Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan giat mempromosikan daerah Lahad Datu ke mata dunia menerusi program 'Travel Mart'.
Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, langkah itu dilihat bersesuaian memandangkan daerah ini mempunyai lokasi pelancongan unik bukan sahaja untuk pelancong tempatan bahkan luar negara.
"Kita menerusi 'travel mart' ini akan mempromosikan Malaysia di luar negara termasuk juga Sabah dan Lahad Datu. Kita akan lihatkan kepada dunia luar keindahan khazanah alam semula jadi Lahad Datu. Kita ada lingkaran biru Teluk Darvel, Lembah Danum dan banyak lagi.
"Program 'Travel Mart' ini akan diadakan beberapa bulan lagi dan salah satunya di Beijing dan St Petersburg. Ini Peluang kita untuk mempromosikan produk pelancongan termasuk dari Lahad Datu," katanya pada media selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Parlimen Silam di sini pada Ahad.
Dalam pada itu, Mohamaddin memberitahu, pihaknya juga merancang menjadikan Lahad Datu sebagai hab pelancongan Pantai Timur Sabah menjelang hujung tahun ini.
Malah, beliau yang juga Ahli Parlimen Silam berkata, kertas kerja sedang dalam perbincangan akhir dan penelitian pihak kementerian.
"Kita memang merancang untuk menjadikan Lahad Datu ini hab pelancongan. Hab pelancongan untuk Pantai Timur Sabah. Ia satu pengiktarafan yang besar buat Lahad Datu... dan masih di peringkat akhir perbincangan.
"Penambahan dana juga akan diteliti bagi merancakkan pelancongan di Pantai Timur Sabah," katanya.
Ditanya sama ada terdapat cadangan untuk mewujudkan perkampungan budaya memandangkan Lahad Datu mempunyai kepelbagaian etnik dan suku kaum, Mohamaddin menjelaskan ia masih di peringkat perbincangan.
"Insha-Allah kita akan mewujudkan satu perkampungan yang kita panggil Kampung Pelancongan. Ini dapat mengangkat etnik dan suku kaum yang ada di Lahad Datu khususnya dan Sabah amnya," katanya.
Assim Hassan
Sun Jun 09 2019
Sambutan Rumah Terbuka Parlimen Silam meriah dengan kehadiran kira-kira 3,000 penduduk pelbagai kaum di Dewan Sri Perdana Lahad Datu di sini pada Ahad.
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Warisan tak goyah walau ramai pemimpin tertinggi keluar parti - Shafie Apdal
Jelas Shafie dengan keluar parti dan menubuhkan parti yang berasaskan kaum tertentu tidak mampu mengubah corak pembangunan negara.
Malaysia bekerjasama dengan Negara ASEAN promosi pelancongan Asia
Malaysia menyatakan komitmennya untuk bekerjasama dengan negara Anggota ASEAN bagi mempromosikan rantau ini sebagai destinasi pelancongan tunggal yang mampan dan berdaya saing.
Malaysia jadi produk pemasaran pelancongan Arab Saudi
Pemain industri pelancongan Arab Saudi kini meletakkan Malaysia sebagai produk pemasaran utama mereka, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.
Royal Floria Putrajaya tarik 50,000 pelancong dalam tempoh tiga hari
Festival bunga antarabangsa, Royal Floria Putrajaya (RFP) yang berlangsung di Taman Botani, Presint 1 di sini berjaya menarik kedatangan lebih 50,000 pelawat sejak dibuka Sabtu lepas.
Ini amaran menteri kepada pengusaha premis penginapan pelancong
Ia merupakan perkara logik akal yang perlu dilakukan oleh para pengusaha penginapan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada tetamu yang juga pelanggan mereka.
Cukai Pelepasan beri manfaat kepada negara - Mohamaddin Ketapi
Menurut Datuk Mohamaddin Ketapi, kutipan cukai itu juga bakal digunakan untuk pembangunan dan menyelesaikan hutang negara.
Longgarkan syarat pinjaman dana pelancongan
Ini berikutan rungutan dan aduan daripada pemohon industri pelancongan yang gagal mendapatkan pinjaman daripada bank-bank terlibat.
Khazanah Lahad Datu ke mata dunia menerusi 'Travel Mart'
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan giat mempromosikan daerah Lahad Datu ke mata dunia menerusi program 'Travel Mart'.
Rangka remaja perempuan prasejarah dijumpai di Gua Chawan, Kelantan
Rangka manusia prasejarah yang dipercayai remaja perempuan berumur antara 6,000-8,000 tahun dijumpai di tapak Gua Chawan, Lembah Nenggiri, Kelantan pada 2 November lalu.