Metreka yang menghadapi masalah kesihatan mental perlu tahu kepada siapa untuk meminta bantuan bagi menanganinya dan dalam hubungan ini, Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC) sentiasa bersedia untuk membantu.
Pakar Perunding Psikiatri UMSC, Prof Dr Amer Siddiq Amer Nordin berkata mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental tidak harus kecewa kerana bantuan tersedia selagi mereka datang ke tempat yang betul.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Simposium Kesihatan Mental 2019 anjuran UMSC di sini, hari ini.
Lebih 100 orang menyertai acara tersebut yang menzahirkan sokongan mereka dalam mendapatkan maklumat dan wawasan mengenai subjek itu.
Sementara itu, Dr Amer Siddiq berkata program hari ini merupakan sebahagian daripada sumbangan kami sebagai sebuah hospital dan juga universiti kepada orang ramai terhadap agenda kesihatan mental.
"Kami mempunyai lapan hingga 10 pakar psikiatriyang memiliki pelbagai kepakaran dengan menawarkan khidmat tiga sesi sehari bagi mereka yang memerlukan bantuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 19 2019
![Ketahui kepada siapa untuk minta bantuan tangani isu kesihatan mental Ketahui kepada siapa untuk minta bantuan tangani isu kesihatan mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61561203510_TBmental.jpg)
Mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental tidak harus kecewa kerana bantuan tersedia selagi mereka datang ke tempat yang betul. - Gambar hiasan
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![Ketahui kepada siapa untuk minta bantuan tangani isu kesihatan mental Ketahui kepada siapa untuk minta bantuan tangani isu kesihatan mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61561203510_TBmental.jpg)
Ketahui kepada siapa untuk minta bantuan tangani isu kesihatan mental
Mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental tidak harus kecewa kerana bantuan tersedia selagi mereka datang ke tempat yang betul.