Kejadian enam individu yang maut akibat pengambilan dadah berlebihan ketika menghadiri sebuah konsert baru-baru ini telah mengundang pelbagai reaksi dari anak-anak muda.
Rata-rata daripada mereka berpendapat bahawa tahap sekuriti ketika menganjurkan konsert harus diperketatkan.
Selain itu, mereka juga kesal dengan sikap anak-anak belia yang mengambil dadah untuk tujuan berhibur.
Kumpulan indie tempatan, Pesawat ketika ditemui Astro AWANI pada program SAMA-SAMA MH370, pada Ahad, menyifatkan kejadian tersebut bukan sahaja memberikan impak kepada pengunjung kerana tidak dapat menyaksikan konsert, malah ia turut merugikan pihak penganjur.
“"Pada pendapat saya kalau hendak pergi berhibur, pastikan ada rasa tanggungjawab serta fikir panjang sebelum buat apa-apa pun sebab apa yang kita buat itu akan jejaskan semua sekali termasuklah penganjur, penghibur dan orang-orang lain yang tidak mengambil dadah," kata pemain gitar Pesawat, Nizam Camel.
Bagi pemain bass Pesawat, Mann, insiden tersebut tidak sepatutnya terjadi kerana menurutnya acara sedemikian bukanlah pertama kali dianjurkan.
"Cara nak berhibur tu kalau boleh janganlah libatkan benda-benda yang mencemarkan industri muzik kita, mencemarkan nama baik Malaysia kerana sekarang ni pun (kita) tengah keadaan kelam kabut dengan pesawat MH370 hilang. Mata kita di mata dunia, jadi saya rasa amat kesal dengan perkara ini,” katanya.
Sementara itu penyajak, Muhamad Gaddafi Ali Apandi pula berpendapat masalah dadah haruslah dibendung dari puncanya.
"Kalau kita dapat halang bagaimana dadah itu boleh terjadi di dalam Malaysia, bagaimana ia boleh dihasilkan sama ada di Malaysia atau dari luar yang dibawa masuk, kemungkinan kita akan dapat halang semua ini dairpada berlaku," jelasnya.
Dalam pada itu, beberapa pengunjung program yang merupakan golongan belia turut memberikan reaksi mereka.
Antara reaksi yang diberikan termasuk pihak terbabit harus mengetatkan lagi tahap sekuriti untuk memasuki kawasan konsert.
Pada Jumaat lalu, pengambilan secara berlebihan telah mengakibatkan enam pengunjung ke Festival Music Future Asia 2014 meninggal dunia.
Konsert yang berlangsung sejak Khamis lalu terpaksa dibatalkan berikutan kejadian tersebut.
Haider Yutim
Sun Mar 16 2014


Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.

Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.

PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.

Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.

'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.

PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.

Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.

Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.

Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.

Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.