Ketua Penerangan Pas Perak, Wan Ahmad Tarmizi Abd Aziz, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, pada Isnin.
Allahyarham, 53, yang merupakan calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Pongsu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak termasuk lima anak lelaki.
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata Allahyarham meninggal dunia pada jam 4 petang tadi selepas dimasukkan ke hospital itu pada 2 Jun lalu akibat serangan jantung.
Beliau berkata pihaknya dimaklumkan anggota keluarga mangsa, Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Katanya, sebelum ini, Allahyarham difahamkan sudah beberapa kali mengalami serangan jantung termasuk selepas berakhir PRU14 apabila beliau menerima rawatan di hospital sama selama sebulan.
"PAS Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Wan Ahmad Tarmizi di atas pemergian tokoh pemimpin parti yang sangat berpengaruh itu.
"Kehilangan beliau pastinya merupakan satu kehilangan besar kepada PAS Perak berikutan peranan penting dimainkan Allahyarham dalam memperolehi sokongan guru-guru Kafa di seluruh Perak melalui peranannya sebagai Presiden Persatuan Guru Kafa Perak sebelum ini," katanya ketika dihubungi.
Razman berkata jenazah Allahyarham akan dbawa ke rumahnya di Desa Tanjung Murni, Chemor dan dikebumikan selepas solat Isyak.
Pada PRU14, 9 Mei lalu, Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi DUN Alor Pongsu untuk penggal keempat berturut-turut menerusi penyandangnya, Datuk Sham Mat Sahar daripada UMNO.
Dalam pertandingan tiga penjuru itu, Sham mengalahkan Allahyarham dan calon PKR, Ahmad Zaki Hussin dengan majoriti 1,162 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 09 2018
Allahyarham, 53, yang merupakan calon PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Pongsu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak termasuk lima anak lelaki.
Pulangkan semula kekayaan negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar bekas pemimpin yang mengaut kekayaan dari hasil negara, agar mengembalikannya semula kepada rakyat dan negara.
Kerajaan tumpu tatakelola basmi kemiskinan
Kerajaan Madani memberi tumpuan kepada tatakelola bagi memastikan bantuan untuk membantu rakyat miskin sampai kepada golongan sasaran.
GISB sesat atau tidak? Pandangan hukum sudah ada, tunggu perkenan Majlis Raja-Raja - Mohd Naím
Selepas Majlis Raja-Raja beri perkenan kepada pandangan hukum terbabit, maka negeri-negeri akan bawa pandangan hukum itu kepada jawatankuasa fatwa negeri dipengerusikan oleh mufti negeri masing-masing
AWANI Ringkas: Kerajaan perluas rangkaian pusat kanser
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia ulangi komitmen perkukuh hubungan dengan ASEAN
Malaysia komited untuk memperkukuh hubungan erat dengan negara jiran ASEAN, ketika negara ini bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwa
JKKP siasat insiden juruteknik jatuh ketinggian 40 meter di Langkawi
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) telah menjalankan siasatan berhubung insiden juruteknik terjatuh dari besi penahan platform kaca pada ketinggian 40 meter di lereng Gunung Machinchang,
Jangan tolak ansur rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar
Beliau berkata kerajaan akan mengambil sikap tegas terhadap individu yang mengaut kekayaan negara tanpa rasa tanggungjawab, sama ada pada masa lalu mahupun kini.
Pesara rugi RM108,000 terjerat pelaburan saham tidak wujud
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata tertarik dengan tawaran pulangan tinggi dijanjikan dalam tempoh singkat, mangsa menekan pautan di iklan itu untuk berhubung dengan suspek.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
Basmi kemiskinan: Kerajaan MADANI pastikan bantuan sampai kepada golongan sasar - PM
Anwar berkata kerajaan membelanjakan sebanyak RM22 bilion setahun bagi tujuan membasmi kemiskinan, dan jika jumlah itu berjaya diurus dengan baik, ia mampu menyelesaikan isu kemiskinan di negara ini.
Ketua Penerangan Pas Perak meninggal dunia
Ketua Penerangan PAS Perak, Wan Ahmad Tarmizi Abd Aziz, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.