Kita sudah tiba ke Revolusi Perindustrian Keempat, dan revolusi kali ini adalah berasaskan dunia digital.
Ketika kita menyantuni arus perubahan ini, sumber manusia dilihat sebagai faktor kritikal yang bakal menentukan kejayaan negara dalam aspirasi Malaysia menjadi antara 20 negara terbaik dunia menjelang 2050.
Untuk itu, kita tidak boleh lagi bekerja hanya sekadar untuk kekal berada di dalam arus. Kita perlu menang dalam era 'disruption' atau gangguan ini agar segala diimpikan dapat terlaksana.
Berucap merasmikan 3rd Tun Abdullah Ahmad Badawi Human Capital Summit 2018 di sini hari ini, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggariskan beberapa 'ramuan' bagi membentuk mentaliti menang dalam setiap pihak di segenap aspek.
Pertama, keberanian untuk berubah secara pemikiran dan gerak kerja.
"Keberanian dari setiap pihak – pembuat dasar, peneraju industri juga masyarakat secara amnya.
"Kita perlu menerima bahawa sekolah kita, universiti kita, institut latihan kita, tempat kerja kita, keutamaan pelaburan kita, dasar-dasar kita – akan berbeza, dan untuk kekal tidak berubah adalah resipi terunggul untuk gagal," katanya.
Sistem pendidikan dan latihan perlu dilihat semula dan diberi persepsi baharu bahawa kemampuan seseorang individu tidak lagi diukur pada timbunan kelulusan dan sijil-sijilnya semata-mata.
Ya, ia masih perlu sebagai pengesahan, tetapi hari ini kita melihat ramai manusia yang berjaya hasil kegigihan dan kerja keras mereka memaksimakan potensi dan kebolehan masing-masing.
Khairy turut memberi gambaran tentang sekolah yang tidak lagi ada kerja rumah, ujian dan peperiksaan, tiada lagi subjek tetapi penilaian berdasarkan kebolehan murid mengendali projek dan bermain pelbagai bentuk permainan sebagai cara pengajaran dan pembelajaran baharu.
Kata Khairy, itulah wajahnya bilik darjah di negara-negara maju Eropah, namun ia mungkin menjadi satu bencana kepada kerajaan dan mungkin kalah pilihan raya sekiranya ia cuba dilaksanakan di negara ini.
"Memperbaiki sekolah kita tidak mencukupi – perjalanan kita menuju keunggulan memerlukan pengurusan sumber manusia menyeluruh yang berada di tahap terbaik.
"Itulah yang perlu kita lakukan. Kita perlu ada keberanian politik dan kemahuan untuk menerangkan kepada masyarakat bahawa sekiranya kita tidak mahu berubah, kita akan kekal berada di belakang," jelasnya.
Pada era semua orang ada telefon bimbit, tablet, komputer riba dan segala macam peranti di sisi masing-masing setiap masa, platform tanpa sempadan yang terhasil daripada kepesatan teknologi juga sudah membolehkan kerja dan segala macam urus niaga dibuat di mana-mana sahaja.
Kini sudah zaman ekonomi 'gig', di mana lebih ramai individu membuat dua atau lebih kerja dan sudah tidak ramai lagi terikat di pejabat dari jam sembilan ke lima bekerja sepenuh masa.
Ruang kerja dan suasana di pejabat juga harus berubah untuk menjadi lebih fleksibel dan berupaya menyerlahkan potensi sebenar setiap kakitangannya tanpa perlu bergantung banyak pada kepakaran luar. Kita sebenarnya ramai bakat berkualiti.
"Alternatif ini sememangnya sukar. Ia memerlukan ketegasan daripada setiap pihak – dari kerajaan ke perniagaan sehinggalah masyarakat seluruhnya. Ia memerlukan pengorbanan kita demi masa depan anak-anak kita. Ia akan membawa kita ke aturan, sekolah, tempat kerja, kelayakan – secara asasnya kehidupan yang berbeza.
"Pilihan di tangan kita, yang bakal dikesal atau dimanfaatkan generasi akan datang," katanya.
Israr Khalid
Tue Mar 27 2018
![Khairy gariskan ramuan memenangi Revolusi Perindustrian Ke-4 Khairy gariskan ramuan memenangi Revolusi Perindustrian Ke-4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81522141354_KHAIRYJAMALUDDIN.jpg)
Khairy Jamaluddin menyampaikan ucaptama pada '3rd Tun Abdullah Ahmad Badawi Human Capital Summit' hari ini. - BERNAMA
"Sebab itu Machang tidak maju" - PM Anwar
Perdana Menteri menjawab persoalan dari Ahli Parlimen Machang mengenai isu kejatuhan saham ekonomi negara.
“Saya akan kaji beberapa keperluan untuk Machang supaya Machang boleh maju sedikit lagi"katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
“Saya akan kaji beberapa keperluan untuk Machang supaya Machang boleh maju sedikit lagi"katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723548182_TBAdnanMat.jpg)
Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
![Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739428519_tbAnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.
![Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739427472_TBRafizi.jpg)
Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan.
![Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739426994_tbkemalanganmautt.jpg)
Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa
ACP Abdul Rozak Muhammad berkata lelaki tempatan berusia 21 tahun itu meninggal dunia pada 1.10 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
![Harga lantai padi diselaras RM1,500 satu tan berkuat kuasa Ahad ini - Mohamad Sabu Harga lantai padi diselaras RM1,500 satu tan berkuat kuasa Ahad ini - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739426323_tbMohamadSabu.jpg)
Harga lantai padi diselaras RM1,500 satu tan berkuat kuasa Ahad ini - Mohamad Sabu
Kerajaan bersetuju menaikkan harga lantai padi kepada RM1,500 satu tan berbanding RM1,300 satu tan sebelum ini, berkuatkuasa Ahad ini.
![Google kemas kini Gemini Live dengan model baharu faham banyak bahasa Google kemas kini Gemini Live dengan model baharu faham banyak bahasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739426519_GoogleGeminiLive.jpg)
Google kemas kini Gemini Live dengan model baharu faham banyak bahasa
Gemini Live adalah chatbot AI suara yang membolehkan pengguna berkomunikasi seakan berbual dengan manusia.
"Pesawah terus dibantu dengan pemberian subsidi" - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata Kerajaan tetap komited terus beri subsidi dan insentif pada pesawah seperti bayaran insentif upah baja, bantuan racun bagi mengawal penyakit tanaman.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Kalau terjerit walaupun duduk, saya boleh halau keluar" - Timbalan Speaker
Kekocahan berlaku di dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Shah Alam menyuarakan semasa perbahasaan isu pembelaan pesawah.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
Kerajaan komited jadikan industri padi tunjang utama keterjaminan makanan negara - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata kerajaan komited untuk menjadikan industri padi sebagai tunjang utama kepada keterjaminan makanan negara dengan sokongan padu dari semua pihak
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Khairy gariskan ramuan memenangi Revolusi Perindustrian Ke-4 Khairy gariskan ramuan memenangi Revolusi Perindustrian Ke-4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81522141354_KHAIRYJAMALUDDIN.jpg)
Khairy gariskan ramuan memenangi Revolusi Perindustrian Ke-4
Pendidikan dan latihan perlu diberi gambaran baharu untuk menyediakan suasana kondusif dalam penghasilan modal insan berkualiti di era gangguan atau 'age of disruption' ketika ini.