BESUT: Ketua 'Geng Alif Buntal' yang melarikan diri daripada perintah pengawasan parol pada bulan lepas, sempat melakukan 13 kes jenayah termasuk mencuri enam buah motosikal, sebelum dia berjaya diberkas semula Ahad lepas.
Lelaki berusia 22 tahun berasal dari Kuala Besut itu, sebelum ini menjalani proses parol di Damansara, Kuala Lumpur, namun melarikan diri pada 10 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata suspek kemudiannya berjaya ditahan semula di tapak Pasar Borong Kampung Lampu, Kuala Besut pada 2 pagi.
"Suspek dipercayai melakukan kes curi enam motosikal dan enam kes pecah rumah dengan nilai kerugian kira-kira RM59,000, serta satu kes kekerasan jenayah sepanjang tempoh kurang dua bulan dia diburu kerana melarikan diri dari parol.
"Siasatan awal mendapati suspek melakukan kegiatan tersebut bersama dua lagi rakannya yang masih bebas di sekitar daerah Besut dan Setiu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di sini, hari ini.
Abdul Rozak berkata susulan penangkapan suspek beberapa siri serbuan dan rampasan telah dilakukan termasuk di sekitar Pasir Putih, Kelantan dan pihaknya juga sudah mengenal pasti dua rakan suspek dikenali sebagai Mat Chah dan Mat Daha.
"Dengan tertangkapnya suspek, polis berjaya menemui dan merampas semula enam buah motosikal jenis Honda EX5, termasuk sebuah motosikal yang kali terakhir dicurinya di rumah seorang guru di Taman Alor Lintang pada 14 Sept.
"Polis turut merampas tiga unit komputer riba dan dua telefon bimbit yang dipercayai dicuri dari rumah mangsa," katanya yang memberitahu suspek mempunyai 11 rekod jenayah lampau.
Abdul Rozak berkata modus operandi suspek ialah memecah masuk rumah atau mencuri motosikal ketika penghuni tiada di rumah dan menggunakan pemutar skru untuk menghidupkan motosikal.
Beliau berkata polis akan memohon sambungan reman terhadap suspek yang akan tamat hari ini, bagi melengkapkan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan Seksyen 379A kanun sama kerana curi kenderaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2022
Abdul Rozak berkata suspek kemudiannya berjaya ditahan semula di tapak Pasar Borong Kampung Lampu, Kuala Besut pada 2 pagi Ahad. - Astro AWANI
Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Presiden Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini, kata pegawai.
Agenda AWANI: Pelan hala tuju transformasi AIR 2040
Ketahui cabaran pengurusan dan usaha mentransformasi sektor air negara menerusi pelan hala tuju transformasi AIR 2040 bersama YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam Agenda AWANI 9 malam ini
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini sejajar dengan aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi "untuk sementara waktu", kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, usaha menjamin dana pendidikan negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan, dan relevan untuk generasi akan datang.
[TERKINI] Polis tahan seorang lelaki bakar wanita
Polis New York menahan seorang lelaki ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Runtuhan tebing ancam nyawa
Jabatan Pengairan dan Saliran memulakan kerja darurat di tebing Sungai Kelantan yang runtuh berhampiran sebuah kondominium dan hotel di Jalan Post Office Lama, Kota Bharu.
Pesawat baharu A330neo Malaysia Airlines bermasalah, Airbus jamin beri sokongan penuh
Pesawat yang dilengkapkan dengan teknologi enjin terbaharu Rolls Royce, mengalami masalah teknikal selepas melakukan penerbangan sulung yang dikaitkan dengan kebimbangan membabitkan kualiti pengeluaran serta proses penghantarannya.
Agenda AWANI: Isu doktor letak jawatan | Selesaikan segera
Apa strategi yang perlu segera diambil bagi menangani masalah peletakan jawatan pakar perubatan awam di negara ini supaya tidak menggugat ketahanan sektor kesihatan awam? Diskusi 8.30 malam
[INFOGRAFIK] Dua tahun pentadbiran kerajaan MADANI
Berikut adalah info berkenaan dengan Dua tahun pentadbiran kerajaan MADANI
Ketua Geng Alif Buntal lakukan 13 jenayah ketika lolos parol
Ketua 'Geng Alif Buntal' yang melarikan diri daripada perintah pengawasan parol pada bulan lepas, sempat melakukan 13 kes jenayah.