Felda kini berada dalam keadaan kritikal selepas menanggung hutang berjumlah RM8 bilion sehingga Jun 2018, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu, syarikat perladangan tersebut telah merancang untuk menjual aset-aset bukan strategiknya seperti di Sabah, Sarawak serta London.
Ujarnya, penjualan aset-aset itu dijangka menyumbang sebanyak RM2.2 bilion.
“Melalui kaedah-kaedah ini Felda dijangka mengurangkan hutang sebanyak 15 peratus kepada RM6.8 bilion pada akhir tahun ini.
“Kaedah ini dapat menampung sebahagian daripada komitmen Felda kepada 112,635 peneroka,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang bertanya apakah benar aliran tunai Felda hampir kosong dan langkah yang akan diambil kerajaan untuk memastikan nasib peneroka terbela.
Ujar Mohamed Azmin, walaupun situasi aliran tunai Felda kritikal, kerajaan akan terus komited memulihkan kewangan badan itu dalam tempoh dua tahun.
“Kerajaan memberikan komitmen untuk memulihkan Felda secepat mungkin demi kesejahteraan peneroka-peneroka selaras dengan matlamat penubuhan Felda di bawah Akta Kemajuan Tanah 1956,” ujarnya.
Kerajaan akan membentangkan kertas putih pada sidang Parlimen kali ini bagi mengemukakan isu-isu dan langkah-langkah kewangan serta tadbir urus mengenai syarikat perladangan terbesar negara itu.
Mohamed Azmin berkata, pelan pemulihan kedudukan aliran tunai Felda merupakan pelan jangka panjang yang sedang diberikan tumpuan oleh Lembaga Pengarah dan pengurusan Felda yang baharu dilantik pada Julai 2018.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Oct 15 2018
![Kewangan kritikal, Felda rancang jual aset, kurangkan hutang kepada RM6.8b Kewangan kritikal, Felda rancang jual aset, kurangkan hutang kepada RM6.8b](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41535588331_TBMOHAMEDAZMINALI.jpg)
Mohamed Azmin berkata, melalui kaedah yang diambil, Felda dijangka mengurangkan hutang sebanyak 15 peratus kepada RM6.8 bilion pada akhir tahun ini. - Gambar fail
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![APMM perlu perkasa aset, jaga pertahanan perairan negara - Ahmad Faridi APMM perlu perkasa aset, jaga pertahanan perairan negara - Ahmad Faridi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706785271_TBAhmadFaridiFerdau.jpg)
APMM perlu perkasa aset, jaga pertahanan perairan negara - Ahmad Faridi
APMM yakin kerajaan tetap komited dalam melengkapkan aset laut dan udara agensi itu.
![Koperasi berdaftar kumpul RM156.18 bilion aset tahun ini - Ewon Koperasi berdaftar kumpul RM156.18 bilion aset tahun ini - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671841286_EwonBenedick.jpg)
Koperasi berdaftar kumpul RM156.18 bilion aset tahun ini - Ewon
Sebanyak 14,975 koperasi berdaftar di seluruh negara berjaya mengumpul aset berjumlah RM156.18 bilion tahun ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
![Satu daripada dua rakyat Malaysia tidak mempunyai insurans, Takaful bagi kediaman Satu daripada dua rakyat Malaysia tidak mempunyai insurans, Takaful bagi kediaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672122591_insuranskesihatan.jpg)
Satu daripada dua rakyat Malaysia tidak mempunyai insurans, Takaful bagi kediaman
Dengan situasi berdepan banjir setiap tahun, kita perlu bimbang dengan keadaan aset yang tidak dilindungi.
![29,103 pegawai, anggota dan 1,070 aset bomba sedia hadapi banjir 29,103 pegawai, anggota dan 1,070 aset bomba sedia hadapi banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664444468_HamdanWahid.jpg)
29,103 pegawai, anggota dan 1,070 aset bomba sedia hadapi banjir
Seramai 29,103 pegawai dan anggota JBPM bersiap-sedia bersama 1,070 aset untuk digerakkan bagi menghadapi bencana banjir yang dijangka berlaku.
![RM3.8 juta aset sindiket dadah disita RM3.8 juta aset sindiket dadah disita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61664320257_aset.jpg)
RM3.8 juta aset sindiket dadah disita
Kejayaan itu susulan penangkapan seramai 4,336 individu berkaitan dadah dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.
![Maritim Malaysia perlu tambah aset Maritim Malaysia perlu tambah aset](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652258486_APMMMaritimAPMM.jpg)
Maritim Malaysia perlu tambah aset
Keupayaan aset yang ada ketika ini tidak mencukupi untuk berdepan dengan tugas yang makin mencabar.
![AS digesa kembalikan aset milik Afghanistan AS digesa kembalikan aset milik Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640814128_TBafghanwomen.jpg)
AS digesa kembalikan aset milik Afghanistan
Kekurangan sumbangan antarabangsa menyebabkan Afghanistan melalui krisis ekonomi yang berpanjangan.
![Aset RM100 juta untuk Najib melampau, PH akan jumpa PM - Guan Eng Aset RM100 juta untuk Najib melampau, PH akan jumpa PM - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637297898_PRNMelakaPHLim.jpg)
Aset RM100 juta untuk Najib melampau, PH akan jumpa PM - Guan Eng
Situasi tersebut memaksa PH untuk menilai semula perjanjian persefahaman (MoU) dengan Kerajaan, atau membuat sesuatu lebih dari itu.
![1MDB: SPRM bantu pemulihan aset dana berjumlah RM20.5 bilion kepada kerajaan Malaysia 1MDB: SPRM bantu pemulihan aset dana berjumlah RM20.5 bilion kepada kerajaan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635417944_SPRM.jpg)
1MDB: SPRM bantu pemulihan aset dana berjumlah RM20.5 bilion kepada kerajaan Malaysia
SPRM kini sedang giat meneruskan pemulihan aset dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di dalam dan luar negara.
![Petronas masih miliki beberapa baki aset di Sudan Petronas masih miliki beberapa baki aset di Sudan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61634545615_klccpetronas.jpg)
Petronas masih miliki beberapa baki aset di Sudan
Pada 2020, saham-saham anak syarikat itu secara unilateral telah dipindahkan kepada Kementerian Kewangan dan Perancangan Ekonomi Sudan.