KUALA LUMPUR: Seorang ketua balai adalah antara empat anggota polis yang ditahan kerana berhibur di sebuah balai polis di Kajang petang semalam.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata selain anggota polis itu, empat wanita tempatan turut ditahan dalam serbuan pada kira-kira 6 petang itu.
"Saya mengesahkan JIPS Bukit Aman ada membuat serbuan di sebuah balai polis di daerah Kajang petang semalam.
"Semua lapan individu yang ditahan berumur lingkungan 21 hingga 54 tahun, mereka disiasat kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) kawalan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) manakala empat anggota polis yang terlibat turut berdepan tindakan tatatertib," katanya ketika dihubungi hari ini.
Bernama difahamkan dalam serbuan semalam, empat anggota polis berpangkat Sub Insp, dua Koperal dan seorang Koperal Sokongan bersama empat wanita ditahan ketika sedang berhibur di dalam bilik khas di balai polis berkenaan.
Difahamkan dalam serbuan oleh JIPS Bukit Aman itu, polis turut merampas antaranya beberapa botol air disyaki air ketum, botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, mikrofon dan televisyen.
Ketika serbuan dilakukan, difahamkan juga bilik itu dalam keadaan gelap dengan lampu disko berputar dan sekumpulan lelaki serta wanita menari dan berkaraoke.
Sementara itu, Azri berkata tindakan pegawai, anggota dan orang awam terbabit yang berhibur di sebuah bilik di balai polis adalah menyalahi SOP COVID-19.
Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana anggota yang melanggar SOP yang digariskan kerajaan.
Siasatan lanjut masih dijalankan, katanya sambil memberitahu JIPS menjalankan siasatan berhubung salah laku dan tatatertib manakala yang lain diserahkan kepada bahagian-bahagian berkenaan untuk siasatan dan tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 21 2021
![Ketua balai antara lapan ditahan kerana berhibur di balai polis Ketua balai antara lapan ditahan kerana berhibur di balai polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61626857008_TBAzriAhmad.jpg)
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata selain anggota polis itu, empat wanita tempatan turut ditahan dalam serbuan pada kira-kira 6 petang itu. - Foto BERNAMA
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739256133_SPRM.jpg)
SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu
Seorang ketua balai bomba di Perlis direman enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu.
![Terima rasuah RM300, bekas ketua balai polis dipenjara, denda Terima rasuah RM300, bekas ketua balai polis dipenjara, denda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653040107_TBCourtHammer.jpg)
Terima rasuah RM300, bekas ketua balai polis dipenjara, denda
Seorang bekas ketua balai polis berpangkat Sarjan dipenjara dua bulan dan denda RM5,000 selepas didapati bersalah menerima rasuah RM300.
![Ketua balai antara lapan ditahan kerana berhibur di balai polis Ketua balai antara lapan ditahan kerana berhibur di balai polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61626857008_TBAzriAhmad.jpg)
Ketua balai antara lapan ditahan kerana berhibur di balai polis
Seorang ketua balai adalah antara empat anggota polis yang ditahan kerana berhibur di sebuah balai polis di Kajang petang semalam.
![Aplikasi Gerak Malaysia dimuat turun 1.3 juta kali, 600,000 permohonan - Bukit Aman Aplikasi Gerak Malaysia dimuat turun 1.3 juta kali, 600,000 permohonan - Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61588719224_GerakMalaysia.jpg)
Aplikasi Gerak Malaysia dimuat turun 1.3 juta kali, 600,000 permohonan - Bukit Aman
Orang ramai juga dinasihatkan untuk log masuk aplikasi itu pada 4, 5 dan 6 Mei, selain memberikan alamat asal dan alamat destinasi yang hendak dituju.
![Rakaman video tujuh anggota polis berhibur di kelab hiburan disiasat Rakaman video tujuh anggota polis berhibur di kelab hiburan disiasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/81505488045_KetuaPolisNegara.jpg)
Rakaman video tujuh anggota polis berhibur di kelab hiburan disiasat
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata beliau sedang menunggu laporan penuh daripada Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader mengenai rakaman video yang tular di media sosial itu.