SHAH ALAM: Bekas pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin atau KJ, ada menerima sumbangan daripada syarikatnya namun pemberian tersebut tidak diberikan secara terus.
Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani, 42, berkata sumbangan yang diberikan UKSB kepada Khairy antara RM50,000 dan RM200,000 untuk bantuan politik, bencana serta aktiviti kemanusiaan.
Beliau berkata sumbangan itu tidak diberikan secara terus kepada Khairy, sebaliknya disalurkan melalui UMNO Bahagian Rembau kerana ketika itu bekas ketua pemuda UMNO itu, adalah timbalan ketua bahagian itu.
Sebelum ini, saksi pendakwaan ke-15, Harry Lee Vui Khun bekas pengarah UKSB memberitahu mahkamah bahawa catatan 'KJ', dan bomoh antara perkataan yang tertera di dalam buku 'faraid' UKSB yang dikemukakan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Buku faraid UKSB yang juga dikenali sebagai Buku 555 di dalam perbicaraan kes Ahmad Zahid, adalah lejar yang mencatatkan bayaran yang dibuat oleh UKSB kepada beberapa individu antara 2014 dan 2018.
Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin semasa pemeriksaan utama, mengenai cara beliau membantu Khairy, saksi itu menjawab, "Bantuan politik kepada KJ bukan sahaja di peringkat bahagian, ia juga peringkat nasional kerana ketika itu dia adalah ahli politik peringkat nasional.
"Sebagai contoh jika berlaku bencana dan sebagainya saya akan bantu, untuk program bantuan kemanusiaan, kalau ada Pilihan Raya Kecil (PRK) saya akan bantu juga," katanya yang juga kenalan rapat kepada Khairy.
Saksi pendakwaan ke-16 itu juga berkata beliau memberikan bantuan kewangan kepada Khairy mengikut keadaan (keperluan), dan tidak memberikannya secara bulanan.
"Sumbangan untuk KJ, saya tidak bagi terus, saya urus sendiri. Maksudnya, kalau ada program yang perlukan bantuan saya akan bantu, saya boleh kawal dari segi kegunaan kewangan.
"Sudah pasti untuk KJ dia tiada kaitan dengan hal ini (kontrak Visa Luar Negara, VLN) dan tiada peruntukan besar untuknya. Tetapi, VLN berkait dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Zahid (Ahmad Zahid) adalah menteri yang bertanggungjawab masa itu, dan beliau juga adalah timbalan presiden UMNO, saya fikir tanggungjawabnya lebih besar," katanya.
Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri, bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, 15,000 Euro dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.
Beliau didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 13 2022
Menurut saksi, sumbangan untuk Khairy tidak diberi secara terus, hanya mengikut keperluan, dan tidak diberikan secara bulanan. - Gambar fail
PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.
PM Anwar ulangi komitmen Malaysia jayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi komitmen Malaysia dalam menjayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan seperti yang dimeterai bersama 192 negara lain pada 2015.
HUMS dijangka siap Dis 2025, beroperasi pada Jan 2026 - Zambry
HUSM dibina dengan kapasiti 400 katil, 25 bilik pembedahan, 40 katil rawatan intensif atau rapi serta 145 buah klinik pakar.
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Tetingkap Tunggal Nasional mudahkan operasi perdagangan - Tengku Zafrul
Inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National Single Window) yang bakal diharmonikan bersama sistem kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan antara Malaysia-China.
'Abang Bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
'Abang Bas' yang ditahan di Pusat Koreksional, Muar, sejak Selasa lalu kerana gagal membayar ikat jamin keseluruhan berjumlah RM40,000 dibebaskan, selepas membayar semua bayaran.
10 Berita Pilihan - (17 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ahmad Zahid gesa pemain industri TVET sokong ekosistem industri halal
Ahmad Zahid berkata kewujudan lebih ramai bakat dan pakar dalam sektor halal akan mengukuhkan lagi peranan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri.
#AWANIRingkas 17 September 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 17 September 2024
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
SPRM terbuka cadangan diletak di bawah Parlimen - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terbuka dengan cadangan agensi itu diletakkan di bawah Parlimen seperti dibangkitkan beberapa pihak sebelum ini.
Sumber wang untuk Zahid tidak perlu dibuktikan termasuk jika dari 'langit ketujuh' - TPR
Pengesahan sumber wang itu bukan elemen yang perlu dibuktikan pendakwaan, sebaliknya mahkamah perlu menilai bukti dikemukakan bahawa Ahmad Zahid ada meminta wang itu.
Tak logik sumbangan politik setiap bulan selama empat tahun kepada Ahmad Zahid - Pendakwaan
Tindakan Ahmad Zahid menerima sumbangan seperti mempermainkan undang-undang sedia ada, kata Timbalan Pendakwa Raya.
Kes rasuah Zahid: Tiada rekod pembayaran UKSB kepada Hishammuddin - Pegawai penyiasat SPRM
Pegawai penyiasat SPRM dalam kes rasuah Zahid berkata hasil siasatannya mendapati tiada rekod pembayaran dibuat syarikat UKSB kepada Hishammuddin.
UKSB serah wang tunai secara bulanan berjumlah SG$13.56 juta kepada Zahid - Saksi
Transaksi pembayaran wang tunai kepada Ahmad Zahid itu berlaku antara Oktober 2014 dan Mac 2018 selain ia direkodkan di dalam sebuah lejar milik UKSB.
Ahmad Zahid minta UKSB hulur sumbangan pada UMNO - Pegawai Penyiasat SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahmad Zahid telah meminta syarikat UKSB menghulurkan bantuan kewangan sebagai sumbangan politik kepada UMNO.
UKSB: Dakwaan David Tan palsu, fitnah, berniat jahat - Anak saudara Tun M
Sekiranya David Tan tidak menarik balik tuduhan tersebut, Rahmat tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya.
Shahril Hamdan nafi terima dana RM1.162 juta daripada UKSB
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin dimaklumkan perkara berkenaan oleh saksi penting pendakwaan kes rasuah melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi., Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sumbangan politik: Nama Shahril Sufian, bekas pemimpin MCA dicatat dalam lejar UKSB
Saksi berkata kod nama yang digunakan di dalam buku lejar tersebut adalah 'S Pat' untuk Shahril Sufian, Chan ('Prof') dan Ong ('OKC').
Isu dana UKSB: Saya belum dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa - Muhyiddin
Bagaimanapun jelas Muhyiddin, beliau sedia memberi kerjasama terhadap mana-mana pihak berkuasa di negara ini jika diminta berbuat demikian.