Kerajaan menggesa pemimpin komuniti mengambil peranan besar dalam proses pengagihan bantuan serta aset sewaktu berlakunya bencana.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Pasukan Tindak Pantas Bencana (CDERT) yang ditubuhkan di peringkat komuniti perlu mengenal pasti aset, bantuan makanan dan keperluan harian sejurus berlaku bencana.
Malah, tegasnya menerusi pelaksanaan bantuan di peringkat komuniti itu, ia turut membantu dalam proses koordinasi terutama melibatkan bantuan sukarela.
"Sekarang ini kita bagi penerangan bahawa di peringkat komuniti yang telah kita tubuhkan hampir di semua negeri di seluruh negara yang kita namakan CDERT, diketuai peringkat komuniti.
"Jika komuniti mendapati terdapat masalah atau kekurangan aset, jawatankuasa di peringkat daerah atau komuniti perlu mengenal pasti aset yang ada daripada Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Angkatan Pertahanan Awam, Angkatan Tentera Malaysia dan polis.
"Selepas itu ketua komuniti perlu kenal pasti aset yang dimiliki pihak swasta seperti lori kuari, persatuan nelayan termasuk pihak yang ada hobi bot, pacuan empat roda yang boleh digunakan," katanya ketika ditemui media di perkarangan Parlimen hari ini.
Jelasnya, pada ketika ini, pihak NADMA dan agensi mempunyai aset yang mencukupi sekiranya jumlah mangsa bencana melebihi 2 juta.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Nov 21 2017

SHAHIDAN menggesa pemimpin komuniti mengambil peranan besar dalam proses pengagihan bantuan serta aset sewaktu berlakunya bencana. - Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.

ATM laksanakan pengurusan persepsi tangani tanggapan tidak tepat - Panglima ATM
ATM akan melaksanakan pelbagai langkah bagi mengurus persepsi orang ramai susulan tanggapan tidak tepat yang sering dilemparkan terhadap pasukan keselamatan itu.

Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.

Mohd Nizam dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke-23
Pelantikan Mohd Nizam adalah bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang bersara wajib.

Pelarasan pencen susulan SSPA: Veteran boleh hubungi JHEV jika ada persoalan
Veteran ATM yang mempunyai persoalan mengenai kiraan pencen susulan pelaksanaan SSPA boleh berhubung dengan JHEV ATM untuk penerangan.

MRO Aset, Kementerian Pertahanan kaji penggunaan pencetakan 3D
Kementerian Pertahanan sedang mengkaji penggunaan kaedah pencetakan 3D dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aset ketenteraan di seluruh negara.

JHEV lulus RM6.19 juta bina, baik pulih rumah veteran ATM setakat November
Ia termasuk 53 permohonan bina baharu dan 209 permohonan baik pulih rumah termasuk lima permohonan baharu dan lapan baik pulih di Johor.

TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"

Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang, pada Selasa.
![[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera [KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732438705_pencariantanahruntuh.jpg)
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).