PASIR MAS: Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Kelantan Datuk Muhammad Amiin Ridhuwan Ab Aziz, 36, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, kira-kira 6 pagi tadi.
Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar Armada Kelantan Che Isham Sharudin Che Hamat Nordin ketika dihubungi Bernama.
"Allahyarham difahamkan mengalami sakit dada dan rebah ketika sahur pagi tadi di kediamannya sebelum dibawa ke Hospital Pasir Mas. Allahyarham disahkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pasir Mas, buat masa ini jenazah arwah masih berada di hospital untuk pemeriksaan lanjut.
"Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Benta, Kampung Pohon Buluh, Pasir Mas selepas solat Zohor," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata Muhammad Amiin Ridhuwan yang juga Ketua Armada Pasir Mas merupakan seorang ketua yang cukup komited dan berani mendepani isu rakyat sepanjang diberikan mandat memimpin Armada Kelantan sejak tahun lepas.
"Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan insan soleh," katanya sambil memberitahu Muhammad Amiin Ridhuwan meninggalkan dua balu dan lapan orang anak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 06 2021

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Benta, Kampung Pohon Buluh, Pasir Mas selepas solat Zohor. - Foto Sinar Harian
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Ketua Armada Kelantan meninggal dunia
Datuk Muhammad Amiin Ridhuwan Ab Aziz meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, kira-kira 6 pagi tadi.