kehilangan dua aktivis sosial, Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat.
![Kes Koh, Amri: Pelantikan Mokhtar tidak jejas siasatan - Muhyiddin Kes Koh, Amri: Pelantikan Mokhtar tidak jejas siasatan - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/81561824104_MuhyiddinYassin.jpg)
Kes Koh, Amri: Pelantikan Mokhtar tidak jejas siasatan - Muhyiddin
Mokhtar hanya hadir dalam satu sesi semasa inkuiri menyiasat kehilangan kedua-dua individu berkenaan yang dijalankan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), dan tidak terlibat secara langsung.
![Pasukan petugas khas dibentuk teliti laporan Suhakam mengenai kehilangan aktivis - Muhyiddin Pasukan petugas khas dibentuk teliti laporan Suhakam mengenai kehilangan aktivis - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/51558628184_MuhyiddinYassin.jpg)
Pasukan petugas khas dibentuk teliti laporan Suhakam mengenai kehilangan aktivis - Muhyiddin
Pasukan itu yang bakal dianggotai antara enam dan tujuh individu, juga seterusnya akan mengesyorkan tindakan wajar yang perlu diambil oleh kerajaan atau pihak yang bertanggungjawab dalam kes tersebut.