Ketua Armada Bersatu Bahagian Tanjung Malim maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 315.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, di sini, pagi ini.
Mangsa, Luth Ishak, 34, yang duduk di bahagian penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Dua rakannya cedera parah manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda mengalami cedera ringan. Pemandu lori telur pula patah kaki.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharudin Wan Ismail berkata kemalangan kira-kira 6.15 pagi itu dipercayai berlaku apabila lori membawa telur dan kekacang yang dalam perjalanan menuju ke arah selatan, menukar haluan dari lorong kanan ke kiri apabila tiba di tempat kejadian.
“Lori telah dilanggar di bahagian kanan belakang oleh pacuan empat roda yang berada di lorong kiri semasa pelanggaran,” katanya hari ini.
Menurutnya, dua penumpang belakang yang cedera parah dan telah dimasukkan tiub bantuan pernafasan ialah Mohamad Noor Yassin Basharuddin, 30 dan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) IPD Tapah, Mohamad Azib Morni Anai, 23.
Pemandu lori dikenali Mohd Yusuf Dichroos Abdullah, 56, manakala pemandu pacuan empat roda dikenali sebagai Muhamad Aslam Abd Kudus, 26.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Ketua Armada Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh turut berkongsi berita sedih itu di akaun Facebook dan memuat naik gambarnya bersama-sama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan arwah.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Dec 31 2019
Luth Ishak (tengah) yang duduk di bahagian penumpang hadapan meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Belia fikiran lembab, hambar, rasuah gagal hati nurani - PM
"Kalau belia itu umurnya muda, fikirannya lembab, sikapnya hambar dan mudah 'toleransi' dengan penyelewengan, rasuah kerana terikat dengan kelompok tertentu maka ini gagal dari segi cetusan hati nurani kesedaran rakyat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir
Gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, membawa cabaran negara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.
Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan.
AWANI Ringkas: Pembangunan semula Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
61 unit Proton e.MAS 7 digunakan sebagai kereta rasmi
61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai sebahagian kereta rasmi sepanjang Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada tahun 2025.
Sindiket punca utama pindah milik berleluasa
Tindakan segelintir kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bersubahat dengan sindiket antara punca utama kartel pindah milik tanah berleluasa.
Kakitangan Suhakam tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian
Cuepacs akan mengadakan rundingan dengan Suhakam bagi mencari penyelesaian terbaik, berkaitan tuntutan dan permasalahan dihadapi kumpulan pekerja suruhanjaya itu.
MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.
PM Anwar sertai solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India, ibu negara.
Presiden baharu Lubnan komited mahu berdialog dengan Syria
Dalam ucapan perasmiannya di parlimen, Aoun mengajak semua pihak untuk membincangkan dasar pertahanan menyeluruh yang membolehkan negara mengakhiri pendudukan Israel dan menangkis serangan.
Ketua Armada Bersatu Tanjung Malim maut kemalangan
Dua rakannya cedera parah manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda mengalami cedera ringan. Pemandu lori telur pula patah kaki.