KUALA LUMPUR: Pembentangan Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 ditangguhkan ke Isnin depan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Sewaktu bangkit membentangkan cadangan itu, Khairy berkata, penangguhan itu termasuk bacaan kali kedua, dan ketiga
"Tuan Yang di-Pertua, bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon mencadangkan (DR20/2021) Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 seperti tertera dalam nombor 2 dalam Aturan Mesyuarat ..
".. dan usul-usul pada hari ini ditangguhkan bacaan kali kedua dan ketiga ke hari Isnin, 20 Disember, 2021," katanya.
Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun memaklumkan Dewan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Ketua Majlis telah bersetuju untuk menambah satu hari lagi persidangan untuk Majlis Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen 2021, iaitu Isnin depan.
Beliau berkata, ia bagi membolehkan RUU berkenaan dibentang dan diputuskan.
Bagaimanapun beberapa Ahli Parlimen, termasuk Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), RSN Rayer (Jelutong), dan Ma’mun Sulaiman (Kalabakan) bangkit membantah penangguhan itu, atas alasan mereka sudah mempunyai program di kawasan masing-masing.
“Kami terlepas banyak program di musim Parlimen ini. Saya kesal, apa salahnya tangguh dahulu RUU ini, kenapa nak gopoh. Bagi saya seolah-olah, macam buat di kedai mamak.
“Sekejap semalam kata bawa pindaan, turunkan denda RM1 juta kepada RM500,000. Hari ni nak tangguh perbincangan. Ini bukan kerajaan 90 peratus, kerajaan 9 peratus saja. Sangat memalukan. Fail, kerajaan gagal!” tegasnya lagi.
Namun, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bangkit meredakan suasana yang tegang dalam sidang tersebut, dan memaklumkan penangguhan itu bukan keputusan Perdana Menteri seorang sahaja.
Beliau berkata, sejak tengah hari tadi telah berlaku program libat urus melibatkan Ahli-ahli Parlimen dengan Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan, di mana Blok Pembangkang telah mengambil pendekatan membantah beberapa peruntukan yang dirasakan tidak sesuai.
“Tentu ini disebabkan pandangan kita tentang peruntukan harus dipinda lebih total, lebih jelas, melibatkan kompaun bagi sebahagian besar rakyat.
“Oleh demikian, dalam rundingan itu, dipersetujui Jawatankuasa Pemilihan Parlimen akan sidang pada pukul 8 pagi, dan kita (Dewan Rakyat) bersidang 10 pagi. Sekiranya semua ini… hal-hal penting itu disepakati, kita mungkin timbang untuk menyokong.
“Tapi kalau perkara substantive itu tidak dipersetujui, kita masih ada ruang untuk membangkang, menolak usul ini,” katanya lagi.
Anwar berkata, beliau berdiri untuk memberi penjelasan bahawa penangguhan RUU dan penambahan satu hari itu bukan keputusan Kerajaan semata-mata, tetapi juga atas permintaan Blok Pembangkang.
Dalam sidang media hari ini, Khairy berkata, pindaan Akta 342 sebagai penting kerana akta akan menumpukan terhadap kesalahan berulang selain berdepan dengan ancaman gelombang COVID-19 varian Omicron.
Sehubungan itu, katanya, beliau dan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan akan duduk bersama untuk memperhalusi garis panduan dan peraturan berhubung pindaan Akta 342 itu, pada minggu depan.
Firdaus Azil
Thu Dec 16 2021

Pembentangan Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 ditangguhkan ke Isnin depan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan
Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan dapatan kajian AOD untuk dijadikan petunjuk awal bagi memperhebat usaha penyatuan rakyat Malaysia.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun menunjukkan penurunan sejak 2013, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.