Keluarga juruaudit Malindo Air, Suraiza Hamzah, yang ditemui mati di rumahnya selepas dipercayai dipukul seorang anggota keluarganya semalam, tidak banyak bergaul dengan jiran tetangga.
Jiran mangsa, Ramli Ismail, 63, yang menetap di kawasan itu lebih lima tahun, berkata keluarga Allahyarham Suraiza, 46, jarang bergaul dengan masyarakat sekeliling.
"Kalau mereka ada di rumah pun cuma duduk di dalam rumah dan tidak keluar dan kalau keluar untuk kerja dan membeli-belah.
"Sejak kebelakangan ini, saya melihat hanya mangsa yang keluar untuk bekerja dan apabila bertanya mengenai suaminya dia berkata suaminya ada di dalam rumah," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.
Mayat Suraiza dijumpai terbaring di ruang tamu rumahnya di Taman Tun Dr Ismail di sini pada 7.30 malam tadi oleh anak lelakinya berusia 17 tahun.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Sharul Othman Mansor berkata suspek yang tidak bekerja dan dipercayai mempunyai masalah mental dilaporkan menghentak kepala wanita itu dengan objek tumpul.
Suspek ditahan oleh anggota ronda balai polis Taman Tun Dr Ismail setengah jam kemudian selepas menerima maklumat daripada ibu saudara anak mangsa.
Seorang lagi jiran, Fauziah Abdul Aziz, 63, berkata dia tidak pernah melihat mangsa mempunyai apa-apa masalah sehinggalah kejadian semalam.
"Mangsa sentiasa senyum dan menegur saya ketika hendak pergi ke tempat kerja," katanya yang menetap di situ sejak setahun lepas.
Sementara itu, anak lelaki Allahyarham Suraiza yang ditemui Bernama di perkarangan bilik mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pula enggan memberi sebarang komen berkenaan insiden itu.
Seorang ibu saudara yang enggan dikenali pula berkata urusan bedah siasat masih dijalankan dan dijangka selesai kira-kira pukul 4 petang ini.
Bernama
Tue Jul 21 2015
Ariff Huzayr Mohamed Nor Arif, 17, (kiri) kelihatan sugul sewaktu menunggu di perkarangan rumah mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi menuntut jenazah ibunya, Suraiza Hamzah yang mati dibunuh oleh suaminya malam tadi. - Gambar Bernama
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Batik Air lancar laluan baharu Pulau Pinang-Jakarta Oktober ini
Batik Air akan melancarkan laluan baharu antara Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta, Indonesia bermula 1 Okt ini.
Penerbangan tergendala akibat cuaca buruk, Batik Air mohon maaf kepada pelanggan
Batik Air akan menghubungi kesemua penumpang terlibat, untuk menyampaikan baucar kepada mereka.
Penumpang 'tersadai', Malindo Air akan mohon maaf - Anthony
Anthony memberi respons tersebut menerusi ciapan di Twitternya, pada Isnin susulan aduan seorang pengguna Twitter.
Batik Air tambah 18 penerbangan harian sempena PRU15
Batik Air yang sebelum ini dikenali sebagai Malindo Air meningkatkan penerbangan tambahan bagi destinasi domestik sempena PRU15.
Batik Air buka tempahan ke tiga destinasi baharu pada harga serendah RM249 sehala
Batik Air buka tempahan ke tiga destinasi baharu pada harga serendah RM249 sehala | Dagang News
LTAM tawar laluan ke Pulau Pinang menerusi penerbangan Batik Air Jun ini
Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam di sini dijangka beroperasi semula selewat-lewatnya Jun ini, menawarkan penerbangan Melaka-Pulau Pinang-Melaka oleh syarikat penerbangan Ba
Malindo Air perkenal laluan penerbangan baharu Kota Bharu-Langkawi
Malindo Air memaklumkan, penerbangan empat kali seminggu merupakan laluan baharu ke Langkawi dalam memenuhi permintaan perjalanan domestik.
Baucar penerbangan, jimat bajet percutian
Ini peluang anda dapatkan baucar diskaun penerbangan dan melancong ke tempat-tempat menarik dalam negara!
Malindo Air terbang 6 kali sehari ke Langkawi mulai 16 September 2021
Lima daripada penerbangan itu adalah dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, satu dari KLIA.
Lebih 1,000 pekerja Malindo Air mohon Skim Insurans Pekerja
Saravanan berkata, daripada jumlah itu, seramai 749 pemohon diberikan bantuan SIP dengan nilai keseluruhan sebanyak RM928,000.