Kedudukan kewangan negara berada dalam keadaan terkawal meskipun kerajaan berbelanja lebih untuk menangani kesan pandemik COVID-19 ke atas ekonomi negara.
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri berkata rangsangan ekonomi di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang bernilai RM295 bilion, termasuk suntikan fiskal sebanyak RM45 bilion, telah membantu memacu ekonomi negara selepas mengalami penguncupan.
"Jika dilihat secara bulanan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah menunjukkan pemulihan daripada penguncupan sebanyak 28.6 peratus pada April, kepada 19.5 peratus pada Mei seterusnya kepada 3.2 peratus pada Jun," katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Ismail Yusop mengenai status terkini kewangan negara selepas pakej rangsangan ekonomi dilaksanakan kerajaan serta kesan terhadap KDNK dalam menghadapi ekonomi pasca pandemik COVID-19.
Mengenai moratorium, Abd Rahim berkata kerajaan telah mengkaji impak kewangan ke atas individu selepas moratorium berakhir pada 30 Sept ini dan telah mula menumpukan moratorium secara bersasar.
"Individu yang terkesan boleh berjumpa dengan pihak bank masing-masing untuk penjadualan semula dan penstrukturan semula pinjaman mereka. Sekiranya mengalami masalah boleh berjumpa dengan pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 03 2020
![Kewangan negara terkawal meskipun laksana rangsangan ekonomi pasca COVID-19 Kewangan negara terkawal meskipun laksana rangsangan ekonomi pasca COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71548998727_KUALALUMPUR.jpg)
Mengenai moratorium, Abd Rahim berkata kerajaan telah mengkaji impak kewangan ke atas individu selepas moratorium berakhir pada 30 September ini. - Gambar fail
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![Kewangan negara terkawal meskipun laksana rangsangan ekonomi pasca COVID-19 Kewangan negara terkawal meskipun laksana rangsangan ekonomi pasca COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71548998727_KUALALUMPUR.jpg)
Kewangan negara terkawal meskipun laksana rangsangan ekonomi pasca COVID-19
Kedudukan kewangan negara berada dalam keadaan terkawal meskipun kerajaan berbelanja lebih untuk menangani kesan pandemik COVID-19 ke atas ekonomi negara.